Berita baik untuk Kaki Gamerz ! Baca untuk maklumat lanjut.

10/28/2017 12:45:00 AM

Baru baru ni i berkesempatan pergi sendiri Arena eSukan 5-bintang/Platinum pertama negara untuk meletakkan Malaysia sebagai hab permainan video Pertama yang diiktiraf NVIDIA GeForce GTX di Malaysia menerusi pelancaran di The Pantheon.

Best lak main Dota2 kat sini ha ha ha !

Dengan berkeluasan lebih dari 10,000 kaki persegi yang terletak di One Space City @ The Square iaitu di The Pantheon khusus untuk memberikan pengalaman terbaik kepada kaki gamerz. Jenama-Jenama terkenal seperti Alienware, Legion, MSI, NVIDIA, Omen, Predator dan Republics of Gamers menawarkan lebih Dari 30 Peralatan atau komponen seperti G-sync 27 inci, 144hz lebih tinggi dengan GTX 1060 dan GPU supaya kaki gamerz berpeluang untuk merasai dunia visual secara realistik.





The Pantheon ni bercirikan seni ikonik Roman yang membawa maksud kulit khas untuk dewa-dewa.
The Pantheon lengkap dengan 116(PC), Zon PS4, Simulator perlumbaan, Zon pengalaman VR, sebuah auditorium dan banyak lagi tarikan lain akan datang. Lebih dari beberapa jenama yang akan menjadikan The Pantheon tumpuan bagi permainan video di negara ini.



Paling best, terdapat juga 6 buah Billik bersama 6 buah PC peribadi yang dilengkapi dengan peranti permainan terkemuka seperti Alienware, Legion, MSI, Omen, Predator, dan Republics of Gamers. Bilik bilik peribadi ni sangat sesuai untuk korang yang gemarkan suasana privasi tanpa gangguan dan boleh main game berparti dengan Rakan-rakan korang.


iCafe Platinum adalah yang pertama menerima pengiktirafan daripada NVIDIA sebagai eSukan dalam Malaysia. The Pantheon akan menawarkan harga yang berpatutan kepada Kaki Gamerz di luar sana supaya lebih RAMAI permainan dapat merasai kepelbagaian permainan visual yang ditawarkan.

Paling menarik terdapat sebuah Auditorium yang dibina khas untuk menyaksikan pelbagai pertandingan sama ada di peringkat kelayakan mahupun akhir. Dapat memuatkan sekitar 123 orang. Dengan adanya kewujudan The Pantheon ianya mampu mengharumkan nama Malaysia dalam arena eSukan melalui kemudahan terbaik yang disediakan malahan dapat mengasah bakat-bakat permainan kelas dunia yang ada.

zon VR

Dengan menggunakan teknologi GeForce terbaru Dari NVIDIA ianya akan menjadikan industri permainan video ke peringkat yang lebih dikenali dalam kalangan kaki gamerz.

Bagi anda yang singgah The Pantheon pada bila-bila masa bermula dari sekarang jangan lupa untuk membuat pembelian makanan dan minuman yang berharga melebihi RM5 untuk askes ke Zon PS. Kaki Gamerz juga akan berpeluang menikmati program keahlian ekslusif dengan The Pantheon.





zon Simulator Perlumbaan
The Pantheon hanya dibuka untuk pengunjung berumur 12 tahun ke atas untuk permainan video manakala para pelajar dan remaja yang berumur 12 tahun ke bawah hanya boleh berada di The Pantheon sebelum 10 malam sahaja dengan pengawasan ibu bapa. Yang pakai baru sekolah sama sekali tak boleh masuk ye. Muahahha !

Harga :
  • RM5/ jam zon pengalaman PC
  • RM7/jam zon PC Premium
  • RM30/jam zon Simulator Perlumbaan
  • RM50/jam zon VR
  • Zon PS4 percuma untuk ahi komuniti dengan pembelian makanan dan minuman melebihi RM5.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : http://www.thepantheon.co/
Instagram: https://www.instagram.com/thepantheon_my/
Facebook: https://www.facebook.com/ThePantheonMY/

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee