Set Menu Seroja di Fresca & Dolly Avenue K

5/18/2017 05:30:00 AM

Baru-baru ni, I sempat mencuba sendiri hidangan yang lagi enak, lazat dan berkhasiat dari Dolly Dim Sum dimana ianya mempertengahkan ciri-ciri budaya dan tradisi semenjak dari zaman dahulu lagi. Dim Sum bermaksud " untuk menyentuh hati" dan di Dolly Dim Sum mereka bangga untuk menyediakan hidangan yang bakal memberikan pengalaman yang unik dengan menggunakan bahan yang berkualiti, servis yang tulus dan ikhlas serta suasana makanan yang sempurna.

Fresca Sharing Appetiser Platter
 Yang ini ialah 'starter' dalam Set Menu Seroja. Dalam platter ni ada Tortilla Chips dan Salsas which is korang boleh nampak ada beberapa 3 jenis 'sauces gravy' iaitu salsa tomato pedas, sambal salsa chipolte tak silap dicampur dengan belacan yang dibakar, dan yang tengah tu sos buah mangga.

Dalam platter ni juga dimuatkan dengan Prawn Tacos yang disumbat dengan sayur-sayuran, udang segar dan juga bawang. Yang sebelah tortilla chips tu yang nampak amcam crispy fried tu ialah Jalapeno poppers, yang ni paling sedap I pernah makan hehe, sebab dalam tu ada Jalepeno chili yang dimasak dengan breadcrumb-coated pedas and dalam tu juga ada Monterey Jack Cheese dan juga daging. Memang nikmat makan benda ni, sebab bila masuk mulut je fuh rasa macam nak pergi order lagi. Hehe.

Jalapeno Poppers : You are in my Dream, Oh !
Dolly Kitchen Nibbles
Dolly Kitchen Nibbles ni adalah makanan aunthetic dan favorite Dolly tau, Dia suka makan Dumplings. Ini memang makanan signature dalam Restoran ni. Bila tengok gambar ni I rasa I betul-betul berada di negara China tau, terasa seperti di Shanghai pun ada juga. But let me bagitahu you all dalam ni.

Yang I pegang tu adalah Roasted BBQ Bun dalam tu ada isi daging BBQ madu yang disumbat dalam roti tu, yang ni memang Dolly punya signature menu, kalau you all singgah di restoran ni Boleh lah korang cuba sendiri keenakan Bun ni, memang puas sangat sebab isi daging BBQ madu tu yang buat BUN ni rasa sungguh enak and sweet-sweet gitu. Elok makan waktu panas tau,

"Siew Mai" Dumplings
 Dalam ni ada udang segar, cendawan dan ayam kemudian dia guna teknik steamed and from there korang dapat rasa dumplings ni bila gigit rasa macam kenyal-kenyal tau. Reccomended !

Spring Rolls
 Dalam popia ni just a basic ingredients seperti Kobis, cendawan dan Lobak merah, Okay lah as an extra kunyah-kunyah sementara menunggu main course tau.

RICE & DISHES

Grilled Chicken a la Fresca
Must try rasa dan makan, yang ni Nasi Hijau Mexican tau, yang chicken tu dia marinated dengan coffee, memang korang boleh rasa lah aya yang diperam dengan kopi rasa macam hangus-hangus pahit sebab dia panggang. Lepas tu kena makan dengan punya sos untuk rasa pedas yang meletop gitu.
Stir-Fried Hong Kong Kailan
Basically lah kan, I ni memang peminat sayur kailan, tak sangka dalam menu ni pun ada Sayur Kailan, trust me I memang makan habis sebab sayur kailan banyak khasiat tau, yang ni dia masak dengan bawang putih so I guessed you all can imagine the taste ! :)


Wok- Fried Sirloin Beef Kway Teow
 Yang kuew teow yang usually kita boleh dapat di gerai but yang ni gunakan daging dari Australia sebagai penambat citarasa individu dan ianya dimasak seperti Gaya Cantonese.

Dessert

Churros and Dips
 Churros yang dimasak ranggup ni telah disalut dengan gula dan juga kayu manis, kemudian korang boleh celup dengan coklat dan juga karamel.

Egg Custard Bun

Egg Custard Bun - Isi dalam
Roti yang di kukus dan dipenuhi dengan Karamel kuning telur masin, sedap tak manis just ngam-ngam the taste.

Kuih Ubi Kayu
 Kuih-muih ni Home Made tau, yang warna lapis-lapis ni sebenarnya ubi kayu, okaylah the taste nice and tak manis, I suka rasa dia.

Wajik Durian
 Wajik Durian pun sedap juga, memang pelengkap hidangan.

Dalam Set Menu Seroja ni Air Sirap Bandung atau Air Teh Ais Lemon kan free REFILL. Best kan ?

Menu ini berharga RM83+ PER PAX ( 6 PAX )
Set Menu ini akan available pada bulan Ramadhan dari 26 May sehingga 24 Jun 2017. Sesuai untuk 6 pax di seluruh outlet.

Selain itu, Set Menu Melur berharga RM63+ setiap pax, Set Menu Orkid berharga RM73+ per pax.
Yang specialnya adalah set Menu Seroja la sebab ada macam-macam.


Selain itu anda dapat menikmati kurma serta makanan homemade kuih muih gitu.

Para pelanggan yang berbelanja lebih dari RM150, anda akan menerima voucher sebanyak 10% diskaun yang akan VALID pada next visit !

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : http://www.dollydimsum.com/
@DollyDimSum Facebook / Instagram

Outlets

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee