Larian Amal Paling Dinamik tahun 2017 untuk bantuan rumah kebajikan anjuran MRCA

10/21/2017 10:45:00 AM

Sasaran kutipan hampir RM100,000 bakal diagihkan kepada rumah kebajikan yang terpilih dengan mengadakan acaran larian untuk kali yang ke-4 yang bertemakan Prihatin, Kongsi dan Lari (Care, Share & Run) yang bakal diadakan pada 26 November di One City, Subang Jaya. Karnival Larian Amal MRCA 2017 telah diumumkan secara rasmi dari Persatuan Peruncit-Rantaian Malaysia (MRCA) dengan kerjasama McMillan Woods, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama dengan para peruncit utama.



Karnival kanak-kanak turut diadakan pada hari yang sama bersempena dengan acara larian ini yang menyasarkan seramai 3,000 hingga 5,000 pelari tahun ini. Karnival ini bakal dimeriahkan dengan pelbagai mainan, persembahan dan acara Cosplay yang bakal disertai seramai 500 oranh anak-anak yatim dari pelbagai rumah kebajikan.

Sebagai inisiatif tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang kurang bernasib baik, MRCA telah komited menyumbang kepada masyarakat dengan menganjurkan larian amal yang ke-4 secara berturut-turut.

Dengan adanya larian amal ini sebagai platform disediakan untuk memudahkan masyarakat mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain sambil melakukan kegiatan amal sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Sasaran kutipan akan diagihkan kepada Rumah Charis, Angel Homes, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Mata Air Kehidupan Selangor, GoodKids, Juara Home, Ace Lighthouse Academy Bhd, Kiwanis Club of Kluang Mandarin, Home of Love, Rumah Sayangan, Persatuan Insan Istimewa Cheras, Good Samaritan Homes.

Dengan menggunakan slogan Minda Untuk Perniagaan dan hati untuk Masyarakat merupakan inisiatif penting MRCA membantu rumah-rumah kebajikan yang disokong oleh para peruncit Malaysia dan orang awam.

Para peserta berpeluang untuk merebut 34 buah trofi yang disediakan melalui kategori:
  • Terbuka Lelaki (10.8km), 
  • Veteran Lelaki (10.8km), 
  • Terbuka Wanita (10.8km) dan
  • Veteran Wanita (10.8km). 

(Non-competitional)
  • Lelaki5.3km 
  • Wanita 5.3km 
  • dimana para peserta berlari secara riadah bersama kategori Larian Berpasukan (Team Run). Kategori ini memerlukan 4 orang peserta untuk membentuk satu pasukan. Setiap ahli pasukan akan berlari sejauh 900 meter secara berganti-ganti.
Pendaftaran untuk Karnival Larian Amal MRCA 2017 telah dibuka di laman sesawang
http://www.racexasia.com (MRCA Charity Run 2017) dan akan ditutup pada 20 November
2017.

Untuk kategori 5.3km, penyertaan awal berharga RM55 dan pada harga biasa, ianya RM65.
Bagi kategori 10.8km, penyertaan awal berharga RM65 dan harga biasa RM75. Penyertaan
untuk kategori berkumpulan pula berharga RM1590 untuk setiap kumpulan.

Setiap peserta yang berdaftar akan menerima sehelai kemeja-t leher bulat micro-dry, bib
peribadi beserta nombor peserta, medal berbentuk ”C” yang direka khas untuk peserta yang
menghabiskan larian dan beg cenderahati yang istimewa. Terdapat juga pelbagai trak
makanan dan minuman yang akan ditempatkan di kawasan-kawasan terpilih di tapak acara
dan booth-booth yang dibuka untuk orang ramai.




Acara tahun ini akan diserikan dengan penyertaan ramai personaliti seperti Amber Chia,
Carrie Lee, Debbie Loo, Amelia Lee, Janice Choong, Crystal Lee dan Owen Yap sebagai duta
larian.

Karnival Larian Amal MRCA 2017 dianjur bersama oleh MRCA dan McMillan Woods,
dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
sebagai penaja sokongan, Penaung Korporat MRCA – Maxis, Maybank, Fusionex dan
Mastercard; serta Lotto sebagai penaja rasmi kemeja-T.

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee