Upin-Ipin Jeng, Jeng, Jeng ! Di Pawagam bermula dari 24 November 2014

11/25/2016 02:36:00 AM



Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak, ini adalah masa yang sesuai untuk membawa anak-anak anda untuk menonton Upin dan Ipin antara sebabnya anak-anak kalau berjoget, menyanyi dan ketawa tak ada siapa pun rasa panas hati, malahan anak-anak anda dapat berinteraksi bersama rakan-rakan lain di dalam panggung wayang sambil menari dan menyanyi bersama.

Kisah animasi Upin & Ipin kali ini sangat santai dan mempunyai pengajaran serta nilai murni yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak. Orang Jahat pun bertukar menjadi baik tau !

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!



Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut.  Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.

Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.
Percayakah anda Teaser Filem Upin & Ipin telah mencecah sehingga 2juta penonton ? 
Jom Tonton.



Dengan menggunakan teknik 3D Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng ! telah menjadi sebagai filem animasi Malaysia yang pertama dengan gabungan lakonan hidup. Les' Copaque Production telah menghasilkan proses pembikinan animasi manakala penggambaran perfileman dijalankan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sebanyak RM4 juta telah dibiayai oleh FINAS di bawah Dana Kesan Khas (CGI) dalam penerbitan filem ini. Pengedar rasmi filem ini ialah Primeworks Distribution yang telah mendapat sokongan penuh dari Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC).


Barisan Pelakon :
Sara Ali sebagai Noreen
Remy Ishak sebagai BO
Awie sebagai Awie Poyo.
Puteri Balqish sebagai Aqish
Asyiela Putri sebagai Upin & Ipin (suara)


Antara Sebab anda kena bawa anak-anak anda menonton filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng :
  1. Sesuai untuk semua lapisan umum dan masyarakat.
  2. Barisan Pelakon yang hebat seperti Awie, Remy Ishak, Puteri Balqis, Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis serta Gambit Saifullah.
  3. Terselit tentang kisah kehidupan anak yatim yang suka bercakap seorang diri.
  4. Orang jahat menjadi Baik. ( Gambit Saifullah)
  5. Banyak iklan dari penaja seperti produk D'Herbs - Jus Pintar dan Syampu kanak-kanak yang diterajui oleh Dato' Aliff Syukri. 
  6. Yubi Band bersama Upin & Ipin adalah penyanyi lagu rasmi 'Jeng, jeng, jeng.'
  7. Dibiyai oleh FINAS mencecah RM4 juta untuk CGI. 
  8. Nak menyanyi, berjoget, bergurau senda pun tak ada masalah, cerita kanak-kanak kan?
  9. Bawa anak- anak relax dan bersantai pada cuti musim sekolah !
Sekitar Majlis Pra-Pelancaran Upin & Ipin

Props Upin-Ipin yang menjadi tarikan peminat kanak-kanak termasuk orang tua haha.
Animasi Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng ! disokong penuh oleh KKMM


Review : So far I rasa ini adalah filem animasi berbahasa melayu yang sangat sesuai untuk anak-anak and then filem ini juga telah memberikan impak yang positif kepada penonton iaitu :
  • Jangan mudah berputus asa apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
  • Jauhi berhutang dengan Ah Long - Kadar Riba tinggi
  • Jangan menyusahkan anak yatim piatu
  • Tak salah bercakap seorang diri sebab Upin Ipin dengar, LoL.
  • Anak dara tak baik larikan diri dari rumah, penat orang mencari..
  • Semangat setiakawan yang tinggi
Jadi apa lagi, bawa anak-anak anda sekarang tonton filem ini tau !
 
Nyanyian Jeng, Jeng, Jeng ! oleh band Yubi Band


Informasi Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

Tajuk Filem : Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Durasi Tayangan : 98 minit
Kos Terbitan Filem : RM4 juta

Terbitan Bersama :
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan KRU Studios,

Penaja Utama : Aliff Syukri Terlajak Laris

Edaran: Primeworks Distribution, TV3 Malaysia, TV9 Di Hatiku
Penaja Bersama: Telekom Malaysia, Upin Ipin Pasta Gigi
Dana Kesan Khas :FINAS Malaysia
Disokong oleh : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram