Kulin Sea : Halal tak semestinya untuk muslim sahaja


Kulin Sea salah satu lagi produk dari Korea yang I rasa so far memang kena dengan kulit I yang ada masalah parut berlubang akibat jerawat. Sudah nak hampir sebulan I pakai Kulin Sea seven days later dan Puresh. So far memang impressive. Tak de la kesan clean and clear tu secepat mungkin tapi I boleh rasa sedikir perubahan yang I rasa sangat positif dan setiap kali sapu je produk Kulin Sea ni I rasa happy sangat sebab kulit I sangat serasi dengan formulanya.

I tahu ramai diantara kita mengimpikan kulit secantik wanita Korea, cerah dan 'flawless.' Kalau I tak cerah pun tak pe la yang penting bebas masalah kulit macam jerawat, pigmentasi, garisan halus dan kehadiran kedutan. Banyak faktor yang mendorong ke arah kerosakan dan penuaan kulit wajah. Lebih-lebih lagi dengan sinaran cahaya UV dan radikal bebas.

Tapi I sangat teruja banyak kajian dilakukan ke atas Kulin Sea untuk memastikan produk keluarannya berkualiti tinggi, selain selamat untuk semua jenis kulit dan umur serta Halal bukan hanya untuk muslim sahaja.


Kulin Sea Puresh adalah produk penjagaan kulit yang halal dan boleh dikatakan amat berkesan untuk menjadikan kulit lebih better than before. Kulin Sea Puresh yang I sudah cuba adalah seperti Makeup Cleansing Gel, UV Protector SPF35 PA +++ dan Moisturizing Cream.

Kulin Sea Puresh Makeup Cleansing Gel ni ialah sejenis penanggal solekan pada wajah yang bebas dari bahan SLS yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kesihatan setiap individu. Penanggal alat solekan dan kotoran ni sesuai untuk semua jenis kulit serta kulit yang jenis sensitif. Bagi yang suka mengenakan alat solekan yang tebal seperti I ni, I boleh katakan makeup cleansing gel dari Puresh ni so far memang  berkesan menanggalkan maskara, gincu bibir dan bedak asas yang kalis air. Kulit terasa lebih lembut dan bebas dari bahan yang menyumbatkan liang pori. I memang target nak beli Makeup Cleansing Gel saiz besar sebab memang dia betul-betul bersihkan liang pori yang tersumbat akibat habuk, kotoran dan solekan.

UV Protector  SPF35 PA+++ ni memang kita perlu amalkan, I cerita dekat bawah ye apa benefitsnya nanti okay. Puresh Moisturizing Cream pula membantu untuk mencegah penuaan dan melembabkan kulit yang kering. Ianya mampu merawat masalah kulit wajah yang berlubang-lubang serta mengecilkan saiz liang pori dan menjadikan tona kulit sama rata.

Produk seperti Kulin Sea Puresh Makeup Cleansing Gel dan Puresh Moisturizing Cream ni bakal dilancarkan tak lama lagi so kena stay tuned guys.


Kulin Seven Days Later Premium Multy Essence ini ala-ala sejenis spray mist. Lepas dah cuci wajah dengan sebersihnya cuma semburkan multy essence ni pada wajah. Dia bertindak seperti toner dan memberikan banyak manfaat pada wajah. I paling susah nak tinggalkan langkah ni, setiap kali wajah I dibersihkan I akan pastikan I sembur wajah I dengan multy essence ni sebab I boleh rasa liang pori I nampak lebih kecil dan kulit wajah lebih lembab segar dan halus malahan ianya mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa yang melekit.


Bahan yang ada dalam Kulin Sea seven days later multy essence ni seperti buah mulberi, buah tin, gingko serta buah delima. Bahan ni memang mempunyai khasiat yang tersendiri untuk merawat kulit yang rosak dan menjadikan kulit semakin hari semakin sihat jika diamalkan. I sembur juga multy essence ni pada kulit wajah I anak juga. Sebab bahan dia bukan bahan yang berbahaya jadi tak rasa takut nak gunakan pada kulit wajah anak I sebagai langkah pencegahan kulit kering akibat dari radikal bebas, cuaca panas dan ketika berada di dalam bilik yang berhawa dingin.


