Penantian Berakhir ! YEHWADAM Pure Brightening adalah jawapannya.


Penantian penyeksaan kini sudah berakhir, tiada lagi tekanan untuk para gadis mengalami kemurungan dengan masalah kulit yang melanda jiwa. Lepas ni ramailah berpusu-pusu nak mencuba sendiri produk dari The Face Shop iaitu Yehwadam Pure Brightening. So far I dah cuba several days and a bit impressed dengan bahan-bahan yang digunakan untuk menjadikan kulit lebih glowing, bersinar dan lembut all the times. No no I tak puji lebih-lebih produk ni, so far from my personal view I rasa produk ni memang tepat untuk anda yang ada masalah kulit kurang berseri. Entahlah disebabkan I dah cuba several times I perasan yang 4 steps I dah applied kat wajah I buat muka I nampak berkilat kalah highlighter huda palette gitu. Lepas ni muka I nampak ala-ala Korea la bolehlah I berlakon dalam drama siri rancangan Korea soonest. haha just joking.. hambar je lawak I kan.

Kenapa mesti Yehwadam Pure Brightening ya ? Hasil dari carian google I kan. Yehwadam ni sebenarnya membawa maksud tentang tumbuh-tumbuhan di muka bumi dimana :

Yehwadam YE (蘂): Herba dan Tumbuhan manakala HWA (花): Bunga DAM (譚). Budaya Generasi kecantikan dari korea ni selalunya mereka menggunakan ekstrak bunga dan herba yang boleh dikatakan sebagai herba tradisi Korea yang di inspirasi oleh rahsia kecantikan wanita Korea secara turun temurun.


Yang paling menarik Yehwadam Pure Brightening merupakan produk yang telah melalui kajian dan ianya sudah yakin untuk dipasarkan untuk membantu wanita menyelesaikan masalah kulit kusam dan tidak berseri.


Terdapat 4 jenis Produk Yehwadam Pure Brightening yang kini berada di pasaran Malaysia :
  • YEHWADAM PURE BRIGHTENING SERUM (45ml) RM254.294
  • YEHWADAM PURE BRIGHTENING CREAM (50ml) RM254.294
  • YEHWADAM PURE BRIGHTENING TONER (155ml) RM158.894
  • YEHWADAM PURE BRIGHTENING EMULSION (140ml) RM158.894
Jom tengok sama ada produk Yehwadam Pure Brightening ni bertindak setanding dengan harganya.

From my personal view about Yehwadam Pure Brightening Packaging
Talk about the packaging dulu. Okay packaging dia menggunakan botol kaca, from the packaging boleh nampak yang produk ni sangat ekslusif dan mungkin bahan di dalam tu sangat fragile yerlah usually produk yang menggunakan botol kaca contohnya macam madu kan, produk ni sangat sensitif dengan persekitaran luar dari packaging, jadi possibility kan botol kaca digunakan untuk protect bahan aktif - Jadi bila produk ni sampai kat tangan surely bahan aktif tu dapat meresap dalam kulit dengan baikkan. I suka packaging dia sebab nampak neatly done cuma kena protect elok-elok and letak jauh-jauh from kids.

Yehwadam Pure Brightening Toner


Selepas bersihkan wajah, toner adalah produk yang semestinya kena pakai sebagai langkah magik untuk memperbaiki balik liang pori yang besar akibat persekitaran yang mempunyai radikal bebas, Yes, Yehwadam Pure Brightening Toner adalah salah satu rangkaian produk yang dapat membantu mencerahkan dan mengembalikan keremajaan kulit malahan menjadikan kulit lebih berseri dan bersinar. Lepas dah pakai Yehwadam Pure Brightening Toner I dapat rasa yang liang pori rasa macam sangat ketat and smoother than before. Katanya ianya membantu juga memperbaiki pigmentasi, bintik hitam dan kulit kusam. Baru pakai like sehari dah nampak kesan positif. Paling best produk ni langsung tak buat kulit rasa gatal dan pedih. So far I rasa dia macam ada agen soothing untuk kurangkan iritasi pada kulit.



Jom baca lebih lanjut bahan yang digunakan didalam Yehwadam Pure Brightening Toner.
Ianya di formulasikan dengan 'Chil bark seol yun dan complex' iaitu salah satu formula yang mengandungi 7 kuasa pencerahan dari herba tradisi yang suci murni dimana kesemua bahan telah di panaskan dalam jangka masa yang panjang untuk memaksimakan keberkesanan dan menyingkirkan toksin di dalam proses peng'ekstratan.'

Yehwadam Pure Brightening Toner ni mampu memberikan kulit wajah lebih lembut, menjadikan kulit lebih cerah, lembab dan berseri malahan ianya mempunyai 'Adenosine' salah satu agen untuk mencegah penuaan dan juga 'niacinamide' untuk mencerahkan kulit dan menyerikan lagi kulit yang kusam.

Size: 155ml

Tekstur :
Sangat ringan dan selembut sutera bila disapu pada wajah dengan sapuan lembut.

Yehwadam Pure Brightening Serum


Serum adalah keperluaan masa kini. Serum sangat membantu untuk mengurangkan pigmentasi pada wajah. Tak kiralah jenama apa pun, kebanyakan serum yang pernah I cuba mostly memang paling cepat untuk meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan yag berminyak mahupun melekit. Yehwadam Pure Brightening Serum memang adalah pilihan yang terbaik ! Not only me, I kasi mak I cuba juga serum ni sampai dia nak sangat serum ni, huhu lepas ni I kena beli satu lagi untuk my mom. Masa my mom datang rumah I sempat buat facial kat wajah dia sebab kulit dia ada pigmentasi last time kulit muka dia terkena percikan minyak panas, jadi kulit wajah ada tompok hitam. Masa I buat rutin facial kat kulit wajah mak I, memang I gunakan serum ni kat wajah dia. seharian dia dok belek wajah dia cakap kulit muka dia sangat lembut and kesan tompok hitam akibat percikan minyak panas semakin kurang tak teruk sangat. Bukan dekat kulit I je nampak efektif malahan kat kulit mak I memang nampak ketara la. Jadi if my mom approved this serum, I'm glad to say YES to Yehwadam Pure Brightening Serum ! Lepas ni kena beli satu lagi untuk mak I. Hiks !


