Kedai Cenderamata Upin Ipin Store @ Ampang


Hi you all, masih belum terlambat untuk I update cerita mengenai Upin dan Ipin, animasi yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak termasuklah anak-anak I sendiri. Animasi yang banyak mengenai zaman kehidupan kanak-kanak yang banyak bercerita tentang moral dan juga nilai-nilai murni dan perpaduan dalam masyarakat. Oh alangkah bagusnya jika zaman kanak-kanak dapat mengalami kehidupan seperti Upin Ipin yang penuh cabaran kan lebih-lebih lagi Upin Ipin ni anak-anak yatim yang dijaga dengan kasih sayang oleh nenek dan kakak mereka sendiri Kak Ros. Eh kalau nak bercerita pasal cerita Upin Ipin from my personal view memang panjanglah kan nanti. Hahha.

Okay back to 'Not So Latest Update' you all, baru pula nak meng'update' selepas I busy dengan travel dalam KL sana sini. Kakak hanya nak war-war kan bagi yang tinggal berdekatan di Ampang which is personally memang sangat dekat dengan rumah I ni. Kedai cenderamata 'Upin & Ipin Store' ni telah dibuka pada 1 Oktober 2017 yang lalu, which dah almost Sebulan berlalu, time tu memang banyak SALE dimana I telah terjebak untuk membeli belah several barangan Upin Ipin dari kedai cenderamta tu. I beli pun sebab karakter Upin Ipin memang cute mute sampai sekarang lah anak-anak dok suka main.

Kedai cenderamata Upin & Ipin Store di Ampang ni telah rasminya dibuka oleh Les' Copaque Production Sdn Bhd iaitu salah sebuah anak syarikat kepada Le's Copaque Production Sdn Bhd.

Selain daripada karakter Upin dan Ipin, terdapat banyak lagi cenderamata dari karakter animasi di bawah syarikat Le's Copaque Production seperti pada zaman dahulu, putri, dadudidi dan banyak lagi sampai korang rambang mata lah nak membeli, macam I dah terjebak beli macam macam cenderamata dalam Upin Ipin Store ni.

Yang I nampak Emak orang lagi lebih-lebih dari anak sendiri tau ! HAHAHA !

Disebabkan I datang lambat sedikit jadi ada aktiviti yang terlepas sebab uruskan urusan I dimana majlis telah bermula sekitar pukul 11 pagi dan dirasmikan pembukaanya oleh Haji Burhanuddin Mad Radzi selaku pengarah urusan Le's Copaque Production Sdn. Bhd.

Tapi I tak terlepas untuk 'enjoy the excitement' sebab banyak sangat aktiviti menarik yang diadakan seperti pertandingan mewarna dan kuiz. Memang ada beberapa penaja yang terlibat semasa majlis seperti MAMEE MONSTER ! Which is I dah anak-anak I ada menang hadiah best-best ! Balik rumah masing-masing muka excited dengan barang-barang cenderamata yang dibeli dan juga yang menang. Thanks kepada Le's Copaque buat aktiviti best-best masa majlis tu. Kalau nak tahu apa yang ada dalam kedai cenderamata 'Upin dan Ipin Store' JOM scroll bawah ye. :)

Baju kanak-kanak karakter Haiwan ni memang COMEL sangat kan, yang ni la I dok nak beli untuk Adelia. Kualiti kain yang sangat AWESOME ! Tak panas.

Stocking baby dan BIBS pun ada juga !

Antara Kanak-kanak yang teruja berjumpa dengan maskot Upin dan Ipin !

Botol air ni pun menarik dengan printed design Upin dan Ipin yang boleh menggalakkan kanak-kanak minum air secukupnya

I yang baru sampai cepat-cepat tangkap gambar dekat depan ni.

Tabung yang I beli untuk anak I sampai sekarang dia buat macam baby. Haha.

Adelia yang teruja jumpa dengan rakan-rakan yang ada sekitar majlis.

Baju Putri untuk kanak-kanak perempuan pun ada

Yang ni Lucky Wheel, pusing-pusing dapat hadiah dari Mamee Monster mostly makanan

Pelancaran Kad Kelab Upin dan Ipin luar biasa, not bad ni macam insurans untuk anak you all, harga bayaran tak mahal, at least adalah coverage if anything happen kan.

Maaf lambat update kat you all SALE haritu sahaja 1-8 Oktober 2017 tapi jangan risau tak lama lagi akan ada Karnival Upin dan Ipin di MAEPS Serdang, sekejap lagi I update tau.

Yea dapat juga bergambar dekat VAN comel Kedai cenderamata Upin Ipin Store ni memang kenangan habis untuk I dengan anak-anak I.


Kedai cenderamata Upin dan Ipin store :

Upin Ipin Store,
No 31-M (GF), Jalan Mamanda 7,
Taman Dato’ Ahmad Razali,
68000 Ampang Selangor.

Berita baik untuk you all :



Jom memeriahkan Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS, Serdang pada 24-26 Nov ini .

Dewan Utama (Dewan A) -------- 
Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan Ultraman Ribut Puteri Limau Pada Zaman Dahulu Upin & Ipin The Musical dan banyak lagi... . 

Dewan Magik (Dewan C) ------- Alam Dino Rumah Opah Bergambar di Tadika Mesra Bergambar bersama Ultraman Ribut Berinteraksi bersama Kak Ros dan banyak lagi... . 

Dapatkan tiket secara online di UpinIpinStore.com ataupun di pintu masuk dewan C nanti ketika hari karnival . 

@upinipinofficial . #UpinIpinLuarBiasa #KarnivalUpinIpin 

Hall A Dewasa Rm 10 Kanak2 (7-12) Rm 5 
Hall C Dewasa Rm 25 Kanak2 (7-12) Rm 10 
*FREE Bawah 6 tahun 
Warga emas Hall A boleh masuk byk kali utk 1 day, 
Tapi Hall C, 1 time only masuk


SO APA TUNGGU LAGI Jom JOIN THE FUN ! :)


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com