Enchanteur Paris Hadir Dalam Saiz untuk Bawa pergi Travel

11/14/2017 11:55:00 PM


Enchanteur Paris selalu buat kejutan untuk we all tau, baru-baru ni kitaorang dapat produk wangian  mini yang sesuai di bawa ke mana-mana tau, boleh muat bag dan haruman ni bebas alkohol so tak de la rasa ragu-ragu kan bagi mereka yang beragama Islam. Saiz yang kecil macam ni boleh je muat dalam poket heee.

Haruman Enchanteur ni membantu untuk membangkitkan rasa yang tenang, romantik dan mampu memberi tarikan kepada orang di sekeliling dan memberikan keyakinan yang tinggi pada si pemakai.

Terdapat 4 haruman yang telah direka khusus megikut personaliti seseorang individu iaitu Belle Amour, Adore dan harumah baru iaitu Cheri dan Jolie.


Enchanteur Parus Cheri (Darling)  9ml ni sangat sesuai untuk you all yang mempunyai citarasa muda, selalu  berasa gembira dan selalu menjadi tarikan ketika berada di dalam sesuatu majlis. Haruman ini diblendkan dengan epal, ceri blossom dan juga vanila.


Enchanteur Paris Petite Parfum Belle Amour ( Beautiful love ) campuran Epal Melon, blackcurrant dan juga bunga mawar Paris sangat sesuai dengan personaliti yang romantis dan manja. Belle Amour boleh menjadikan hubungan anda bersama pasangan tetap terus istimewa dan kekal selama-lamanya.


Enchateur Paris Petite Parfum - Jolie ( Lovely) Campuran Pear, Ros dan Madu menjadikan seorang gadis  yang gemarkan pengalaman santai dengan teman-teman atau orang yang istimewa, Bau yang harum dan tenang akan menjadikan anda dihargai dan disayangi.


Enchanteur Paris Petite Parfum - Adore yang bakal mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang tanpa henti. Mengandungi aroma sensasi seperti Wild Jasmine, Pink Mimosa dan juga Golden pearyang mencirikan seorang gadis elegan, anggun, dan romantis.

Dengan adanya Enchanteur Paris Petite Parfum, anda akan kelihatan kemas dan mearik sepanjang masa. Hanya roll sahaja pada point nadi anda dan anda sudah bersedia untuk keluar ke mana-mana sahaja.

Enchanteur Paris Petite Parfum dijual dengan harga RM9.90 di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak dijual dengan RM10.40. Boleh didapatkan di Watsons, AEON Wellness, Mydin, The Store dan seluruh pasaraya di dalam Malaysia.

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee