Pakej Perkahwinan Red Ribbon Wedding Works

Dewan SM Syahidzuan Bangi
Bagi yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada masa terdekat ini atau pada masa akan datang, berita baik untuk anda yang kini tidak perlu rungsing, sakit kepala dan pening sebab sudah banyak pakej yang ditawarkan mengikut harga dan bajet anda tetapi majlis perkahwinan tetap nampak gah dan meriah serta akan menjadi 1000 kenangan. Antara pakej yang I tengok agak menarik dan kemungkinan anda mampu antara salah satunya adalah dari Red Ribbon Wedding Works.

Koloborasi antara Red Ribbon Wedding Works dan Dewan SM Syahidzuan Bangi menjadikan tempat ini nampak sangat privasi, strategik dan boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa dan 700 tetamu yang 'come and go.'

Dewan ni boleh dikatakan agak selesa sebab ianya berhawa dingin, mempunyai kemudahan 'ladies & gentleman,'  surau dan juga parking yang banyak serta kawasan yang strategik.

Paling penting bagi I ialah sesebuah perkahwinan perlu memberikan keselesaan kepada tetamu yang hadir sebab tetamu ini membawa keberkatan barakoh kepada pengantin baru.

Pelamin bertemakan Tropicale Garden
'Tropicale Garden' adalah trend tema yang paling digemari ramai kerana konsep yang nampak santai dan mencetuskan suasana yang tenang, romantik dan segar membuatkan tema ini seakan-akan berada di taman-taman bercirikan hutan dan flora.

Pintu Gerbang Masuk ke dalam Dewan SM Syahidzuan
Dekorasi meja dan kerusi berkonsepkan 'Tropical Garden'
Tapi bakal para pengantin jangan risau, tema adalah mengikut pilihan anda but so far tema 'tropical garden' ni juga adalah pilihan ramai sebab ianya dapat memberikan kenangan seperti berada di taman-taman yang indah.


Dalam pakej perkahwinan Red Ribbon Wedding works menawarkan juga MUA (juru solek) dan pilihan busana mengikut kehendak bakal para pengantin. Antara busana yang ditawarkan termasuklah 3 rekaan seperti bollywood, songket dan juga fishtale. Kalau tanya I, I memang gemar rekaan songket kerana ianya lebih tradisi dan diamalkan oleh pengantin sejak zaman turun temurun.

'Details' bercirikan manik sulaman dan kerawang untuk busana Bollywood

Manik dan batu putih menjadikan busana nampak ekslusif dan mempesonakan

Busana menggunakan songket tetap menjadi pilihan hati bagi mereka yang gemarkan tradisi turun temurun
Red Ribbon Wedding Works juga menawarkan naik taraf ke baju baru secara percuma mengikut kesesuaian pilihan tema, warna dan juga saiz untuk pilihan para bakal pengantin malahan pakej premium dengan busana rekaan pereka terkenal tanahair juga di dalam perancangan untuk tahun 2018.


Sesebuah majlis perkahwinan memang tidak sah jika tiada menu makanan untuk menjamu tetamu. Antara tawaran menu dari Pakej Perkahwinan Red Ribbon Works yang I sempat mencuba ketika hari terbuka adalah seperti ayam madu, daging masak hitam, acar buah dan minuman sirap sebagai pelepas dahaga.

Air Sirap Sejuk adalah pilihan yang 'common' disediakan di dalam setiap majlis perkahwinan

Acar buah yang disediakan segar dan 'crunchy'

Tak sah sesebuah majlis perkahwinan tanpa kehadiran Nasi Minyak

Daging Masak Hitam menu yang menambahkan lagi selera setiap tetamu

Ayam madu selera untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang manis


Hidangan khas yang sedap serta menyelerakan ini juga disediakan dalam pakej perkahwinan Red Ribbon Wedding Works dimana menu yang disediakan adalan pilihan kesukaan para pengantin yang telah mengambil/menempah pakej.


