Festival Musim Luruh Jepun おはら祭り Ohara Matsuri di Citta Mall dari 26 November - 27 November 2016


Hari Selasa lepas, I sempat melawat CITTA Mall di Ara Damansara dimana terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk rakyat Malaysia yang tidak berkesempatan ke Jepun untuk mengalami sendiri Festival Musim Luruh Jepun おはら祭り Ohara Matsuri di Citta Mall dari 26 November - 27 November 2016.

Festival Musim Luruh Jepun おはら祭り Ohara Matsuri di Citta Mall di inspirasikan dari lagu dan tarian original dari Kagoshima.  CITTA Mall kini dipenuhi dengan tema yang bercirikan ala-ala Jepun untuk mereka mengalami pengalaman seperti berada di Jepun ketika musim luruh.



Bersama rakan-rakan blogger yang terlibat sama mempromosi aktiviti festival Jepun di Citta Mall

Antara aktiviti yang menarik anda boleh dapati di CITTA Mall pada hari Sabtu dan Ahad ini, anda boleh bergaya dan tangkap gambar di 3D Live Wall photos, pelbagai gambar 3D seperti berada di Jepun, Gunung Fuji, di bawah suasana Musim Luruh, bergaya dengan pakaian Kimono dan Yukata tanpa bayaran di bahagian bersalji serta anda boleh mempunyai sayap Angel lagi.

3D Wall untuk gambar yang menarik.

Di CITTA Mall terdapat beberapa buah restoran yang membolehkan anda untuk menikmati pelbagai makanan yang menarik dan sedap. Contohnya di JomBali, restoran ini menyediakan makanan 'Indonesian Cuisine' ada sup wontan, pelbagai jenis minuman yang sedap, lazat dan berkhasiat.


Tarikan paling menarik di JomBali adalah 'Coconut Ais Kacang,' terdapat 2 jenis iaitu jagung dan juga pisang.

Sangat enak tak terkata. Sedap !


Tokyo Kitchen adalah salah satu restoran Jepun yang perlu dilawati oleh mereka yang minat menikmati makanan tradisi Jepun. Pelbagai pilihan makanan yang sedap dan enak untuk dinikmati bersama raka-rakan dan keluarga.


Makanan di Tokyo Jepun menitikberatkan makanan yang sihat dimana ianya kurang minyak, menggunakan garam natural dan juga mempunyai sumber protein serta berkhasiat.


Setelah itu kami di bawa ke salon yang menawarkan perkhidmatan rawatan rambut, kuku, badan dan juga wajah di A beauty Secret Studio.

Rawatan rambut yang pasti memberikan keselesaan untuk para pengunjung

Rawatan Medicure dan Pedicure juga disediakan di sini.
Dan sebenarnya banyak lagi aktiviti yang menarik yang akan berlangsung di CittaMall 26Nov-27Nov kali ini. Jangan terlepas guys untuk fe-feeling seperti berada di Jepun, rugi tau !

Bawa sekali satu keluarga dan anak-anak untuk menikmati sendiri seperti berada di Jepun !



26 November 2016:

11:00 am – Japanese Dance Along Session
11:30 am – Ohara Matsuri Colouring Contest
2:00 pm – Japanese Dance Along Session
2:30 pm – Kendama Culture Workshop
4:00 pm – Sushi Rolling Workshop
5:00 pm – Ramen Challenge
27 November 2016:

11:00 am – Japanese Dance Along Session
11:30 am – Kendama Competition
4:00 pm – Sushi Rolling Workshop
5:00 pm – Ramen Challenge

Jangan lupa daftar pertandingan #Ohara Colouring Contest anak anda di link http://goo.gl/forms/QHmuk9Ir5F3lSGDu1


Citta Mall
No 1, Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +603- 7662 5000

Operations hours: Mon – Sun: 10am -10pm
Facebook : @CITTAMall
Instagram : @cittamall

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com