Hangatkan badan dengan GoodMorning VHalia 18 bijiran


Hi semua ! Beberapa hari ni I baru sahaja mencuba sendiri GoodMorning VHalia yang mengandungi 18 bijiran yang boleh membantu menghangatkan badan. Lately I akui I mengalami masalah badan yang kesejukan, kalau di rumah mesti kena pakai stokin. I punya kaki tak macam kaki orang lain yang lain semua suam-suam je kalau I sejuk je senantiasa. Berlaku macam ni pun setelah melahirkan anak 2 orang memang badan macam dah tak balance.

Sebelum I dapat GoodMorning VHalia ni, memang sebelum ni I memang ambil halia sebagai bahan utama untuk hangatkan badan I. Halia tu I sagat sehalus-halusnya masukkan dalam I punya teh. Tu sebab I memang suka makan halia. Yang tak ada masalah macam I je takkan suka makan halia secara mentah-mentah.

Halia sebenarnya memang banyak khasiat dan mungkin anda tak tahu, halia ni digunakan secara meluas dalam masakan lebih-lebih lagi tom yam, memang layanlah kalau hirup tom yam time malam-malam yang sejuk. Halia ni menjadi pilihan dalam masyarakat cina sebab ianya mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dan boleh meningkatkan kadar metobolisma badan. Eh macam ni memang untunglah siapa yang gemar makan halia kan.

Paling menarik halia mampu menghilangkan rasa mual ataupun dikenali sebagai 'morning sickness,' halia tidak membuatkan kesan mudarat pada ibu yang hamil tau. Demam dan selsema juga dapat dicegah jika anda pengamal memakan halia sebab imuniti anda dapat ditingkatkan jika anda memakan halia setiap pagi, buatlah ala-ala jamu gitu. Halia sangat kaya dengan magnesium, zink dan juga kromium dimana ianya meningkatkan kitaran darah dan menghalang daripada peluh dan demam yang berpanjangan.

Halia juga digunakan sebagai pembuka selera dan sistem percenaan makanan lebih bersedia untuk menerima makanan, eh no wonderlah lepas I minum GoodMorning VHalia ni I jadi berselera nak makan, duh.. hehe.


Halia juga sangat bagus untuk mencegah dan merawat kanser ovari, tu sebablah waktu lepas melahirkan anak dan berpantang sangat digalakkan mengambil halia tau. Dengar cerita ianya juga boleh lindungi kita dari kanses usus serta mengatasi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat dan batuk.

Usually I akan cuba letak halia dalam yang diparut sebanyak 2 sudu dan letak 2 sudu madu, eh Insha Allah memang mujarab lah.

Tapi sekarang I rasa macam sangat senang bila dah wujud GoodMorning VHalia di dalam rumah I, Satu paket setiap pagi dah berikan I tenaga untuk 1 hari ni.


GoodMorning Halia ni mengandungi hampir 9 ramuan unik seperti :

  1. Halia Buluh
  2. Kurma
  3. Aquamin F
  4. Prebiotik Inulin
  5. Lutein
  6. Lesitin
  7. Fibersol-2
  8. Quimoa Merah
  9. B- Glucan
Minuman dari GoodMorning Halia ni kaya dengan 18 jenis bijiran dengan lima warna  fitonutrien serta halia buluh yang berkualiti tinggi antaranya :
  1. Beras Perang
  2. Beras Merah
  3. Kacang Soya Hitam
  4. Kacang Soya (NON GMO)
  5. Bijan Hitam
  6. Jagung ( NON-GMO)
  7. Lentil
  8. Kacang Mung
  9. Job's Tears
  10. Biji Teratai
  11. Gandum
  12. Barli
  13. Kernel Aprikot
  14. Serbuk Kacang Soya
  15. Beras Pulut
  16. Kacang Hijau
  17. Walnut
  18. Biji Rami
Gabungan bijirin dalam satu minuman ni memang sangat mencukupi untuk badan kita, so far so good I boleh rasa berangin je I punya usus, loya dan mual pun tak terasa sangat tapi I tak pregnant tau.



GoodMorning VHalia ni datang dalam 2 saiz iaitu dalam tin dan juga jenis paket.

Dalam tin anda boleh simpan dekat rumah berat 600g manakala yang dalam paket setiap satunya 25g dan ianya akan memudahkan anda untuk bawa pergi travel.


1 bag GoodMorning VHalia 18 bijirin ni ada 8 sachets x 25g. Jumlah berat 200g.


Bagi yang sangat gelisah mengenai keselamatan minuman GoodMorning VHalia 18 bijirin ni jangan risau tau sebab ianya mempunyai sijil dari :

  1. The World's SMEs Best Brands in Lifestyle Wellness Solutions
  2. ASIA HALAL BRAND AWARDS regional brand Best Halal Grains based products
  3. Taiwan Halal Integrity Development Associations
  4. ISO 22000:2005
  5. HACCP
  6. VEGETERIAN


GoodMorning VHalia juga sangat tinggi serat makanan, tiada tambahan pewarna, makanan bebas kolestrol, sumber zat besi, sumber protein dan juga tiada bahan pengawet.


Cara penyediaan yang sangat mudah cuma campurkan satu paket Vhalia dengan 150ml air suam, kacau dan hidangkan. Boleh tambah ais sebagai pilihan manakala yang dalam tin pula campurkan 3 sudu (~25g) dengan 150ml air suam, kacau dan hidangkan.

Kalau I prefer minum suam-suam dari letak ais, baru terasa hangat satu badan hehe.

GoodMorning VHalia ni korang kena simpan di tempat yang kering dan dingin, elok juga letak dalam peti ais.


Kesan yang I dapat rasa setelah pengambilan GoodMorning VHalia :

  1. I dapat rasa satu badan I hangat dan berangin. Perut rasa lebih selesa dan tak rasa bloaty.
  2. I tidur lebih nyenyak waktu malam mungkin sebab angin jahat dah keluar.
  3. Badan rasa lebih ringan, buang air sangat mudah.
  4. Lebih bertenaga dan mood selalu happy mungkin sebab badan I dah menerima nutrisi yang cukup dan lengkap.
  5. Jerawat halus tak naik kerap. Boleh nampak kulit nampak smooth tau, tu sebab bila pakai makeup masuk je.
Lain-lain tak boleh nak cakap lagi sebab I baru minum 6 sachets, dan dah buka tin ambil 3 sudu. hehe So far I memang suka GoodMorning VHalia ni. I sangat rekomen untuk yang dalam tempoh berpantang, and nak belikan 1 untuk Emak I.

GoodMorning VHalia 18 Bijirin kini boleh didapati di Guardian, Caring dan kedai-kedai farmasi, anda juga boleh membuat pesanan secara online. Maklumat selanjutnya : https://goo.gl/YJWRno)

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com