Water lip TONE UP CC by Mentholatum


Water Lip Color Correct + hydration dari Mentholatum ni bagi kulit bibir you all lebih berhidrasi dan cantikkan warna kulit bibir dimana ianya akan membantu menampakkan bibir nampak kemerah-merahan dengan warna yang tipis namun nampak lebih natural tau.


Tone Up cc ni bebas wangian dan  mempunyai gabungan bahan lembapan dan khasiat untuk menjadikan bibir lebih mempesonakan dan lembapan yang tahan lebih lama. Ada 3 jenis vitamin seperti Vitamin C dan E derivatif serta Vitamin E. SPF 20 PA++ juga diformulasikan di dalam CC ni supaya dapat mencegah kerosakan bibir akibat dari sinaran UV yang berbahaya. 3D Pearl juga ada pewarna bibir yang berfungsi untuk memperbetulkan warna bibir, memperbaharui warna bibir kusam, memerahkan bibir dan memberikan lembapan yang lembut pada bibir supaya bibir nampak mungil dan seksi gitu.


Terdapat 2 pilihan warna seperti Rose Pinkd dan Pure Red, so far I dah cuba yang pure red. Bagi I warna dia sangat tipis dan natural, nampak macam pakai pelembab pada bibir, I agreed memang applied several layers boleh rasa bibir sangat lembut dan lembab tau. Kalau pergi kedai dekat-dekat rumah boleh lah sapu Water Lip Tone Up CC ni.


Water lip TONE UP CC by Mentholatum korang boleh dapatkan di Drug store berdekatan, boleh beli secara online di Watsons lebih kurang RM13.52 SEBATANG harga promosi lah kalau harga retail aku tengok macam RM16.90 sebatang.

Untuk makluma lanjut, sila layari :
http://www.mentholatum.com.my/mentholatum/treatment_waterlip_toneup_cc.php

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com