Ageless International Beauty Pageant 2017

Ahad lalu I berpeluang untuk bertemu dengan peserta Ageless International beauty pageant dimana mereka akan bertanding untuk memenangi hadiah utama sebanyak RM30,000 manakala yang pertama sebanyak RM26,000 , kedua sebanyak RM23,000, ketiga sebanyak RM21,500 dan keempat sebanyak RM21,000.  Sebanyak RM 25,000 yang akan dimenangi oleh peserta yang diberi anugerah Classic Ageless International.




(L-R) En Bryan Lee, Pengarah Kreatif Ageless International Beauty Pageant, Cik Ann Q dan Cik Janis Chong, Pengasas Ageless Beauty Pageant Management,  Professor Dato’ Dr. Jayles Yeoh, Timbalan Naib Cancelor (Pengantarabangsaan) di Asia Metropolitan University, En Jak Tan, Pengasas De BEAUTY, Puan Sri Datin Seri Dr Susan CheahPenasihat Ageless International Beauty Pageant, Cik Joecess Lim, Penasihat Pembangunan Kerjaya Wanita dan Cik Jazzmine Cheah, Penasihat Penjenamaan Ageless International Beauty Pageant 2017

Para Peserta Ageless International Beauty Pageant



Dengan kerjasama antara Kumpulan Produksi Qui dan De Beauty yang telah mengumumkan secara rasmi  edisi kedua Ageless International Beauty Pageant 2017 yang boleh dikatakan sangat berprestij dan unik dengan bertemakan 'Be A star' dimana para juri akan mengundi para peserta berdasarkan penampilan termasuklah karakter, akademik dan juga pencapaian karier dimana pengumuman telah diumumkan Selangor Turf Club.






Selangor Turf Club berbangga menjadi penaja lokasi  untuk bekerjasama dengan peserta Ageless International Beauty Pageant dimana mereka berpendapat bahawa dengan adanya kerjasama ini dapat menambahkan inspirasi dan pengalaman buat peserta yang berbakat, bijak dan cantik sekali gus menaikkan Malaysia di pentas dunia.

Ageless International Beauty Pageant adalah salah satu platform yang dapat memperkuasakan wanita di dalam entrepreneurship dimana menurut Profesor Dato' Dr Jasles Yeoh iaitu Timbalan Naib Kanselor Antarabangsa Asia Metropolitan University dengan rasa penuh hormat untuk memberikan biasiswa kepada pemenang untuk melanjutkan pembelajaran dalam bidang perniagaan di universiti mereka.

Majlis ini termerai dengan menandatangani kerjasama antara Kumpulan Produksi Qui dan juga De Beauty di mana mereka akan mengendalikan edisi Ageless International Beautiful Pageant tahun ini.

Menurut Ms Ann Q, Pengarah Eksekutif Kumpulan Produksi Qui ianya bukan sekadar Beauty Pageant malahan lebih dari itu dimana peserta ini dapat memberikan motivasi, inspirasi dan kekuatan kepada wanita moden di luar  sana dan mengimbangi gaya hidup melalui kehidupan yang sudah berkeluarga, karier dan tanggungjawab sosial.





Finale Ageless Beauty Pageant akan berlangsung pada 21 Disember 2017 pada hari Khamis di Sunway Resort Hotel pada 5 petang.

1 ulasan :

  1. Folks so today I sharing HUGE slant elusive sites all! Do consistently swear off basic extraction, companions, officemates out of date? neuphoric

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com