DIVA'S SECRET by IFA RAZIAH buat kulit macam kena cucuk Botox

11/19/2017 12:28:00 PM


Hi you all baru-baru ni I berpeluang untuk menerokai sendiri produk kecantikan terbaru dari pengacara wanita yang I selalu lihat dalam TV3 . Tak sangka selalunya Kak Ifa Raziah ni selalu dok promote produk orang ended up Kak Ifa sendiri pun keluarkan produk sendiri yang I boleh kata memang High End betullah bahan yang digunakan. I baru cuba 2-3 hari lepas dapat produk ni. Terkejut juga dengan liang pori besar dah start ketat semacam, jerawat kecut kecut je, cuma kulit terasa macam baru lepas suntik botox la, I tak puji lebih-lebih tapi yang ni I yang rasa pada perubahan kulit I, Rasa macam takut nak teruskan sebab kulit macam ketat semacam. Liang pori yang besar macam lubang-lubang kat kulit wajah I dia refined a bit korang tak seram ke baru beberapa hari pakai dah nampak kesan lain macam. Bila I dah pakai cleanser dengan mist tu baru nak cek bahan yang ada dalam produk Diva's Secret ni. Jom aku kongsikan bahan yang ada dalam produk ni so korang boleh pakai dengan yakin dan bagi yang tak sesuai dengan several bahan dalam produk ni boleh elakkan penggunaan.


Miracle Nano Lift ialah sejenis pencuci muka yang menggunakan teknologi pemutihan dan juga 'Nano Lift' no wonder la kulit I ketat semacam macam pakai botox pada wajah. Saiz botol 100 ml  ni ada kandungan ramuan sel stem ros yang akan memberikan kesan anti penuaan yang sangat efektif dimana bahan ni telah direplikasi dengan menggunakan bioteknologi tumbuhan. Dunia kecantikan kini pada abad ke 21 ni memang dah banyak gunakan teknologi stem sel iaitu teknik yang sangat berseni dan kreatif dimana teh hijau telah digabungkan dengan stem sel ros alpine, ekstrak bunga, chamomile, vitamin C dan juga teknologi 'nano lift' yang akan membantu untuk memperbaiki maslah kulit seperti penuaan termasuklah kemunculan garisan halus, tekstur kulit dan juga kekusaman.

Gel pembersih muka ni dikatakan sangat ajaib untuk membersihkan kekotoran kulit dan menyingkirkan sel kulit mati dan tersangatlah efektif untuk mengecutkan jerawar. Eskrak bunga yang ada dalam Miracle Nani lift mempunyai haruman yang ringan dan lembut disamping untuk menjadikan kulit lebih bersih, suci, selembut sutera dan nampak lebih awet muda.



Masa nak pakai hanya pakai 2 pam sahaja, sapu pada wajah letak air sedikit demi sedikit, buat urutan secara bulatan sampai kulit dipenuhi dengan buih, kena letak sikit-sikit air untuk pastikan buih terhasil cantik, lepas tu cuci dengan air suam dan lap kering. Make sure kalau pakai makeup sila bersihkan terdahulu dengan 'makeup remover.' Pakai 2x sehari.

Bahan lain yang ada :
Aqua, Sodium Laureth Sulfate, Glycerin, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Camelia Sinensis ( Green Tea ) Leaf extract, cocamidoprophyl betaine, Cinnamomun Cassia Bark Extract, Ascorbic Acid (Vitamin C), Phenaoxythanol, D-pantheol, Tco[heryl Acetatte (Vitamin E), Hexanediol, Chlorphenesin, Fragrance Cichorium Intybus (Chicory) Root Oligosaccharides.


Miracle Beauty Mist pula sama sahaja macam bahan yang ada dalam Miracle Beauty Cleanser cuma yang ni sejenis mist yang perlu disembur pada wajah bila-bila masa sama ada selepas cuci wajah, sebelum guna makeup, sebagai toner, selepas pakai makeup, untuk segarkan wajah ketika dalam aktiviti dan sebelum tidur guna pun boleh.

