Malam Gala Surf This Love


Malam gala dan tayangan perdana filem Surf This Love telah berlangsung di MMCineplexes E-Curve, Damansara yang bermula sekitar 7 malam pada 19 Februari 2017 dan para jemputan telah menyaksikan sendiri persembahan nyanyian dari artis jemputan serta ucapan pembukaan pengerusi majlis.


Para tetamu juga dihidangkan dengan tarian #panamachallenge sebagai hiburan sementara menunggu tayangan Surf This Love yang bermula sekitar pukul 9 malam.


Penyanyi lagu OST Surf This Love juga hadir untuk menyanyikan sebuah lagu untuk filem ini.


Para bloggers yang turut hadir untuk memeriahkan majlis gala Surf This Love ini.



Shukri Yahaya yang membawa watak utama sebagai Billy. Nama sebenar, Muhammad Razali Bin Mohktar Seorang yang sangat cintakan sukan luncur air. Tinggal dan bekerja di Pulau Tioman, sebagai pemandu pelancong. Mempunyai cita-cita untuk menjadi surfer terhebat seperti abangnya, Bobby. Mempunyai sifat tidak cepat mengalah serta pantang dicabar. Dalam percintaan, dia seorang yang sangat kekok dan “blur.”



FILEM : Surf This Love : Gelora Juara

Bergenre “Romantic Comedy” yang menjadi salah satu dari genre pilihan penonton tempatan & “Extreme Sport” yang jarang-jarang di ketengahkan oleh mana-mana filem di Malaysia. Merupakan filem yang mengenengahkan “Sub-Culture” sukan luncur air tempatan. Ia adalah Filem pertama di Malaysia memberi fokus pada sukan Luncur Air (Surfing).

Dengan aksi-aksi sukan luncur air yang padu dan kemas, ianya akan membuatkan filem ini menjadi lain dari yang lain. Filem ini bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang dinamik, malah di sajikan dengan visual yang cantik dan baik. Tidak seperti filem Romantik Komedi yang lain, filem ini turut di perkuatkan dengan elemen persabahatan dan keluarga yang menyentuh hati. Tioman menjadi lokasi keseluruhan cerita ini, dan telah memberikan impak yang cantik pada visual. Di barisi pelakon-pelakon handalan, gabungan pelakon-pelakon berpengalaman dan yang sedang meningkat naik, jalan cerita filem ini menjadi unik dan cukup dengan segala rasa.




Official Facebook Page : https://www.facebook.com/surfthislove/
Instagram : https://www.instagram.com/surfthislove/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com