Yehwadam Pure Brightening serum dimuatkan di dalam botol bersaiz 45 ml, hanya gunakan 1-2 pam sahaja untuk disapu pada muka, paling menarik agen mencerahkan kulit menggunakan Serbuk mutiara dan sangat mudah meresap ke dalam kulit tanpa menjadikan kulit berminyak serta menjadikan kulit lebih segar. Serum ini mengandungi Lamellar iaitu bahan untuk melembabkan kulit dan mempunyai persamaan seperti struktur kulit yang menjadikan kulit lebih lembut.


Yehwadam Pure Brightening Serum mempunyai tekstur yang sangat lembut seperti baldu dan berwarna  seperti cecair keputihan. Bau yang sangat lembut dan wangi sangat sesuai untuk you all yang ada masalah alergik pada wangian, depends la pada you all, so far for me okay tak ada masalah dengan haruman herba lagipun harumah herba sangat bagus untuk organ dalaman, period ! hiks.

Yehwadam Pure Brightening Emulsion


Yehwadam Pure Brightening Emulsion sama sahaja formulasinya seperti Serum dan Toner dan bersaiz 140ml dan mempunyai tekstur yang sangat lembut seperti sutera. Selepas guna toner-serum yang ini adalah langkah ketiga. So far I hanya gunakan 1 pam sahaja sebab emulsion ni sangat pekat tau. Ianya bertujuaan untuk membantu mencerahkan kulit dan meresap jauh ke dalam kulit untuk mencegah bintik hitam yang kelihatan jelas, menjadikan kulit lebih berseri dan bersinar.


Bahan aktif yang digunakan adalah seperti Chil-baek-seol-yun dan complex iaitu 7 herba tradisional dan juga kandungan Niacinamide untuk membantu proses pencerahan yang lebih efektif dan Adenosine untuk mencegah penuaan.


Yehwadam Pure Brightening Emulsion ni sangat pekat jadi I galakkan you all guna dalam 1 pam je sebab toner dan serum dah sangat efektif merawat masalah kulit you all tau. But I believe you all kena test dahulu untuk tengok kesesuaian kulit sebab bagi I this product is super rich with active ingredients. Maybe akan naik 1-2 jerawat kalau TERLEBIH dalam penggunaan.

Yehwadam Pure Brightening Cream


Yehwadam Pure Brightening Cream ialah krim yang sangat pekat dan bertindak seperti booster untuk mencerahkan dan menyerikan lagi kulit wajah paling menarik ianya dapat mencegah pigmentasi dan kesan penuaan disamping melembab dan melembutkan kulit.

Spatula atau sudu kecil disediakan so hygienic sikit untuk calit pada wajah tanpa menganggu krim yang dalam bekas ni.


|Toner-Serum- Emulsion- Cream | macam I cakap setiap 1 botol ni memang bahan aktif sangat pekat, jadi I galakkan you all hanya ambil 1 sudu kecil sahaja sebelum sapu pada wajah.


I cannot resist the packaging sangat elegan dan sangat ekslusif ! Penggunaan tekstur bunga dan sebiji berlian atas tu sangat awesome ! I rasa packaging je dah costly, hiks ! But the ingredients pun memainkan peranan yang penting tau.


Guna spatula/sudu bila nak ambil krim ni tau, once dah pakai toner-serum-emulsion, finish the skincare regime dengan cream ni sebab ianya akan lock dan dijadikan sebagai lapisan untuk melindungi kulit disamping melembutkan bahagian kulit luar dan menggalakkan lagi kesan pencerahan kulit. 1 bekas ni ada dalam 50 ml dan mempunyai tekstur yang sangat berkrim dan selembut baldu, once dah apply pada wajah rasa macam sapu air je pada kulit sebab ianya memang sangat ringan dan lembut but please pakai 1 sudu pun dah cukup.

Dengan penggunaan Siri rangkaian Yehwadam Pure Brightening Toner-Serum-Emulsion-Cream ni I dapat rasakan yang kulit I seakan hidup dan bernyawa kembali sebab bahan yang sangat kaya dengan bahan aktif herba tradisi membantu mencegah penuaan kulit memandangkan I dah melahirkan anak 2 orang jadi kulit sangat tak seimbang. I hope the face shop product adalah pilihan tepat untuk kulit I. I tak kisah sangat nak cerah or not yang penting kulit wajah nampak glowing dan tak kusam tu lah yang I nak. I hope this product dapat bantu juga kurangkan masalah liang pori besar ni.

Kalau anda mencari produk untuk mencerahkan kulit tanpa menjadikan kulit kering, I cadangkan you all cuba sendiri siri rangkaian penjagaan kulit Yehwadam Pure Brightening di Outlet The Face Shop dan e-store : >> https://goo.gl/Fo17b2 <<


Untuk maklumat lanjut mengenai Yehwadam Pure Brightening, sila layari :
THE FACE SHOP CORPORATE PAGE: www.thefaceshop.my
THE FACE SHOP ONLINE STORE: https://goo.gl/Fo17b2
THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE: www.facebook.com/thefaceshopmalaysia
THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE: www.instagram.com/thefaceshopmalaysia



Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com