Emergency Beauty Kit by @PinkBoxCereal


Last time I sempat singgah ke event pelancaran produk dari @PinkBoxCereal untuk Emergency Beauty Kit. Everything PINK termasuk la foundernya, dari hujung rambut ke hujung kaki warna pink je yang I nampak.

Siapa sebenarnya Pink Box Cereal ni, mula-mula I ingat makanan rupanya produk kecantikan tau. Pink Box Cereal ni pengasasnya ialah Syafiqah Shafie dan menggunakan nama Pink Box Cereal di instagram, facebook dan youtube dan ShoppinkBoxCereal telah wujud dalam dunia alam maya semenjak dari Ogos 2016 lagi melalui instagram untuk memenuhi kehendak follower melalui pemilihan pengasas sendiri.

#EmergencyBeautyBox ni hampir 100 kotak terjual setiap minggu jadi tu sebab lah wujudnya shoppinkboxcereal.com pada 1 April 2017 yag lalu.

Pelbagai produk local brand terdapat dalam shoppinkboxcereal.com antaranya produk famous yang digunakan oleh MUA terkenal dalam Malaysia seperti Ferra Rossa.

Majlis dilancarkan di sini : #Disenarspace

Pengasas ShoppinkBoxCereal.com  : Syafiqah Shafie

Tadaa The Emergency Beauty Kit !

Dalam Kotak ni ada Skincare
PinkBoxCereal Rose HydraToner (60ml) &
Sample : PinkBoxCereal Hyaluronic Water Gel



Dua-dua produk dalam kotak emergency box ni I dah guna hampir habis hehe sebab asyik sembur banyak kali dekat muka especially lepas basuh muka, sebelum guna makeup and selepas guna makeup. So far okayla dia bagi kulit wajah hidrat dan fresh. Hyaluronic acid water gel tu I rasa sapu sikit-sikit je sebab gel dia agak concentrated kot.. both are fine I suka sebab dia ada macam kesan sejuk kat kulit I.

Pink Box Cereal Rose Hydra Tone (60ml ) dijual RM35 satu and yang Pink Box Hyaluronic Water Gel (50g) dijual RM55 SATU TIUB.

Selain dari produk dekat atas ni korang boleh dapatkan Alyssa, Nafura dekat dalam website ni juga tau.


Bagi you all nak tahu lebih lanjut mengenai @pinkboxcereal ni, sila layari :
Facebook : https://www.facebook.com/pinkboxcereal
Instagram : https://instagram.com/pinkboxcereal
Youtube : https://www.youtube.com/pinkboxcereal
Website : http://www.shoppinkboxcereal.com/


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com