Botanicals Fresh Care Coriander



Hi you all, I ni malas lah nak bebel tapi yang ni set penjagaan rambut ni I menang dari Beautiful Nara yang last time I dah joined cotest dia. Masa sampai produk ni I terasa nak cuba pun tapi entah kenapa rambut kepala aku jadi gatal rambut start bercabang sana sini, Akhirnya aku tewas aku ambil buka juga kotak ni, pakai satu set penjagaan rambut dari L'oreal Paris ni.

Satu set  Botanicals Fresh Care Coriander khas untuk merawat masalah rambut yang dah rapuh dimana ianya khas untuk rambut rosak dan menguatkan kembali folikel rambut tu.

Paling best aku memang teruja bab produk ni diformulasikan tanpa ada silikon, pewarna dan tak ada paraben, Seriously dekat rambut anak-anak aku pun aku cuci rambut dorang pakai satu set produk ni haha, lembut gila rambut weh tambahan lagi rambut aku yang panjang bak puteri bunian ni pun senang di rapi bebas kusut  bau harum senantiasa ! :)

Apa pun tahniah L'oreal ada juga insentif nak buat produk bebas dari Paraben. at least dapatlah aku kurangkan risiko untuk kanser dalam jangka masa panjang kan.

Bagi korang yang tertanya-tanya mana nak cari syampu Botanicals Fresh Care Coriander silalah pergi beli dekat watsons sebab dekat situ aku nampak haritu.

Apa pun nak tahu lebih lanjut pasal produk Botanicals Fresh Care Coriander sila lah layari :
http://www.botanicalsfreshcare.com/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com