![]() |
Mushroom Spaghetti Aglio Olio |
Makanan dengan aku of course berpisah tiada. Bulan Ramadan yang mulia waktu berbuka adalah waktu kegembiraan bagi mereka yang berpuasa tau. Dari Hulu Langat ke Klang Parade merentas kesesakan jalan raya telah memberikan pengalaman yang agak hambar untuk diri sendiri namun semua perasaan itu berubah apabila masuk ke dalam Next Food Junction Klang Parade, banyak sangat gerai makanan yang menjual pelbagai jenis pilihan makanan dari western, tradisional, Indonesian, Portugese cuisines telah menjadi pilihan berbuka juadah bagi mereka yang berada di Klang Parade.
Nak tahu apa pilihan aku dengan suami, jom skroll-skroll gambar. Husband aku sememangnya suka makan pasta jadi duduk sahaja dia terus nampak stall yang jual mee macam ni, dia suruhlah aku ordered Mushroom Spaghetti Aglio Olio, harganya lebih kurang RM10.80 1 untuk 1 pinggan. Dalam Spaghetti tu ada bahan sayur, ayam dan juga cendawan.
![]() |
Nasi Kukus Ayam Rempah |
Menu ringkas ni berharga sekitar RM7.90, yang korang boleh nampak macam dalam gambar tu la, aku tanya husband aku sedap ke tidak ? Dia cakap okay je mungkin waktu berbuka memang perut lapar jadi apa sahaja depan mata NGgao sahaja. Bagi aku portion ayam yang kecil tapi aku faham harga mentah memang mahal jadi memang kena lah dengan harganya. Ada nasi, ayam rempah, kerepek timun dan sambal sebagai penyedap makanan.
![]() |
Mocha dan Tummy Calmer |
![]() |
ABC yang ni Reef Punya |
![]() |
Ikan - yang ni Illya dan Otomen punya menu |
![]() |
Nasi memang wajib ada bagi mereka yang jenis nak berdiet |
![]() |
Western Food Untuk Anak-anak aku |
Anak-anak aku memang suka makan western food, kentang goreng memang favorite mereka la, yang ni lebih kurang RM17 juga aku bayar untuk fish and chips dengan mushroom soup ni, tapi aku rasa western food dekat Next Food Junction Klang Parade ni memang sedap.
![]() |
Team makan aku tadi, Aqalili not in here dia beli makanan, Otomen, Illya , Reef, laki dan anak-anak aku. |
Lepas dah makan-makan, korang jangan lupa tau shopping baju raya dekat Next ladies, yerlah raya dah nak dekat. Baju kat situ murah murah tau, dulu aku guna RM200 dapat lebih kurang 9 helai pakaian kot syok gila.


Sempena musim perayaan ni kan, kat Klang Parade pun adakan persembahan kanak-kanak lepas tu ada persembahan tradisional pada 10 & 17 Jun pukul 2 dan 4 petang. Paling best Misha Omar, Baki Zainal, Adibah Noor pun ada untuk warna-warni Aidilfitri pada 11 Jun 3 petang. 18 Jun pula ada Ayda Jebat pukul 3 petang, best tau selebriti tanah air turun ke Klang Parade.
Dan bagi korang yang suka membeli belah, jangan lupa tau redeem sampul rayadengan setiap pembelian bernilai RM50 dalam 1 resit manakala dengan pembelian lebih dari RM200 dalam 1 atau 2 resit boleh dapat Bekas ekslusif, bestkan ?
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Food Junction, Tingkat 5, Klang Parade.
Instagram: www.instagram.com/nextfoodjunction/
Facebook: www.facebook.com/NEXTFoodJunction/
Catat Ulasan