Makan Ketam Nipah di Restoran Ocean Seafood, Bandar Puteri Puchong

Sup Ketam Nipah (L) RM55
Ahad lepas I dengan kawan-kawan foodie I sempat menerjah restoran ocean seafood di Bandar Puteri Puchong, it is a Chinese restoran yang dikendalikan oleh bisnes keluarga Jessy iaitu salah seorang dari blogger juga. Restoran keluarga turun-temurun ni memang famous dengan ketam nipah. Masa I singgah pun I tengok ramai betul pengunjung yang menikmati makanan di sini. Ramai tertanya-tanya Halal ke restoran ni? Restoran ni tiada sijil halal ye cuma ianya No pork no lard dan kalau daging ayam pun dibeli di pasaraya. Dan Menurut Jessy restoran ni selalu buat catering especially orang melayu yang ramai ordered. Ketam woah mana nak dapat ? Usually Kedai masakan chinese je selalu buat ketam nipah ni. Jarang pulak tengok restoran melayu masak ketam nipah pelbagai jenis flavours tau.

Ketam Nipah Mentah yang masih belum dimasak
Tengok telur dia. Orang kata Ketam Nipah ni laku sebab
Telur dia je. hee tapi bagi I isi dia pun sedap

Dari Pandangan Depan Restoran Ocean Seafood

Menu makanan, please tanya staff kalau nak reccomendation

Pelbagai Jenis Masakan menggunakan Ketam Nipah

Ketam Kukus (L) RM55

Ketam Masak Buttermilk Ikan Masin ( L ) RM55

Ketam Masak Buttermilk Pedas (L) RM55

Kari Ketam (L) RM55
Selain daripada lauk ketam nipah, Restoran Ocean Seafood juga menawarkan makanan hidangan seperti sayur-sayuran, daging dan ayam.

Sup Bayam (RM12)

Sayur Kailan masak Ikan Masin RM 15

Siput Buluh RM15

Braised Timun Laut & Fish Maw ( RM25)


Deep Fried Scallops with cheese sauce (RM15)

Salted Egg Sotong (RM15)


Makan Ramai-ramai Baru Enjoy
Maaf nak cakap, semua makanan yang tersedia di atas seperti di dalam gambar ni memang licin sebab baha dengan fazril licinkan. I makan sikit je. Haha. Bestnya kalau restoran ni dekat dengan rumah I, memang I selalu pergi punya sebab rata-rata kitaorang makan dalam 8 orang kot harga lebih kurang RM200+. KORANG TAK rasa berbaloi ke ?

Sekarang restoran Ocean Seafood tengah ada promosi :

Ketam Nipah Masak ikut pilihan korang :

Saiz M 3 untuk RM65, 6 untuk RM120
Saiz L 2 untuk RM 55, 5 untuk RM100

Promosi Hari jadi :

Belanja sehingga RM100 ke atas ( tidak termasuk harga promosi ) ada dapat 2 ekor ketam.
Hanya valid pada hari jadi sahaja dan perlu tunjuk nombor IC. Boleh untuk 1 pax sahaja.

Set Hidangan Tengahari dari RM 8.90 dan RM 9.90
Dari Isnin hingga Jumaat dari 11 pagi sehingga 3 petang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Restoran Ocean Seafood, sila layari :

Ocean Seafood Restaurant
21,Jln Puteri 2/3
Bandar Puteri,47100 Puchong,
Selangor.
Business hour : 11:30am-3:00pm, 5pm-10:30pm (Open daily, 7 days a week)
Contact : 0102210188
Pork & Lard Free.


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com