Gelang Emas Gdora berjaya ku pinang

6.27 x rm191 (lebar 0.3mm) upah rm85 pos rm11 total : rm 1293.57
(harga tahun 2018 untuk bulan Februari)

Alhamdulillah berjaya ku pinang awak wahai gelang emas Gdora. Gdora ni dah macam Habib jee mesti ramai tanya kenapa tak beli kat kedai emas tempat lain lagi offered murah kan. Huhuh tapi bagi I ianya adalah pilihan tapi memang aku berkenan sangat dengan design macam ni lagi pun boleh masuk charms. So bermula saat ini dah ada gelang nya, setiap bulan akan datang aku ku cuba usahakan 1 bulan 1 charm. So kiranya dalam satu tahun mungkin aku boleh cuba dapatkan 12 charms, next year mungkin aku akan usahakan gelang emas lain lagi. Itulah nasib nak beli sekali gus ku fikirkan ku banyak komitmen jadi sikit-sikit lama lama jadi bukit kan ?

Disebabkan aku bukan anak orang kaya dan aku perlu usahalah untuk kumpul emas untuk diri sendiri dan anak-anak, kenapa tak harapkan suami ? Suamiku lagi banyak komitmen seperti bayar rumah, bayar kereta, bayar takaful we all, dan komitmen yang lain, emas tu Insha Allah dia akan hadiahkan untuk aku setiap kali ada BONUS, tapi komitmen tu paling penting seperti biasa semua kehendak perlulah sabar ya. Yang penting haruslah utamakan keperluaan seperti makanan tempat tinggal dan education anak-anak.

Jadi kalau nak tahu nak beli emas sekali gus tu mungkin out of kemampuaan, tapi aku usahakan juga walaupun segram dua gram tiga gram, duit raya anak aku pun aku converted jadi emas masukkan ASB dan tabung haji, itulah yang aku termampu nak buat, hutang PTPTN ku Alhamdulillah sudah mahu habis, eh rasa macam banyak benda pula nak dibayar tapi aku harap umur aku 30 aku bebas dari hutang kecuali hutang rumah je la, hutang rumah tu memang ambil masa puluhan tahun la, eh tapi rezekiku dari rumah so aku dah bersyukur dengan apa yang aku ada Alhamdulillah.

Berbalik kepada pembincangan mengenai gelang emas GDora. Aku sebenarnya main kutu emas dengan Kak Bee Hashim, untuk 10 bulan x RM50 setiap 1 bulan, sekarang ni adalah turned aku RM500, jadi aku gunakan kesempatan ni aku topup around RM600 - maksudnya jadi RM1100, sekarang ni harga emas GDora ni macam out of budget a bit, tapi dengan belas ihsan Kak Bee dia bantu aku dapatkan juga emas Gdora ni sebab Kak Bee cakap gelang ni cantik kalau I pakai dan beratnya bolehlah tampung charms lain.

Harga emas makin naik ya jadi tak sama macam harga emas zaman lalu, macam emak aku emas dia ada juga yang berat-berat siap hadiahkan gelang emas, cincin emas rantai emas kat kami tapi harga yang dia beli zaman dulu memang murah tapi bagi dia orang zaman dulu mahallah... no wonder lah sekarang sudah ramai orang galakkan beli emas banyak-banyak mungkin akan datang orang cakap harga emas segram pada tahun 2020 boleh mencecah RM500, fuh time tu macam manalah kan nak korek cekau duit beli emas.. eh seram pun ada kan..

Nafsu di hati memang nak kan Gelang lipan padu tapi harga dah mahal jadi aku target sajalah gelang ala-ala pandora ni tapi aku harap ianya kuat dan tak putus. Marilah kita sama-sama doa agar kita semua berjaya menjadi jutawan emas in the future, Aminn..

Mesti ramai tertanya-tanya macam mana nak make money beli emas?
So far aku banyak gunakan duit job dari blog, paling best yang offered mahal sikit ialah SushiVid !
Sila baca sini > 5 cara nak buat DUIT dengan SushiVid ! <
Dan of course main Kutu Emas.

Aku nak buat macam ni huhuh so kumpul 1 bulan 1 charms lah nampaknya

Cantiknya mahu tak sepuluh ribu lebih macam ni kan
Untuk Maklumat lanjut sila layari : https://www.instagram.com/gdora.my/
Rasa nak main kutu emas : Sila dial dengan Kak Bee Hashim

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com