Masa sembur Miracle Beauty Mist ni pastikan mata tertutup rapat dan bibir diketap sebab ada bahan seperti vitamin C boleh buat mata pedih kalau tak tutup mata ye. Sembur pada wajah pada jarak lebi kurang 5 cm dari kulit.


Bahan yang ada dalam Miracle Beauty Mist boleh menjadikan kulit lebih lembut, tegang rasa macam kena cucuk botox, cantik, nampak lebih awet muda dan garisan halus semakin pudar dan ada haruman bunga ros yang sweet- sweet gitu.

Bahan :
Aqua, Rose Stemcell (Rhododendron Ferrugineum Leaf Cell ( culture ), Vitamin C ( Ascorbic Acid, Cicthorium Intybus (chicory) Leaf extract, citurs medica limonum (lemon) fruit extract, chamomile recutita (matricaria) flower extract, phenoxyethanol, polysorbate 20,1,2-hexanediol, chlorphenesin, sodium hyaluronate, citric acid, Fragrance.


Diva's Secret Eyelashes :



Yang ni bulu mata palsu diperbuat dari human Hair you all, seram nak pakai tapi bila dah pakai cantik sangat mata menggoda gitu. Kak Ifa cakap bulu mata palsu ni just pasang je kat mata pakai gam khas la jangan pakai gam gajah, dia cakap tak yah pakai mascara, eyeliner ke atau eyeshadow pun dah cantik hanya pakai bulu mata palsu ni, jangan letak maskara atau kepit bulu mata ni nanti rosak. Bulu mata ni kalau pandai jaga boleh pakai lebih 10x tau. Nama Eyelashes Hair Human I ni : Sophia

Diva's Secret Lip Matte I punya warna : Saga

Diva's Secret Lip Matte :



Diva's Secret Lip Matte ada 8 warna iaitu sand, saga, shanella, spice, surreal, sweetheart, showgirl, seduce. I baru perasan nama-nama lip matte semua bermula dari huruf S, jangan tanya kenapa sebab I pun tertanya-tanya. Warna dari natural nude sampai la ke warna lebih garang memang sesuai nak digayakan di mana-mana majlis mengikut kesesuaian tema. Paling best selain pakai kat bibir je kalau pandai 'well-blend' boleh disapu pada kelopak mata dan juga dijadikan sebagai blusher. Bau dia macam koko coklat vanilla. Rasa macam nak makan. Kak Ifa cakap kalau bayi ada ruam susu boleh sapu kat kulit juga.

Masa pakai lepas sapu jangan ketap bibir ye make sure biar kering dahulu lepas tu kau nak cium laki kau, anak kau ke tak melekat langsung kat bibir dorang cuma aak-agak la ceom jangan ganas sangat. Dan paling senang nak tanggal kalau cuci pakai Miracle Beauty Cleanser. Lagi satu dia macam tak tinggal kesan kehitaman pada bibir sebab I tengok dia macam satu layer atas bibir macam tak meresap masuk ke dalam kulit bibir tu. Tapi time makan ada lah juga tertanggal hehe lepas ni nak makan kena nganga mulut besar-besar. Hahaha.

Bahan yang ada dalam Diva's secret Lip Matte ( sebagai rujukan you all ) just to make sure you all tak allergy :

Isododecane, Dimethicone, Argan Oil, Butyrospermum Parkii (shea butter), Beewax, Titanium Dioxide, Iron oxide, collagen, Mica, Vitamin E ( tocopheryl acetate) fragrance.




Jom Tonton VIDEO Rahsia Kurus dan Kecantikan Ifa Raziah dan Produk Diva's Secret pada I.




Harga :

  • Divas Secret Mist Rm69
  • Miracle Nano Lift Rm59
  • Divas Secret Lipmatte Rm38
  • Divas Eyelashes Rm15

Untuk maklumat lanjut mengenai Diva's Secret, sila layari :
IG : https://www.instagram.com/divassecretss/
FB : https://www.facebook.com/divassecret.hq/


Semua gambar yang digunakan adalah hak milik Syafiera Yamin kecuali gambar dari Instagram Diva's Secret. Sebarang save as adalah dilarang sama sekali. Muahahah

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee