Majlis Menandatangani MOU antara MYPORT & KOPSTAR di Program Raya bersama SelangorFM

Minggu lepas pada  Rabu 24 Mei 2017 , I sempat menghadiri sebuah majlis di tempat letak kereta Park N Ride, bersebelahan LRT Bandar Tasik Selatan iaitu Majlis menandatangani MOU antara MYPORT & KOPSTAR serta meraikan Program Raya bersama SelangorFM.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk MYPORT dan KOPSTAR berkoloborasi dalam memberikan platfom terbaik untuk penggiat seni yang ingin berniaga, malahan memberikan peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan demi meneruskan kehidupan jika tidak mempunyai aktiviti dalam dunia hiburan. "Taman Muzik Malaysia" telah diberi nama oleh KPSTAR dalam usaha untuk membina sebuah Hub Muzik Antarabangsa.

Galeri Muzik Malaysia, Bazar KOPSTAR, Studio KOPSTAR, Pentas terbuka dan banyak lagi akan berada di dalam Taman Muzik Malaysia dimana ianya akan membantu memberikan anjakan paradigma terhadap bidang muzik sekali gus membantu menjana ekonomi. Ianya juga akan dijadikan sebagai lokasi pelancongan hiburan berinformatif negara yang pertama dibawah perancanga KOPSTAR. Peluang yang besar juga sebagai sumber penjanaan ekonomi negara.

Majlis Menandatangani MOU antara MYPORT & KOPSTAR di
Program Raya bersama SelangorFM
Maka termeterailah perjanjian antara dua organisasi melalui perjanjiaan hitam-putih dalam Majlis menandatangani MOU antara MYPORT & KOPSTAR.

BERSAMA SELANGORFM UNTUK MAJLIS SAMBUTAN RAYA


Dengan kehadiran artis veteran dan baharu seperti Razak A'ai, Fauzi Hamzi, Maisarah Ukelele, Dato' Royce Saayan, Vokalis Pretty Ugly, Hasnol, Al-Farabi Band dan ramai lagi telah terlibat dalam membuat rakaman pada malam Program Raya untuk sambutan sempena Syawal yang bakal tiba dengan membuat rakaman lagu-lagu raya.

Persembahan dari Razak A'ai sambil bermain gitar
Bagi korang yang ingin mencari pakaian raya murah-murah, kuih raya yang disiap jangan lupa tau shopping di MyPort KL Downtown ye, Banyak seleksi pilihan malahan harga yang ditawarkan boleh dikatakan harga mampu milik !

Untuk maklumat lanjut mengenai KOPSTAR, sila layari :
www.KOPSTAR.com atau
Nak dengar lagu-lagu raya sila Tune in SELANGORFM

Kalau nak Shopping, sila singgah :

Park N Ride Bandar Tasik Selatan
Jalan 19/141, Bandar Tasek Selatan,
57100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


*Photo kredit dari FAIZOL HAFIZI (Otomen Taro)*

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com