Zumba Charity Anjuran Furby Moms Dapat sambutan Hangat !



Hi you all,
baru-baru ni I sempat datang ke majlis for 'LADIES Only' untuk menggalakkan para wanita sama ada wanita yang sudah berumur, mempunyai anak kecil dan remaja perempuan menjadi lebih sihat dan bebas kanser dengan mewujudkan kempen kesedaran mengenai payudara, kesedaran awal dapat menyelamatkan nyawa. I sebenarnya suka juga nak berzumba dengan rakan-rakan yang lain cuma kadang-kadang ada zumba bercampur laki perempuan jadi sangat tak best sebab faham-faham je la bila berzumba ni ada bahagian lemak-lemak goyang sana sini kan hiks !



Tapi kali ni zumba ni khas untuk 'ladies only' tu yang best dan telah berlangsung di The Venue Shah Alam pada 22 Oktober 2017 yang lalu bermula dari 8.30 pagi sehinggalah 11.30 pagi dianjurkan oleh Furby Moms. The Venue Shah Alam adalah lokasi yang sangat sesuai untuk majlis keramaian contohnya seperti majlis perkahwinan, kenduri besar-besaran sebab tempatnya sangat selesa dan mempunyai rekabentuk yang sangat moden dan confirm majlis perkahwinan korang sangat awesome kalau buat kat sini !



Ramai juga #KakiZumba tertanya sesuai ke berzumba dalam tempat berhawa dingin ? Yer lah sejuk mesti payah peluh nak keluarkan. Sekali tu dah Zumba tu FUH like non-stop dalam 2 jam jugalah. Zumba tu mula-mula di'instructed' oleh Kak Zin Aliza Jazam dan Zin Shah tak silap macam dikenakan dengan lagu-lagu Bollywood. Mula-mula zumba okaylah tak penat lagi sekali bila bab kena cangkung style tu I dah start gave up time tu la terasa macam ovari nak terkeluar haha ! 20 minit berzumba bukan main peluh mengalir macam air paip, time tu nadi dah laju, nak pula botol air I tertinggal dalam kereta lepas tu botol yang disediakan saiz kecil, fuh time tu dah terasa haus. haha.


Zumba diteruskan lagi dengan instructor lelaki pula iaitu Izzat Zin, ugh memang famous la dia time tu semua orang dok nak selfie dengan dia, memandangkan I masih baru kenal dia tak terasa nak selfie tapi lepas dia dah start menari gaya goyang-goyang seksi tu time tu la ramai yang kat bawah pentas macam teruja kan gaya zumba seksi tu hehe. Ended up I stalk dia punya IG. he he he.

Instructor wanita yang muda dan energetik menyusul lepas tu, comel je tengok dia sambil zumba sambil senyum iaitu Zin Nurin, mula-mula tengok dalam gambar eh dia ni yang mana satu kan. Oh rupa-rupanya time semua lelaki, jurukamera, kamera, kitaorang semua tak dibenarkan tangkap gambar, rakam mahupun insta stories.. yang lelaki kena keluar dari dewan sebab oh baru tahu time tu for 'ladies only.'

Zumba Charity ni amat meriah sekali dengan kehadiran Linda Jasmine iaitu tenaga pengajar AF masa dulu-dulu hadir juga menyertai zumba charity kali ni bersama 2 orang anaknya, iaitu Ratu dan Cleopatra. I selalu stalk ig dorang ni sebab cute sangat tak sangka dorang pun ada time tu terus ajak tangkap gambar.

Lepas dah habis sesi Zumba, ada pula sesi nyanyian dari artis yang I tak berapa kenal yang membawa tajuk lagu Ajari aku, mula-mula I ingat Anuar Zain punya lagu hehe rupanya nama penyanyi tu irene Catalina. Lagu dia sangat catchy gitu pop pop camtu, hee.



Lepas tu majlis diteruskan dengan ucapan dari pegawai MAKNA dan juga penyerahan sumbangan cek.

Penaja Utama Furby Moms yang masih baru menganjurkan majlis kali pertama juga telah melancarkan beberapa koleksi terbaru mereka khas untuk para wanita yang hamil dan sudah mempunyai anak-anak.



Setelah itu majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah khas untuk 40 orang yang bertuah, hadiah yang diberi pun sangat best ada bantal menyusu, pakaian untuk ibu hamil, toto dan sebagainya.

Zumba Charity yang dianjurkan oleh Furby Moms telah menerima beberapa penaja iaitu :

Penaja Lokasi : The Venue Shah Alam

Rakan penaja :
Dekat sini I nak kongsikan beberapa kebaikan aktiviti Berzumba :
  1. Membantu untuk mebakar lemak dan kalori. Kalau korang nak tahu secara purata setiap satu orang mampu membakar 600-1000 kalori ketika melakukan aktiviti zumba. Aktiviti zumba ni dia akan start ikut rentak dari perlahan sehinggalah laju. Jadi badan akan adapt dahulu secara perlahan tidak boleh secara mendadak.
  2. Kordinasi sangat penting untuk mengekalkan daya keseimbangan jika anda bertambah usia.
  3. Meningkatkan daya keyakinan. Dengan melakukan aktiviti zumba ni, seseorang tu boleh rasa yakin dengan diri dan senantiasa senyum tak caya korang pergi tengok instructors yang datang time majlis ni, sambil berzumba pun masih boleh senyum malahan aktiviti ni akan jadikan postur badan lebih tegap dan mantap sekali gus mengubah terus emosi dan penampilan diri,
  4. Ianya harus dilakukan lebih dari seorang untuk menggalakkan lagi daya sosial yang baik dimana masing-masing akan berusaha untuk mendapatkan zumba dengan rentak yang sama.




Jadi my final words, I hope Zumba Charity ni akan diadakan lagi pada tahun hadapan ! Best sangat ! :)


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : http://www.furbymoms.com/
Facebook : @furbymoms
Instagram : @furbymoms


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com