Apa nak Makan Di Citta Mall Waktu Berbuka Puasa ni ?

 Last time, I sempat lepak-lepak dengan kawan masa berada di Citta Mall, konon nak relax-relax biasalah time dah nak Ramadhan kan so kitaorang pergi makan macam-macam time tu sebab nak merasa keenakan makanan di beberapa buah restoran yang terdapat di Citta Mall.

Malam tu selera nak makan masakan dari Indonesia, ada beberapa kedai Masakan Indonesia yang ada di Citta Mall contohnya seperti restoran Waroeng Penyet. Aku saspek menu makanan yang disediakan memang makanan favorite husband aku plus bila makan kat sini mengingatkan kitaorang waktu kitaorang pernah bercuti di Yogyakarta satu masa lalu.

Set makanan yang disediakan mengikut bajet korang

Antara menu yang dihidangkan seperti ayam penyet, ada tauhu dan tempe, ada daging ketuk, ada terung masak pedas dan tahu dengan kicap tak silap aku, paling best waktu weekdays korang dapat menikmati promosi dengan harga yang berpatutan. Kalau kat dalam gambar atas ni aku paling suka yang daging ketok tu la sebab rasa dia enak bangat weh.

4 Pilihan Sambal khas untuk citarasa korang

Waroeng Penyet ni menambat hati para pengunjung yang menikmati makanan  dengan  4 jenis sos cicah dengan so sambal dari pedas sehingga lah manis-manis. So they all dah tahu yang mana korang boleh makan untuk menikmati juadah yang ada di Waroeng Penyet.

I believe minuman yang disediakan dari Waroeng Penyet ni sangat Berkhasiat

Paling menarik ialah pelbagai jenis minuman yang sihat dan berkhasiat disediakan oleh Waroeng Penyet. Aku paling suka Jus alpukat, aku rasa minuman ni lah femes di Indonesia. Aku syak orang Indonesia cantik-cantik sebab minum jus ni tau. Selain tu ada milo tabur, air lemongrass, dan jus lain. Selain tu dekat sini juga ada Teh Botol tapi dipek dalam kotak lah.

Ni dia Teh Botol di dalam Kotak, rasa dia sama je macam dalam Botol tu

Restoran Waroeng Penyet dari Front View

Saya di sini Menikmati sendiri hidangan lazat di Waroeng Penyet Citta Mall

Sekali Cuba pasti Nak lagi, I guessed they are right, memang planning nak makan sini lagi sekali lagi bersama husband and kids kalau berkesempatan. Nak try menu lain pulak,

Untuk maklumat lanjut mengenai Waroeng Penyet, sila layari :

Website : www.waroengpenyet.com
Facebook : @WaroengPenyetMalaysia
Instagram : @WaroengPenyet #WaroengPenyet
Email : information@waroengpenyet.com

Alamat di Citta Mall :
Citta Mall Ara Damansara
1st Floor, Lot f-10, Citta Mall,
Jalan PJU 1a/48, Pju 1a,
Ara Damansara, 47301,
Petaling Jaya, Selangor.
03-7831-0029

Next lepas dah makan sedap-sedap di Waroeng Penyet, tiba-tiba rasa nak lepak tempat paling santai and chill and relax kan minda di waktu malam, lepak dengan rakan sekerja memang syok la, Stress waktu siang, waktu malam pula kita berehat fikiran dan boleh menikmati makanan ringan di Beans N Beans Citta Mall ni.

Kedai Depan Beans N Beans yang ala-ala kat Korea
 Beans N Beans ni memang made in Korea tak silap aku, aku syak Orang Korea kaya yang suka menikmati minuman kopi dan ringan di sini, plus yang jenis jaga kecantikan tu boleh la lepak sendirian berhad di sini, tempat pun sangat peaceful je dengan dekorasi yang penuh dengan buku-buku buat korang nampak Nerdy-Nerdy tau.

Pekerja di Beans N Beans Citta Mall memang peka dan teliti dalam menu disediakan

Kongi Bingsu
Aku rasa Kongi Bingsu ni adalah signature dessert di Beans N Beans, yang ni rasa dia macam Soya Beans Powder rasa dia tak ada lah sejuk macam ABC, dia sejuk tapi korang boleh nimati tanpa rasa Brain-freeze. Amatlah romantik kalau makan bersama husband tersayang. Ynag korang nampak coklat pekat tu aku saspek yang itu ialah sejenis makhluk bernama Mochi.

Yuzu Tea
 Yuzu Tea ni amatlah sesuai untuk korang yang ada masalah sakit tekak, sebab tak silap aku yang oren dalam tu macam hirisan lemon dan disumbatkan dengan HONEY, jadi aku memang galakkan korang yang ada masalah flu bagai minum ni sebagai penawar katanya. Kan aku dah cakap aku pergi singgah kedai yang sediakan makanan berkhasiat gitu.

HazelNut Coffee
Trust me setiap kali aku singgah kedai Kopi Mermaid Hijau tu kan, aku selalu order HazelNut Latte Warm, such an addiction tak sangka aku pun siap ordered hazelnut Coffee di Beans N Beans and memang ada di sini, Hazelnut Coffee rasa dia memang sedap lah sebab hazelnut kan. Aku memang Big Fan tapi sekali teguk memang habis Kopi Hazelnut ni aku kerjakan.

Green Tea Latte
So far So good, I am in love juga dengan Gree Tea Latte ni, rasa dia macam green tea powder di gabungkan dengan susu, so far I memang suka taste dia sedap sangat, Trust me juga once again aku habiskan juga gree tea latte ni lepas aku telan hazelnut coffee, rasa dia tak manis just perfect !

Combination Pizza
 Korang ingat kena pergi Pizza Hut je ke nak makan Pizza ? Dekat sini pun korang boleh dapatkan combination pizza ni, aku saspek dekat atas tu ada pepperoni, tomato dengan sayur-sayuran, just perfect meal ringan untuk waktu malam.

Korean Omelette 
Bagi yang jenis makan nak diet, nak makan sikit je malam-malam, nah Korean Omelette ni korang boleh makan sambil minum kopi sambil kunyah-kunyah and chit chat ngan kawan-kawan time korang tengah melepak.
Jomlah Lepak Beans N Beans dengan Rakan-rakan korang waktu Berbuka Malam ni.
Boleh Pergi Beans N Beans Citta Mall ye guys ! Level sama dengan Starbuck tau !

Lepas dah puaskan nafsu makan time ni kitaorang lepak pula menyanyi dekat Fire Zone, yang ni dekat level atas di Citta Mall.


Siapa suka Karaoke Boleh Menyanyi kat Sini

Mic Okay Sound Check Okay.

Ada minuman disediakan untuk korang yang suka menyanyi !
Selama 1 jam kitaorang menyanyi dekat Fire Zone ni memang banyak seleksi pilihan lagu dan Sound system pun Okay boleh catch voice kitaorang yang kurang sedap ni.

Lepas dah menyanyi baliklah rumah apa lagi, masa  untuk tidur, jadi dekat Citta Mall ni banyak restoran korang boleh lepak-lepak with rakan-rakan korang plus Waktu Malam memang Best lepaskan Stress waktu siang sebelum masuk tidur tau !

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Facebook : @CittaMall

No1, Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara
Petaling Jaya, Malaysia
Get Directions
Sila Dail :  03-7832 5424

- G-20 Beans N Beans Café
- F-10 Waroeng Penyet
- S-23A Firezone Family KTV

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com