Hada Labo's New Blemish & Oil Control Hydrating Series


Hada Labo sekarang memperkenalkan produk terbaru yang bantu untuk bebaskan kulit dari kecacatan seperti jerawat dan membantu untuk bebaskan kulit dari minyak berlebihan malahan menjadikan kulit lebih berhidrasi tanpa rasa kekeringan.

I dah cuba kedua-dua produk dari Hada Labo yang terbaru ni, produk ni mengandungi Hatomugi dan Asid hyaluronik untuk melawan jerawat dan minyak berlebihan malahan mengimbangi air pada kulit juga.

Persekitaran kini sangat tidak memuaskan tu sebablah kebanyakan dari kita terpaksa mengalami masalah kulit yang teruk termasuklah sinaran UV yang berbahaya, pencemaran dan faktor lain yang mampu memberikan iritasi dan mencetuskan kulit menjadi amat kusam dan berminyak, tidak stabil malahan liang pori terdedah dengan kotoran. Kondisi seperti ini menjadikan kulit sangat sensitif dan tidak mampu untuk menyerap nutrisi daripada produk penjagaan kulit.

Tersalah pakai produk penjagaan kulit juga boleh menambahkan beban pada kulit. Sebab itulah bila kulit anda tidak stabil sampai bertukar ganti produk lain adalah lebih baik jika kita ambil langkah untuk melakukan rawatan yang betul disamping menjaga untuk mengembalikan kembali keseimbangan dan kondisi kulit yang sihat.

Untuk membantu wanita atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah minyak wajah yang tidak stabil, Hada Labo telah menghasilkan 2 produk terbaru yang berksan seperti Blemish & Oil Control Hydrathing Foaming Wash dan juga Blemish & Oil Control Hydrathing Lotion khas untuk yang ada masalah kondisi kulit yang selalu menghasilkan lebihan minyak, membantu mencegah kekotoran, merawat kemerahan, menenangkan iritasi kulit, mengecilkan liang pori yang besar disamping memastikan kulit senantiasa segar dan bersih untuk sepanjang hari !

Secara istimewa produk terbaru keluaran Hada Labo ni diformulasikan dengan Hatomugi, Bishop's weed, ekstrak bunga chamomile dan juga asid hyaluronik memberikan 2 dalam 1 fungsi untuk merawat, menenangkan dan hidratkan kembali kulit untuk mendedahkan kulit menjadi lebih lembab, lembut dan kulit tampak berseri gitu :

  • Anti- jerawat batu dan kawalan minyak 
  • Menghidrasikan kulit




Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Foaming Wash ( 160ml, RM42.90)

Pencuci wajah ni mempunyai bahan yang padat dengan buih yang terhasil setiap kali korang pam untuk menyingkirkan kotoran dan minyak pada wajah tanpa menjadikan kulit kering. Dikisar dengan ekstrak tumbuhan seperti hatomugi, chameleon dan juga bunga chamomile yang membantu mengurangkan iritasi pada kulit serta melawan kehadiran jerawat sementara mengimbangkan minyak dan air pada kulit wajah.


Siap ada asid hyaluronik yang dimasukkan dalam pencuci wajah ni sebagai agen hidrasi yang akan dikunci, di simpan dan menambahkan kelembapan dapa kulit sehingga menjadikan kulit lebih lembut, licin dan nampak lebih bermaya dari sebelum. Untuk keputusan yang terbaik gunakan 2 kali sehari.


Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion ( 170ml, RM64.90 )

I suka sangat losyen jenis air ni sebab tekstur dia sangat ringan disamping membantu mengunci, menyimpan dan menambah lembapan pada kulit supaya kulit lebih lembut lembab dan bermaya disamping  bekerja untuk melawan kecacatan  dan mengurangkan penghasilan sebum. Lepas dah letak losyen ni pada wajah kulit rasa lebih segar dan terasa macam baru lepas mandi setelah sekali aplikasi.


Cara nak pakai, tuang pada atas telapak tangan, lepas tu tepuk-tepuk manja dekat wajah sehingga masuk serapan ke dalam kulit, sila gunakan 2 kali sehari.

Hada Labo's New Blemish & Oil Control Hydrating Series yang terbaru dengan pH yang seumbang, bebas wangian, pewarna dan minyak mineral sangat sesuai untuk anda yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat. Hada Labo's New Blemish & Oil Control Hydrating Series kini dah berada di farmasi seperti watsons, guardian, pusat membeli belah yang besar bermula sejadi dari oktober 2017 lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website Hada Labo
FB page Hada Labo

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com