Apa yang menarik tentang Bistro WOW KL ?

Baru-baru ni I ada singgah sebuah restoran yang baru sahaja bertukar nama dari Saloma Bistro ke Wow KL - pemberiaan nama baharu nampak lebih FRESH dan TRENDING. Walau bagaimana pun I masih terkesan dengan nama Saloma Bistro sebab I rasa nampak lebih unik dan nostalgia. Mungkin dengan nama restoran baru ni lebih nampak moden mungkin dan lebih menarik perhatiaan bagi yang bakal mengunjungi restoran ini lebih-lebih lagi para pelancong dari pelbagai negara.



Tempat yang menarik untuk dikunjungi

I pernah singgah Saloma Bistro sebanyak 2x satu majlis perkahwinan kawan sekolah lama I dan satu lagi semasa majlis sepetang bersama blogger. Banyak juga majlis besar-besaran yang telah berlangsung di tempat yang sama. Bagi I keluasan restoran ni memang sesuai untuk adakan majlis besar-besaran. Wow KL tetap nampak seperti Saloma Bistro dari segi atur meja dan kerusi serta hidangan makanan. Tapi I harap dengan penamaan baru dari Saloma Bistro ke WOW KL akan menjadikan tempat ini tempat utama tarikan pelancong.





WOW KL menyajikan hidangan buffet dan juga persembahan tradisi setiap hari pada waktu malam, I anggarkan makan malam bermula dari pukul 6.30 pm sehinggalah lebih kurang 11pm macam tu.

Menu makanan yang boleh dinikmati di WOW KL


Pelbagai pilihan hidangan untuk dinikmati seperti :

WOW KL! INTERNATIONAL BUFFET
Menu harian, pemanis mulut dan juga salad.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang dipotong segar dan sejuk serta daging yang dipanggang antaranya kari dan salad ayam, salad mangga dan epal, salad nicoise, salad makanan laut, guacamole tortilla, smoked salmon, salad jagung maniz, salad kacang merah, baba ganoush, humus, salad tabbouleh, salad kentang, salad ceaser, salah segar dan juga salad pasta.

Ni memang fav dimana kebab daging disumbat di dalam roti arab

Chef tengah masukkan inti kebab daging dalam roti

Pelbagai aneka jenis sayur sayuran

Salami smoked beed fresh seafood disediakan

Pecal sayur-sayuran pun disediakan khas untuk vegetarian

Makanan ringan dan dressing seperti keropok, papadom, kismis emas, kismis hitam, buah zaitun, timun segar, gegelang bawang, tomato, lobak merah sangat bagus untuk kesihatan. 

Nak bagi diam budak budak ni kasi keropok haha

Jeruk yang enak dan segar

Jeruk 

Jeruk anggur

WOW KL Memang memahami citarasa rakyat Malaysia dimana pelbagai jenis jeruk pun ada. Benda masam macam ni boleh memberikan rasa yang berbeza.

Stesyen Sup



Sup cendawan ni memang fav I sebab creamy dan menepati selera

Sup ayam pun ada tau
Makanan tradisi melayu pun disediakan seperti nasi kukus, daging rendang tok, kari ikan bendi dan juga nyonya chap chai. Daging rendang tok memang cukup rasa tambah berkali-kali makan nasi dengan rendang ni hehe.



Bahagian makanan barat pula ada aglio-olio, ayam panggang bersos lada hitam, fillet ikan dengan sos lemon, sayur campur dan juga mentega garlic menu pilihan bagi mereka yang mempunyai lidah macam mat salleh hehe.




Wow KL juga menyediakan juadah dari timur tengah seperti nasi saffron, kambing persian, ayam makhani dan juga jus tomato terung rebus



Paling best ada juga gerai menyediakan baby chicken percik yang dipanggang dengan gaya masakan Terengganu



Gerai Roti canai pun ada memang rasa macam dekat dalam Malaysia la. Roti canai memang favorite we all setiap kali breakfast


Bagi yang ingin makan malam yang simple dan segar you all boleh menjamah menu makanan seperti mee sup dan dan jua mee kari.


Gerai Satay, hmmph satay memang laku keras.. satay kat wowkl ni sedap tau. Setiap kali satay datang je mesti ramai yang Grab. Woo



Yang nak sejukkan badan boleh lah cuba sendiri ABC selalunya tengahari sesuai waktu malam untuk tambah different buds okay la.


Pelbagai jenis aneka pencuci mulut anataranya 5 jenis pastri Perancis, kek keju, kek walnut, kek daun hijau, tart buah, bubur WOW, Kuih lapus, lopeh, kuih koci, kuih cara beelauk, seri muka dan juga buah-buahan. Memang seronok sebab semua makanan macam ni susah tau nak didapati kalau tak ada sambutan perayaan.





Minuman yang disediakan juga seperti Teh Tarik, kopi dan juga minuma berkordial.


Selain daripada makan minum, korang boleh menikmati persembahan tradisi dari penari seni budaya setiap malam. Memang tersangat WOW KL ! Memang enjoy habis kalau lepak malam-malam kat sini. Best tau!

Aku pun terjebak nak menari juga





So nak makan sambil melihat persembahan macam dah SENANG best tau ! Untung para pengunjung luar negara yang hadir untuk tengok sendiri persembahan budaya sambil menikmati hidangan yang sedap-sedap !

Kini semuanya di WOW KL !

Untuk maklumat harga ( price for WOW KL ):
  • RM 110 nett per pax (dewasa) 
  • RM 70 nett per pax (kanak kanak 6 - 12 tahun) 

Bermula dari 1st April 2018 

NON MALAYSIAN
  • RM 130 nett per pax (dewasa) 
  • RM 95 nett per pax (Kanak kanak 6 - 12 tahun)
MALAYSIAN
  • RM 115 nett per pax (Dewasa)
  • RM 80 nett per pax (kanak kanak 6 - 12 tahun)
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
http://www.wowkl.my/




Salam sayang dari Syafiera, till we meet again, Insha ALLAH.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com