Kulin Seven Days Later Waterfull Magic Whitening Essence membantu untuk merawat masalah parut jerawat yang degil dan mengecutkan jerawat yang baru naik. I tak nak 'over-claimed' tapi I perasan tona kulit warna I nampak lebih sekata berbanding sebelum lepas dah sapu waterfull magic whitening essence malahan parut jerawat kian pudar dan tak nampak hitam yang ketara, at least bolehlah nampak sedikit perubahan. Kulit I juga nampak lebih anjal dan garisan halus semakin lembut.


Kulin Seven Days Later Waterfull Magic Whitening Essence ni mempunyai bahan yang kaya dengan vitamin C tu sebablah dia mampu detox kulit dan mempunyai anti oksida yang tinggi. Selain tu dalam magic whitening essence ni ada kandungan buah delima, buah tomato dan juga sumber bahan semulajadi dari lendir siput babi a.k.a snail slime yang digunakan secara meluas oleh orang Korea untuk merawat parut jerawat yang degil dan hitam.

Tekstur Kulin Seven Days Later Waterfull Magic Whitening Essence pula tidak berminyak dan melekit dan sangat mudah untuk disapu pada wajah, bila sampai pada kulit I dapat rasa macam sapu air je kat wajah dan ianya sangat mudah disapu dan mudah meresap ke dalam kulit bau dia pun sangat sweet je tidak tengit. Sangat selesa dipakai untuk sepanjang hari dan wajah tetap rasa segar walaupun di bawah cahaya sinaran yang terik.


Kulin Sea Seven Days Later Fish Collagen ni termasuk dalam kategori kegilaan koleksi produk penjagaan kulit I, I tak boleh tinggalkan langkah yang penting ni untuk pastikan kulit I nampak lebih muda remaja. Selalu kolagen ikan kita makan kan ? Tapi sekarang sapu je pada kulit dan kesannya sangat cepat boleh nampak. Paling menarik kolagen ikan ni agak membantu untuk memperbaiki tekstur kulit dan menjadikan kulit lebih anjal, lepas ni muka I memang nampak awet muda lah walaupun dah nak masuk 3 siri tau.


Kali ni I dah tahu cara nak cegah dan rawat kulit kusam dengan kolagen ikan dari Kulin Sea Seven Days Later ni. Ianya memang didatangkan dalam bentuk serbuk dan anda mesti tertanya-tanya macam mana nak pakaikan ? Cara dia mudah sangat :


I campurkan Kulin Sea Seven Days later Waterfull Magic Whitening Essence dan Kulin Sea Seven Days Later Fish Collagen. Letak atas telapak tangan dua-dua tu dan sapu terus pada muka dan memang campuran cepat meresap pada wajah jika korang gunakan teknik urutan yang sesuai. Kena sapu cepat-cepat untuk elakkan kolagen ikan tu mengeras tapi so far I sapu pada wajah memang dia jadi macam air. Tak melekit kalau pakai satu picit. Nutrisi kolagen ikan ni boleh buatkan kulit anjal, nampak muda remaja dan tona warna kulit lebih sekata tau. I dah cuba memang I tak mampu nak tinggalkan langkah penting ni. Yang paling penting kena rajin amalkan dan konsisten untuk kesan yang lebih efektif dan liang pori nampak lebih kecil.


Dr+ BIOCELL ni pun I boleh katakan memang termasuk dalam koleksi produk penjagaan kulit kegilaan I sebab bila sapu kulit tetap tak rasa lemas. Dapat rasa kulit selembut kulit bayi. Sangat rekomen untuk yang ada masalah bekas jerawat dan kulit berlubang-lubang tu, sebab I boleh nampak liang pori I tak nampak ketara lubang-lubang akibat jerawat. Dia bantu menyingkirkan sel-sel kulit mati tanpa tekstur yang kasar tau.


