Lepak dengan Lady Boss di Oddity Cafe


Bagi yang jenis classy dan ingin lepak dengan rakan-rakan yang hispter style, i boleh suggested you all lepak di Oddity cafe. Hmmpph.. this cafe you can't compete dengan starbucks sebab dekat sini kopi dia lagi sedap dari starbucks. Other than coffee, cafe ni juga menyediakan minuman teh dan juga desserts.


Lunch Menu yang ditawarkan sangat murah, hanya RM7 je. Ingat senang ke nak dapat menu makanan yang murah macam ni dekat Kuala Lumpur especially carbonara ? Kalau dekat secret recipe pun dah nak RM10 sepering o.O.


Bagi yang jenis lonely tu bolehlah duduk menghadap dinding sambil menghadap media sosial. Reka bentuk yang ringkas dan design yang sangat menarik memang jimat space.;)


Yang ini bahagian dalam, I rasa macam masuk dalam rumah the hobbit, keluasan yang mini tapi sanagt selesa dengan rekabentuk dalam ni.

Kenapa nama dia Oddity cafe? Sebab ada 'odd' di situ and I rasa memang restoran ni ganjil sebab sangat kecil tapi seronok duduk lepak dalam ni, cafe ni boleh memuatkan sekurang-kurangya dalam 12 orang. Kalau you all nak meet Mr Christian Grey pun I rasa sini sangat menarik. hAHAHA omg.


Harney & Sons


Antara menu makanan yang terdapat di Oddity Cafe, jangan kata akak tak payung ye harga makanan ni. :)


Menu makanan yang terdapat di Oddity Cafe, ringkas, padat tapi dapat merasai setiap details rasa dalam 1 mangkuk ni.

Seafood Marinara (RM6.90)

Spaghetti Carbonara (RM6.90)

Grilled Chicken Aglio Olio (RM6.90)



Brownies with Vanilla Ice Cream (RM9.90)


Dekat sini korang boleh tapau dan dihantar terus ke tempat anda berada sekiranya anda berada berdekatan. Korang boleh tapau kopi dan semua jenis menu kat sini.  Tapi aku rasa so far tempat ni memang menarik dan rasa kopi dia pun sangat sedap. Lepas ni nak lepak lepak lagi ngan kawan-kawan aku prefer dekat sini lagi pun sini senang akses. :)


Kalau nak lepak lagi sekali di Oddity Cafe ni aku rasa aku nak lepak dengan diaorang ni, memang happening dan rasa seronok sangat share hare story sambil menikmati kopi di Oddity Cafe.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Oddity Cafe
C.10.B, Concourse Level, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang , Kuala Lumpur 55100.

Facebook: https://facebook.com/odditycafe/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com