Pembersih Solekan Wajah jenis Kepingan Magika Argan Cleansing Flakes


Yang suka pakai solekan tebal macam I mesti korang akan teruja dengan Magika Argan Cleansing Flakes, one more time  sebelum you all tengok/ baca sampai habis, this is not a paid review okay. I dapat masa I pergi PC Anuar Zain and Cyrill siap bagi I satu lagi buat stok sebab dia lelaki dan tak pakai produk kecantikan. 

Tapi bagi I walaupun you tak pakai solekan tebal pun korang boleh gunakan kepingan pencuci argan Magika ni sebagai pencuci muka tau, Lagi satu bagi I ianya sangat convenient dan messes free senang sangat nak bawa travel ke sana sini. Jenis bukan liquid kau bolehlah bawa naik flight. Bila muka pecah minyak pergi toilet dalam airplane and gunakan sekeping flakes ni cuci wajah korang, walah muka rasa bersih lagi segar dan kulit rasa tak kering langsung ! Sekali gus I rasa inilah satu-satunya produk yang korang mesti nak beli 2-3 kotak !

Sila tengok video macam mana I guna produk ni ! :




Masa I buka I tengok dia punya bekas ala-ala BB cushion kan, terkejut jugalah comel sangat packaging nya ! Lepas tu tengok kepingan pencuci wajah Argan ni jenis bulat-bulat.



Cara nak pakai memang sangat senang kau ambil sekeping 2 keping ikut berapa tebal solekan dekat muka korang. 1 keping khas untuk yang tak pakai solekan langsung. Kalau I selalunya ambil pakai dalam 3-4 keping hehehe.


Lepas tu letak setitik dua titik banyak sikit lepas tu gosok dengan kedua-dua telapak tangan sampai dia jadi bih yang banyak.


Lepas tu gunakan urutan macam biasa korang cuci wajah secara menyeluruh. Time tu kau boleh rasa maskara yang kalis air, lip matte,bedak asas yang tebal tu dah mula cair dan tersingkir. Lepas tu terus cuci wajah dengan air suam air sejuk kan. Then tadaaa...


Seee muka selepas dibersihkan menggunakan Kepingan Magika Argan Cleansing Flakes jauh nampak segar bugar parut jerawat kemain nampak yang penting segar berglowing secara semulajadi hahah !

Sape nak beli korang boleh dapatkan kat > SINI <

➡ Harga asal untuk sekotak MACF- RM59(sm)/ RM64 (ss)

www.syafierayamin.com