Alami Sendiri Hiburan Hyper-Reality EXA Outpost di Setia Walk, Puchong.

Gear up, Ladies and gentleman ! 

Kini anda boleh bekerjasama dengan rakan-rakan anda untuk menjadi sebuah pasukan ala-ala askar dimana setiap daripada anda yang berminat untuk bermain Permainan ini akan terlibat di dalam teknologi yang ditawarkan, menjadi karakter di dalam cerita dan mengalami sendiri permainan ini dalam memberi bekerjasama dengan pasukan anda untuk menentang makhluk raksasa ala-ala alien gitu.

I pula Over-excited nak BERMAIN teknologi Virtual Realiti ni

Dengan modul yang diperbaharui serta formula yang dipertingkatkan, pengalaman dan kandungan adalah kunci komponen apabila anda dapat mengalami sendiri Hyper-Reality-FECs atau dikenali sebagai Pusat Hiburan Sekeluarga dengan teknologi yang telah di majukan untuk berkongsi pengalaman antara satu sama lain. Pada masa anda membeli tiket tu, Mr Lee cakap dia nak korang merasai sendiri pengalaman dalam cerita tersebut sebagai salah satu pasukan.

EXA Outpost Episode 01 Dimension 12

Antara sebab korang kena Explore sendiri SetiaWalk Outpost :
"Supaya korang dapat bawa kawan-kawan atau keluarga korang untuk menerokai, melibatkan dan mempertahankan diri sendiri serta boleh berkongsi pengalaman atara satu sama lain menentang alien iaitu musuh ketat manusia"

Orang kuat di sebalik Exa Outpost SetiaWalk
 Mr Lee berharap agar korang dapat bermain dalam satu pasukan dan mengalami sendiri keseronokan yang dapat korang berkongsi antara satu sama lain melalui permainan oleh Exa OutPost ni.

Jadual Ranking Dunia bagi mereka yang telah bermain mainan ini
Kalau korang nak tahu, permainan Hyper-realiti dan fizikal ini mempunyai tarikan yang tersendiri di mana boleh buat korang jadi 'lagha' dengan konsep wireless percuma sebenarnya telah dipelopori oleh Kumpula dari Exa Global sendiri. Tak silap aku dari programming, jalan cerita memang dicipta oleh Exa Global untuk korang bermain dan mengikut jalan cerita yang telah dicipta.

Senapang untuk tembak mahkluk jahat di dalam permainan
Kalau korang guna senapang ni, senapang ni dia tak ada konsep 'reloaded' tau tapi kalau korang 'keep firing' korag dapat rasa senapang ni akan jadi 'over-heated.' Macam mana nak tahu senapang ni 'over-heated' korang akan nampak senapang korang dalam realiti visual senapang korang nampak berasap. Waktu tu korang kena elak musuh dan tunggu selama 5 saat untuk teruskan aktiviti menembak.

Pakaian Sut yang korang akan pakai ketika dalam permainan
 Sut ni korang akan guna dalam permainan, tapi aku kurang pasti apa fungsi lampu tu. Aku rasa suit ni berat rasanya. Hehe, tapi tadi tak dapat pun nak play the trial sebab asyik tripping je. :( Nangis !

Tempat Simpan Sut
Lepas dah guna sut, sut akan disimpan dalam ni, aku tak pasti sama ada sut tersebut kena 'charging' atau tidak.

Ruang yang disediakan untuk korang alami berada seperti di atmosfera
Dengan sistem ANGKAS, korang akan mengalami sendiri penerokaan dimensi dan luar atsmofera yang di highlight. Askar akan disediakan untuk korang alami sendiri pengalaman yang menakjubkan. Korang akan alami juga cerita grafik ala-ala real dimana korang dilatih sebagai pasukan askar macam dalam cerita Starship Troopers dengan bilik misi yang mempunyai visual grafik yang telah dimajukan. Korang akan terima arahan dari Komander Rick dan diberi peluang untuk menerokai sendiri dimensi yang asing untuk meninggalkan pemain dengan perasaan kagum dan minat dengan realiti alam yang masih belum diterokai.

Aku dan mamat handsome dalam sut macam futuristik

Lepas ni korang bolehlah datang bermain, boleh lompat-lompat tapi rasanya jangan over sangat ye atas sebab untuk keselamatan plus ada filter kat tepi-tepi tu mungkin sebagai sensor kot. Nanti aku ada peluang untuk bermain percubaan, aku bagitahu korang tau pengalaman aku sendiri.

Beli 1 percuma 1 RM65 dimana harga original adalah RM81
Sekarang masih dalam promosi pembukaan, beli 1 percuma 1 dengan harga hanya RM65 daripada RM81. Jadi apa lagi cepat GRAB dan alami sendiri dunia asing tanpa sempadan ni. Plus korang boleh hilangkan Stress kalau dapat main Game ni tau ! :)

SetiaWalk Outpost ni ada beberapa bilik :
  1. Muzium Hyper-Reality yang menunjukkan perkembangan hyper-realiti Exa Global.
  2. Arked Hyper-Realiti Pusat Hiburan di mana pusat hiburan ini boleh dimain oleh pengguna yang ingin ermain Arked Permainan VR


Untuk maklumat lanjut macam mana nak Tempah misi dimensi 12 episod 1, sila layari :

Website : www.exa-global.com
www.facebook.com/ExaGlobal/

Office Address
No.25, Jalan Puteri 7/15, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.

Outpost - Setiawalk:
B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor.

Bagi korang yang tak ada kenderaan, boleh pergi naik kenderaan awam, naik LRT sampai Pusat Bandar Puchong dan jalan kaki je tak sampai 10 minit pun.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com