Anda bakal menamatkan zaman bujang ?


Hi semua ada berita baik untuk anda yang bakal berkahwin, akan menamatkan zaman bujang dan menginginkan majlis perkahwinan yang mewah serta mengikut bajet anda. Jom ke Hari Terbuka Wedding Works di Dewan SM Syahidzuan pada hari Ahad ini 17 Disember 2017 bagi yang tinggal berdekatan di sekitar Bangi dan Selangor anda amat digalakkan untuk hadir.

Kerjasama Red Ribbon Wedding Works dan Dewan SM Syahidzuan adalah bertujuaan untuk memperkenalkan pakej perkahwinan, catering dan fotografi dimana ianya merupakan pakej perkahwinan terbaik di area Bangi.

Banyak majlis perkahwinan yang telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan SM Syahidzuan sekitar tahun 2016 dan 2017 antara faktornya dewan ini amat selesa, nyaman, pakai kerusi jenis chivalry, berkarpet dan berhawa dingin serta 'classy' gitu untuk majlis indoor ala "Industrial Chic Wedding." Selain majlis perkahwinan dewan ini bakal menjadi lokasi yang menjanjikan lebih banyak acara keramaian.

Bertemakan 'tropicale garden' yang telah menjadi kegilaan ramai orang ini akan bermula dari 12 tengahari sehingga jam 6 petang pada hari terbuka nanti.

Nanti ada 'food tasting,' dekorasi pelamin, perundingan pakej perkahwinan, pratonton fotografi dan pelbagai lagi.

Tetamu akan dapat melawat dewan dan melihat serta merasakan seperti acara perkahwinan sebenar yang dikelolakan oleh Red Ribbon Wedding Works. Venue tersebut akan di setup bertemakan perkahwinan, membolehkan para tetamu untuk membayangkan bagaimana hari impian mereka bakal kelihatan.

Tetamu boleh berkomunikasi dan bertanya terus kepada “team” perunding perkahwinan. Jadi datanglah dan alami servis sari Red Ribbon Wedding Works yang dipercayai, serahkan kepada mereka untuk mengelola hari istimewa anda dan memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar semasa anda dan orang yang anda sayangi menikmati saat – saat indah di hari perkahwinan anda.

Masuk adalah PERCUMA ke Hari Terbuka ini. Anda akan menerima “goodie bag” bagi pasangan yang telah RSVP.






Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com