PSK Cosmetics Malaysia - Loose Powder Glitter Purple



Sudah lama I cari Loose powder yang macam ni sebagai setting makeup, sejak dah ada loose powder ni I sangat jarang nak pakai bedak warna coklat tau, setiap kali habis je pakai foundation favorite I, I terus lock foundation tu dengan PSK Cosmetics Malaysia Loose powder, warna yang I pilih ni memang sangat susah nak dapati kalau produk kecantikan yang lain, yang ni je I rasa sangat RARE sebab warna dia purple tapi bila sapu kat muka tak ada lah purple, sebenarnya I paling suka part pakai tu ada nampak kesan berkilat tu heee, serious bila pakai muka nampak berkilat-kilat rasa macam ala-ala puteri unicorn pulak dah.


Harga dia pun not bad ah tapi dah nak dekat 2 bulan I pakai PSK Cosmetics Malaysia loose powder glitter purple ni, last time I beli masa dekat Karnival Teratak Glam, kalau korang tengok muka dalam instagram aku pakai makeup memang yang ni la finishing powder aku pakai kat muka aku, serious sangat ringan dan lembut je kat muka I tau. Kadang-kadang satu hari nak dekat 8 jam tak ada touch up langsung, sebab bila muka pecah minyak lagi naik seri gitu.

Harga aku beli dapat 50% tak silap harga dia around RM 90 seketul, sakit jiwa kan ? Ha ha ha sekarang masih ada banyak lagi walaupun hari-hari pakai makeup, tapi aku kena stalk FB dia :
> PSK Cosmetics Malaysia < hari-hari sebab aku nak target 50%-90%, mana tahu aku nak grab lebih. Yerlah produk bagus untuk muka aku yang berlubang-lubang ni takkan aku nak tukar lain kan. Lagi pun ada sparkles tu yang aku suka hehhe.
www.syafierayamin.com