Keju Hampir 1KG untuk menghasilkan PIZZA yang Luar biasa Rasanya..


ADJARULI KHACHAPURI

Last week I dapat mencuba sendiri keenakan PIZZA yang pelbagai bentuk dan RUPA, dan PIZZA yang dihasilkan menggunakan CHEESE yang luar biasa banyaknya. Pizza yang di'highlight' kali ini ialah PIZZA yang buat korang berbelit lidah nak meyebutnya iaitu Adjaruli Khachapuri salah satu Pizza yang menggunakan lebih kurang setengah kilo keju, aku rasa PIZZA ni memang korang kena cuba sendiri lah, kalau korang tanya aku, Aku rasa PIZZA ni memang lah sedap, sekali NGAP je aku rasa memang korang rasa kenyang habis kot. Tapi cuma aku tak tahan lah apsal ada telur kuning atas tu, haha kalau yang jenis suka makan RAW EGGYOLK aku rasa korang boleh telan rasanya. Hehe, tapi kalau korang nak makan PIZZA ADJARULI KHACHAPURI, korang kena makan waktu dia tengah heat-heat suam kalau dah sejuk kurang menggiurkan keju dia nanti. Tapi bagi aku bentuk PIZZA ADJARULI KHACHAPURI nampak cute macam sejenis BOAT je aku tengok, yang ni diaorang guna tangan tau untuk hasilkan bentuk PIZZA macam ni. Dengar cerita PIZZA ADJARULI KHACHAPURI ni ialah Georgian Invention dan sangat popular kot.

Mini Muffin Pizza
Kalau korang tengok Pizza atas ni confirm tengok macam Kek muffin kan ? Ni namanya Mini Muffin Pizza, I tak sempat nak mencuba rasa Pizza ni tapi katanya ialah amat sesuai dihidangkan sebagai breakfast dan didatangkan dengan Saiz Gigitan, korang juga boleh menikmati Mini muffin pizza ni sebagai snek waktu bersama kawan-kawan or keluarga, katanya muffin ni crusty dan mempunyai pelbagai rasa dan keju yang di kukus.

Pizza Flowers
First time aku tengok PIZZA FlOWERS yang cantik bentuknya, tengok bentuk pizza ni je mesti tak sabar nak mencuba, yang ini I makan memang tak ingat dunia sebab dalam tu ada inti TUNA manakala bahagian atas tu ada tomato dan keju. Yang ni memang sesuailah dihidangkan pada waktu bersama keluarga. Jadi as a Dinner pun okay juga.

PIZZA BOMBS
First Bite je aku dah rasa jatuh cinta dengan rasa dia sebab apa ? Sebab Bila aku gigit je aku dapat rasa keju dalam tu meletup-letup gitu dalam mulut I, aku rekomen sangat korang cuba sendiri Pizza Bombs cuma Baik kroang makan masa dia tengah panas-panas baru sedap kalau dah sejuk dah tak rasa nikmat dia.

Pot-PIE PIZZA
So far aku rasa yang ni okaylah taste dia,tapi tak silap aku ada rasa macam daging, rasa macam daging kambing pun ada juga, bentuk dia macam pot lepas tu di isi dengan daging dan keju. Tapi kalau korang nak cuba sendiri No hal, boleh dijamu dengan family tau.

Barisan Chef dan juga Waiters
Linda tan, Pengarah AAnchor Food Professionals di iringi oleh Hot Chef Anchor Food Professionals iaitu Chef Alex dan Chef Noorfiruz
 Antara sebab korang nak cuba sendiri Pizza pelbagai bentuk lain daripada yang lain :
  1. Bentuk yang berbeza-beza rasanya tak ada bentuk Bulat macam pizza yang senang didapati.
  2. Banyak guna Keju, rasanya memang tak kedekut keju.
  3. Sedap sangat, sesuai untuk you all yang suka makan keju.
  4. Pizza ni hanya dihasilkan oleh mereka yang mempunyai seni kulinari terlatih.
  5. Hanya boleh dihasilkan di tempat yang ada Pizza Oven sahaja.
  6. Ada bahan penyedap iaitu, krim cheese, mentega, keju kulinari dan Anchor Mozarella Cheese.
Borak Punya Borak, Mana Pula Nak Dapat Pizza yang menarik pelbagai rupa ni kan ?
Rupanya ada 25 outlets di emenanjung dan Sabah Sarawak yang korang boleh rasa Pizza yang enak ni :
  1. Movida and U Pizzeria in Klang Valley & Perak
  2. US Pizza and Lunarich in Penang, Sky Garden in Kedah
  3. Movida in Melaka and Johor
  4. Ejohng Concept in Johor
  5. The chub's Grill and Mad Ben in Sabah
  6. Chillax, Coup De Grill and Bistecca in Sarawak
Anda boleh dapatkan Pizza ni dari Mei sehingga November 2017 dan untuk maklumat lanjut sila layari Anchor Dairy Malaysia di >> sini << Dan jangan lupa sertai peraduan yang menarik sekitar bulan Julai unuk memenangi Hadiah yang AWESOME !


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com