Kecil je bekas Dr+ Biocell ni tapi kesannya sangat menganggumkan tau. I liked. Memang tak nak tinggal je langkah penting ni untuk pastikan kesan yang efektif. Lagipun bahan yang digunakan bebas dari bahan kimia yang berbahaya, tu sebab I tak ada rasa takut nak pakai kat kulit I. hee.


Yay last not least, this item is a must have ! lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan khatulistiwa panas dan lembab iaitu Negara Malaysia. Sebenarnya I tak nak tipu anda yang I sebenarnya bukan seorang peminat tegar pakai UV Protector, I punya alat solekan selalunya memang dah ada SPF tu. Tapi let's say kalau I keluar nak pergi berjogging ke takkan nak pakai alat solekan kan ? Dan sebelum ni I gunakan produk perlindungan matahari daripada jenama yang agak terkenal ternyata agak mengecewakan sebab bila I berpeluh produk tu masuk dalam mata I, memang pedih oi.

Tapi jauh berbeza dengan formulasi Kulin Sea Puresh UV protector ni, bila dah pakai, kulit terasa bebas dan memang tak masuk dalam mata sebab formulasinya tidak cair dan memang dah meresap dalam kulit. Jadi kulit kurang berpeluh dan bebas minyak.


Paling menarik Kulin Sea Puresh UV Protector ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit, bangsa dan umur dari bayi sehinggalah warga emas. Tapi baby nak pakai buat apa kan ? Tapi lainlah kalau korang jenis travel sana sini silalah lindungi kulit anak anda dari sinaran UV berbahaya dengan produk yang bebas bahan berbahaya tau ! Yang best nya Puresh UV Protector ni boleh dijadikan sebagai primer ataupun BB Cream sebelum menggunakan alat solekan yang tebal macam artis gitu hehe. Lepas ni nak main bawah sinaran cahaya matahari tak risau dah dengan sunburn. Huhuhu.



Bengkel kelas bersama Kulin Sea tempoh hari telah dihadiri oleh seorang lelaki yang berwibawa dan macam seorang pensyarah tau, beliau telah didatangkan khas dari Korea iaitu Encik Iman. Banyak tips dan perkongsiaan dari Encik Iman ni, I rasa macam balik ke kelas sains dan macam dalam kelas farmaseutikal pun ada sebab kitaorang diajar mengenai UVA UVB UVC dan bahan-bahan sainstifik di dalam produk Kulin Sea. Mula-mula pun seram sebab I rasa macam balik ke kelas kot. Hihi tapi apa pun banyak info yang menarik semasa bengkel dijalankan.

Pengasas Kulin Sea
Kami juga diperkenalkan dengan 3 pengasas yang telah bersahabat lama dan bergabung untuk memasarkan produk penjagaan kulit Kulin Sea dari Korea ni. Pengasas Kulin Sea telah membuat demo cara untuk menggunakan set kulin sea seven days later dan juga puresh UV Protector juga ketika bengkel sedang dijalankan. 


Kalau nak tahu produk Kulin Sea ni halal bukan hanya untuk muslim sahaja, tapi semua bangsa dan agama boleh pakai. Kulin Sea ni disediakan dalam keadaan yang bersih, bahan yang selamat dan diiktiraf HALAL malahan merupakan 'World Class Product of Korea.'

Bagi anda yang berminat nak mencuba sendiri produk ni boleh tempah, kalau nak tahu produk hanya akan disediakan mengikut tempahan sebab nak kasi you all pakai produk 'fresh' dari ladang you all. Kandungan Vitamin C tu segar o.O.

Dan untuk anda yang berminat juga menjadi agen, stokis, partnership atau dropshipper Kulin Sea sila hubungi jessica@kulin.asia

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : www.kulin.asia
Instagram : @Kulinsea
Telefon : +6019-2216713




Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com