1001 kenangan untuk sesebuah majlis perkahwinan juga adalah yang utama untuk dititikberatkan bagi bakal para pengantin. I berpeluang untuk melihat sendiri photobook, canvas dan sudut-sudut fotografi di dalam setiap gambar pada hari terbuka Ahad lalu. Dalam pakej perkahwinan dari Red Ribbon Wedding Works pun terselit juga servis fotografi which is you all akan dapat muatkan seribu kenangan di dalam sebuah album buku. Bukan foto kahwin biasa-biasa tapi ada juga kesan khas seperti bokeh, perspektif dan macam-macam lagi.

Gambar menarik akan dimuatkan ke dalam 'canvas' yang boleh digantung di ruang utama

Handmade box untuk simpan soft copy di dalam pendrive

Salah satu album yang menarik untuk ditatapi untuk ahli keluarga

Bahagian dalam kotak simpanan pen drive

Penggunaan warna lembut ala-ala pastel menambahkan ciri foto yang
profesional untuk setiap album

Kotak ekslusif juga disediakan untuk melindungi album perkahwinan supaya kekal lama

Dari Lensa Studio adalah salah satu pakej servis fotografi yang ditawarkan oleh
Red Ribbon Wedding Works


Bagi bakal pengantin yang hadir pada hari terbuka Ahad lalu, ianya sebenarnya adalah peluang keemasan anda untuk menjalankan misi 'survey' bagi majlis perkahwinan anda. Sebenarnya Red Ribbon Wedding Works bukan hanya menawarkan servis perkhidmatan yang lengkap malahan juga memberikan servis tambahan yang percuma seperti :

  • Percuma Hotel Satu Malam
  • Kek Pengantin
  • Teh Tarik
  • Bubur Pulut Hitam
Kalau pendapat I, pakej perkahwinan Red Ribbon Wedding Works memang terlampau lengkap kalau I masih tak kahwin lagi mesti pakej ni I akan grab sebab ianya masih dalam kategori bajet untuk golongan pertengahan macam I ni. 

Dari A-Z seperti servis fotografi, andaman, pelamin, busana, hidangan pengantin, pelayan tetamu beruniform, koordinator majlis dan PA Sistem pun dah disediakan, nikmat apa lagi untuk didustakan gitu, malahan ada lagi servis dan makanan percuma lagi dalam pakej ni. Lagi satu yang paling I gemar ialah bila mak ayah, makcik pakcik dan saudara kita tak payah duduk lagi kat dapur tapi mereka berpeluang untuk melayan tetamu dan merapatkan silatulrahim lagi antara kedua-dua belah keluarga bakal suami dan isteri tau. Bakal pengantin juga tak perlu dah mengikut amalan tradisi untuk cuci periuk belanga lepas majlis. Hihi.

Okay tak? Kalau okay dan berminat untuk pakej perkahwinan ni, anda boleh hubungi untuk maklumat lanjut, rundingan dan tempahan di :

Red Ribbon wedding Works
E-03- 13 Jalan Prima Utama 5/3,
Puchong Prima Business Center,
47100, Puchong, Selangor.
En. Hafiz 0107953569

Red Ribbon Wedding Works adalah sebuah syarikat dimiliki oleh Red Ribbon Resources berstatus 100% bumiputera yang menjalankan perkhidmatan Perkahwinan, Dekorasi, Fotografi, Booth Foto, Andaman, Solekan, Katering dan Jualan Barangan Keperluan Perkahwinan. Kami juga sudah membuka ruang untuk menerima tampahan dekorasi dari Syarikat – syarikat swasta dan juga Kerajaan untuk kegunaan seperti Majlis Makan Malam Tahunan, Majlis Perasmian, Kesyukuran dan berbagai lagi. Syarikat ini ditubuhkan pada 2011 dan hanya beroperasi di atas talian, kini kami sudah mempunyai Butik Di Pusat Pernigaan Puchong Prima.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com