Blastacars - Drifts Karts dalam Kuala Lumpur ?


Masa I datang The Epic Circle At Sungei Wang, I tak tahu pun ada blastacar.. and this is something new for me, I am so excited nak check out sendiri, best ke tak Blasta cars ni ? Ianya memang berada di dalam plaza Sungei Wang dimana ianya mengguanakan kawasan parking kereta di tingkat 5.


Sebelum nak naik blastacars korang kena register secara online tak silap baru boleh main. Dekat situ korang boleh race dengan rakna-rakan dan nama korang akan berada di dalam database, korang boleh daftar nama melalui facebook juga tau.


Bukan setakat race kereta, korang juga boleh bermain banyak permainan yang berada di sini seperti VR and so on. 



Karts di sini telah direka oleh Peter Zyp dengan satu mindset untuk drift, kart ini sudah dibina semenjak tahun 1987 di New Zealand.


Aktiviti drifts di sini seronok kalau dapat bermain bersama rakan- rakan and boleh bertarung dengan diaorang. Tapi I sekadar nak bermain lagi pun karts ni sangat new for me. But seronok dapat exp macam ni. Nak masuk bukan murah tau. :(


Tempat ni terdapat perlindungan menggunakan tayar, jadi kalau bawa tu biarlah secara berhemah haha. Lepas ni kalau nak race, race je dekat sini tak payah race dekat jalan raya membahayakan pengguna lain, dekat sini best apa. Korang boleh bawa laju-laju tau.


Bagi you all nak drifts kereta, korang mestilah berumur 8 tahun keatas dan mempunyai minimum ketinggian lebih kurang 1.2 meter ke atas,

Nasib baik ketinggian I cukup tapi kaki I pendek I dapat extra pedals. Hahaha.

Harga bermula dari:

RM 60 untuk 10 minit ( novice )
RM90 untuk 10 minit ( Advance )
RM100 untuk 10 minit ( Pro )

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Blastacars Malaysia (Kuala Lumpur)
5F- 001, 5th Floor, Sungei Wang Plaza, 50250 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Website: http://www.blastacars.my/
Facebook: https://facebook.com/blastacars.my/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com