Jom Berbuka Puasa di Restoran Nelayan Gombak !

Baru baru ni I sempat singgah ke Restoran Nelayan Titiwangsa yang berlokasi di Gombak. Sebenarnya restoran terapung ni sangat femes di Taman Tasik Titiwangsa namun pengasas restoran Nelayan ini berpindah atas sebab tertentu dan terus menamakan restoran ini sebagai Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak.

Rendang Daging

Tapi yang syafierayamin.com tertarik adalah pelbagai hidangan lauk yang disediakan. Part makanan tu la yang membuatkan sesebuah restoran laku keras. Paling Menarik Restoran Nelayan ni menyediakan hidangan steambot, panggang dan makanan ala carte yang lain. I ni memang gemar makan steambot biasalah selalunya makan bersama keluarga memanglah meriah.

Cepat BOOKING Now !!

Restoran ni telah diambil alih oleh syarikat Q'sha trading (M) Sdn Bhd dan telah ditubuhkan semenjak dari tahun 2014 lagi. Restoran Nelayan Gombak ini telah diubah suai dari segi produk dan juga fasiliti di dalamnya. Jadi bila anda masuk restoran ni rasa macam tak cukup kaki nak singgah ke setiap sudut. Di situ juga disediakan sebuah Dewan besar barangkali khas untuk yang ingin membuat majlis yang boleh dimuatkan sehingga 1000 sehingga 1600 orang secara buffet.

Hiasan Bot Nelayan sebagai karakter Rasmi Nelayan Gombak

Berbalik pada makanan, korang boleh menikmati sajian tradisional, steambot, panggang seperti kambin, ayam, daging yang telah diperap dengan ramuan rahsia. Waktu bulan Ramadhan lauk tradisional pun disediakan. Paling laku keras lauk gulai daging salai ke tu masak dalam kuali dan lebih dari 15 jenis menu tradisi termasuklah sambal belacan, ulam-ulaman, gulai, asam pedas, kerabu dan banyak lagi. Kan dah cakap, gulai daging kawah Tanjung dan Daging salai masak lemak adalah tarikan utama sebab ianya dimasak secara langsung menggunakan rempah asli dan berkualiti iaitu Rempah Tanjung. Selain dari tu ada juga pelbagai hidangan seperti Noodles station, ada banyak pilihan mee, mehoon, kway teow dan juga pelbagai jenis sup, sup ayam, sup sayur dan snek. Lepas tu untuk juadah makan ringan ada keropok, ada kurma,rojak buah, bubur dan juga buah-buahan.

Ruang Hiburan, Karaoke, Persembahan dan Acara Untuk Pengacara

Aneka Jenis Sup yang boleh didapati di Nelayan Gombak

Pilihan makanan Sejuk untuk Steambot

Sebelum Di Kukus

Aneka jenis Sos Pencicah

Aneka jenis makanan untuk steambot

Aneka Jenis Kuih-Muih Tradisional

Gulai Daging Salai Masak Cili Api, menu yang laku keras

Pelbagai jenis ulam-ulaman untuk penggemar sayur-sayuran

Rojak Buah dan juga buah-buahan sebagai menu pilihan Awal & terakhir
Kalau air pula ada cendol, teh tarik istimewa serta pelbagai jenis minuman berkodial. Minuman panas seperti kopi juga disediakan. Ada juga menu air ADD ON tapi kena bayar secara asing iaitu Air Mojitos Sparkling dan Love Passion Sour Soup. Ada lagi menu iaitu ais krim ada pelbagai perasa memang khas untuk kanak-kanak bagi mereka duduk diam ketika mak ayah tengah menjamu selera berbuka. 


  1. Harga yang ditawarkan adalah RM49.90 untuk orang dewasa.
  2. 50% Diskaun Untuk Kanak-kanak 5 sehingga 11 Tahun dan warga emas manakala kanak-kanak dibawah umur 4 Tahun adalah Percuma.
  3. Kupon Pakej Buffet Ramadan boleh dibeli secara terus di Meja Pendaftaran
  4. Ruang Dewan untuk Solat Terawih boleh menampung sehingga 200 jemaah di Restoran Nelayan Gombak
  5. Usahawan IKS dan PKS dipelawa untuk menjual produk mereka di sini.
Dengan bertemakan Menu WARISAN Sajian Kita dengan harga yang berpatutan menjadikan restoran ini adalah lokasi pilihan yang menarik untuk berbuka puasa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Email : restorannelayan@gmail.com
Website : http://www.restorannelayan-gombak.com

Alamat :

Batu 8 3/4, Jalan Gombak
Kuala Lumpur, Malaysia
Untuk Tunjuk Arah

Sila Hubungi : 019-293 1397

Info :
Restoran Nelayan Menyajikan Menu Steamboat dan Grill dengan pelbagai pilihan menu yang pasti membuat anda tertarik..... terdapat juga menu ala-carte

Kategori :
Seafood restaurant · Family style restaurant · Buffet restaurant

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com