Bengkel DIY Coklat di Harriston Signature


Hari ni I berpeluang bersama dengan husband and kids untuk melawat sendiri Kilang coklat di Harriston iaitu salah satu signature outlet sejak dari tahun 2005 yang telah ditubuhkan oleh SC Teng dan keluarga pembuat coklat yang berdedikasi memiliki Harriston Signature, Harriston Boutique dan juga Harriston Boutique. Harriston Signature ni memang tempat wajiblah tourist yang datang Malaysia untuk lawat tempat ni lebih-lebih lagi peminat coklat.


Bahagian tempat masuk Harriston Signature ni ada set coklat buat bentuk ala-ala KLCC tau, memang ni la port paling ramai suka tangkap gambar boleh masuk instagram gitu.

Harriston kini telah mempunyai lebih kurang 5 kedai utama di kawasan yang strategik seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pahang dan telah lama berkhidmat lebih daripada 4 juta pelanggan dari lebih 80 buah negara di seluruh dunia.


Selain dapat bawa balik coklat secara pukal, Harriston ni juga menawarkan bengkel DIY Coklat juga tau. Bengkel yang direka khas untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas. Bengkel DIY Coklat Harriston ni akan memperkenalkan seni membuat coklat yang dimuatkan dengan sesi penerokaan, pengalaman dengan pembuatan tangan dan termasuklah sesi merasa dan boleh bawa balik coklat buatan tangan anda sendiri.



Bahan dan alatan asas yang perlu ada di dalam bengkel

Bukan anak-anak je happy tapi ibubapa yang lebih teruja buat coklat handmade ni LOL

Sesi buat coklat menggunakan acuan berbentuk KLCC, Harriston Signature, Bunga Raya dan badak air.

Chocolate painting a.k.a lukis gambar ikut kreativiti menggunakan coklat di atas biskut merrie

Tadaa.. lepas dah siap sesi buat coklat, masa untuk biarkan coklat keras dalam tempoh 10 minit macam tu

Acuan coklat Harriston

Dah habis Shopping ke Bang ? Hu hu hu
Harga Coklat di Harriston Signature :



Coklat yang boleh dijadikan sebagai Hadiah dari Harriston Signature :


Apa-pun jom lihat my vlog untuk lawatan serta bengkel membuat coklat di Harriston Signature.


Berita baik untuk rakyat Malaysia ! Anda semua boleh menikmati diskaun hampir 25% untuk setiap pembelian di Harriston  Signature tau ! Best ke tidak ?


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : http://harriston.org/
Facebook : https://www.facebook.com/HarristonMY/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com