Menu baru di Streat Thai !


Harini ni I jalan-jalan cari makan di Streat Thai The School Jaya One, betul-betul masa I nak masuk Parking lalu sebelah kedainya. Waktu I sampai tu tengah hujan, memang Awesome sangatlah pekena makanan panas dan pedas time sejuk-sejuk ni. Haha.

Streat Thai kali ni nak perkenalkan menu terbaru yang terdapat dalam restoran diaorang. Daging dan seafood, so far I rasa I punya taste memang kena sangat dengan rasa pedas-pedas manis ni. Selalunya makanan Thai memang boleh masuk lah. Mungkin sebab Abah orang Kelantan dia memang suka masakan macam ni.

Kalau you all masuk Streat Thai ni, korang boleh tengok rekaan kedainya macam warung-warung sebab Streat Thai guna konsep Macam makanan di jalan raya ( Street Stalls ) dan mostly makanan dalam restoran ni memang guna hampir 100% orang Thai. Restoran ni dikatakan uniklah dalam Kuala Lumpur sebab dia guna konsep street stalls ni.  memang dekat restoran ni korang boleh nikmati makanan asli orang Thailand.



I memang suka tengok cerita Thai, haritu tengok cerita Orang puteh duduk dekat Negara Thai sambil family sana buat sotam guna Betik muda. Haha cerita tu memang lawak tapi dah lupa pula tajuk cerita tu.

Owner restoran ni cakap restoran ni tak ada sijil halal lagi sebab dorang ni ada buat macam hiburan rasanya tak silap ada serve minuman beralkohol tapi you all kalau datang sini tak payahla nak minum air pelik-pelik. Minum yang korang boleh minumlah kan. Tapi restoran ni memang ramai orang melayu singgah kot sebab nak rasa masakan asli orang Thai.

Satu lagi I dapat info yang restoran ni tak ada serve makanan macam daging babi and daging tak sembelih, daging yang digunakan adalah daging Australia, I guessed daging tu dapat dekat pasaran berdekatan, usually kalau daging Australia kat pasar ada halal kan ? hehe. Streat Thai person tadi cakap yang diaorang memang tak percaya daging babi sebagai pengganti protin sebab memang rasa nya tidak akan sama.

Okay so apa menu terbaru Streat Thai tawarkan? Jom scroll lagi ke bawah ye.

Somtam
Somtam kali ni sangat lain daripada yang lain sebab dia tak gaul, tapi kalau korang nak korang boleh gaul sendiri, lepas tu kan dia jadi lain daripada lain sebab ada mee kot haha, plus ada daging, ada crab stick , carrot and sayur-sayur la.I rasa somtam nya dia letak atas je yang bawah-bawah tu hanyalah hiasan tapi hiasan boleh makan.

Chicken Chop Rice
 Yang ni nasi ayam paling simple I pernah tengok, nasi, chicken chop, timun dengan tomato. Nasi tu I rasa nasi putih cuma beras yang dipakai beras jasmine, memang nasi tu dah rasa sedap pun sebab dia ada aroma wangi.

Beef Hot Pot
 Beef Hot Pot ni semestinya sangat sesuai la untuk budak-budak sebab I tak rasa ianya pedas. Memang anak I suka ni especially yang meatballs tu, daging yang digunakan memang fresh sebab Streat Thai cakap dia beli fresh food like everyday before serve dengan diaorang punya resepi masakan.

Seafood Otak-otak
Selalu kita makan otak-otak yang dalam daun palas panjang memanjang kan, kali ni 1st time I tengok otak-otak style kuih pelita gitu, yang ni otak-otak seafood tau. Dalam otak-otak ni ada udang dengan sotong. Bagi I memang sedap, rasa macam nak cuba buat pula time raya nanti haha.

Seafood Trio
 Yang ni memang laku keras, ada lala udang besar dengan sotong, I tengok harga tadi RM89.90 satu plate besar macam ni, mak aih korang memang kena rasa sendiri udang besar dia gila fresh kot lepas tu bila dah habis semua seafood ni tinggal kuah, kuah dia memang rasa lime la, agak-agak kalau tengok loya-loya pregnant ni kena try ni kot, memang boleh hilang rasa pening tu haha.

Beef Red Curry
Yang ini memang wajib korang cuba, eh suka- suka pulak kita wajibkan pula ye, tapi ni memang lagi sedap rasanya dari rendang time raya, ha ha padahal ni memang rendang pun tapi dia lain dari yang lain sebab daging yang digunakan ala-ala kena salai hiris nipis lepas tu dia masak style rendang, yang ni memang boleh rasa la dia banyak gunakan daun limau purut.

Seafood Tom Yum Noodle
 Bagi you all yang suka makan tomyam, jom cuba dengan mee sekali, siap ada telur lagi haha. First time juga makan tom yam ada telur macam ni.


Beef Penang Curry

 Kari daging pun ada dekat Streat Thai ni cuma kari daging kat sini dia banyak letak daun dan buah limau purut, memang sangat wangi kari ni.


Green Curry
Green curry aku ingat kari teh hijau tadi, rasa macam pernah tengok menu ni tapi aku tak ingat dah. Rasa dia sweet sweet creamy sebab dia guna santan dalam green curry ni. And dalam green curry ni ada terung tau.


Teruja tengok menu terbaru di Streat Thai ni !

Mango Sticky Rice
Dessert ni memang sedap, I habiskan, selalu I muak sikit makan pulut, tapi pulut yang ni tak tahu la kenapa dia jadi sedap sangat, I rasa mungkin yang bijiran atas pulut tu buat dia jadi sedap, setiap kali kunyah je mesti dapat rasa crispy-crispy tu, biasalah kalau benda yang crispy memang penyedap makanan. Dia punya mangga memang manis, lepas tu dia letak santan atas tu.

Crunchy Ruby
Usually ruby ni warna merah tapi kali ni beza sikit, dia warna hijau pula, tapi apa pun, layan je la.. haha sebab memang sedap.. dapat rasa santan sweet sweet gitu.

Hujan tapi setia menunggu.
Promosi Buffet Ramadhan


Tak lama lagi dah nak ramadhan, Streat Thai pun ada buat Buffet Ramadhan tau hampir 60 seleksi pilihan makanan ! Harga so far I rasa sangat mampu la kalau nak makan dengan family..
Hanya RM49.90 untuk dewasa manakala kanak-kanak dari 6-12 tahun RM19.90 sahaja.

Kalau you all tempah 7 hari sebelum korang dapat harga RM39.90 untuk dewasa dan tempat duduk adalah terhad ye tertakluk pada terma dan syarat.

Sila dail untuk tempahan :
03-74961297/ 012-9073581

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

website: www.eatatstreat.com
facebook: www.facebook.com/streatthai
instagram : www.instagram.com/streatthai

location:
100-G.001 The School (Jaya One)
No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com