Ruam Bayi Powder - Merawat pelbagai jenis penyakit kulit termasuklah Eczema dan Psoriasis


Ruam Bayi Powder adalah salah satu bedak yang 100% daripada tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi. Paling penting ianya bebas dari paraben dan bahan kimia yang berbahaya. Sebagai seorang ibu dan seorang yang mementingkan penampilan dan kecantikan. Apa yang saya boleh katakan saya memang suka bedak ni sebab ianya mengimbau kembali kehidupan emak-emak kita terdahulu kerana kebanyakan dari mereka menggunakan bedak sejuk sebagai penjagaan kulit wajah disamping itu bedak sejuk tanah liat mampu merawat pelbagai masalah kulit.

Masa kini ramai kanak-kanak mengalami masalah kulit yang teruk seperti eczema dan penyakit Psoriasis. Kadang-kadang ada yang terkena masalah kulit disebabkan bahan kimia yang mereka ambil sejak dari bayi lagi dan ada juga daripada mereka terkena penyakit keturunan. Jadi memang banyak produk di luar sana ada yang sesuai dan ada yang tidak sesuai yang penting pemilihan produk untuk merawat jenis-jenis penyakit kulit yang dialami.

Tak salah mencuba kan ? Belum cuba belum tahu lebih-lebih bahan yang digunakan adalah lebih selamat dari ubatan yang berbahaya seperti menyapu krim steroid  pada kulit eczema untuk mengurangkan rasa kesakitan. Ada sahaja doktor galakkan menggunakan rawatan yang natural sebelum penggunaan bahan kimia. Ianya adalah pilihan.

Tapi sebagai seorang ibu saya lebih sukakan bahan yang tidak memudaratkan  tak kira lah mudarat kecil atau mudarat besar yang penting penyakit boleh sembuh tanpa ada kesan sampingan lain dengan Izin Allah.


Kami gembira sebab produk ini dikeluarkan untuk membantu mereka yang mengalami masalah kulit. Dan paling best bedak ini 100% tanah liat yang mengandungi kandungan mineral semulajadi di mana ianya bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit. Ianya tak semahal produk lain tapi dengan mengamalkan ruam bayi powder Insha Allah masalah kulit boleh dirawat. Satu bekas ni boleh tahan lama dalam sebulan lebih tapi mengikut pada penggunaan. Ianya amat sesuai untuk kulit kanak-kanak, bayi dan juga sesiapa sahaja tak kira lelaki, wanita dan apa-apa bangsa pun.

Dalam Sahih bukhari,Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah ra berkata,”Jika seseorg mengadu mengenai kudis (penyakit kulit) atau luka, Rasulullah saw meletakkan jejarinya sambil membaca: maksudnya:”Bisimillah,tanah bumi kami dengan campuran air liur di kalangan kami,disembuhkan orang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami.” Kata Ibn Qayyim:” 

Gambar dari : http://www.bedakruambayiori.com/

Kami kurang ada masalah kulit tapi kami sukakan bedak ni sebagai rawatan pencegahan malahan amat efektif mengeringkan jerawat yang baru tumbuh.
Gambar ini diambil dari Facebook : https://www.facebook.com/ruampadabayi/ salah seorang testimoni yang menggunakan ruam bayi powder untuk merawat masalah yang dihadapi, get well soon adik.
Jadi para ibubapa, fahamilah yang zaman sekarang kanak-kanak dari bayi lagi sudah mengalami masalah kulit dimana kita pun tidak tahu dimana punca sebenar ? Ada yang kata dari pengambilan ubat-ubatan dan kadang-kadang disebabkan keturunan. Bila sudah berlaku macam ni sudah tentu kita yang ibu-ibu ni tak sampai hati melihat anak merana. Jadi carilah penawar untuk merawat penyakit yang dialami. Gunakanlah bahan-bahan yang bebas dari bahan kimia yang berbahaya dan bahan-bahan semulajadi supaya dapat mengelakkan kesan sampingan.

Gambar ini diambil dari Facebook : https://www.facebook.com/ruampadabayi/

Ruam Powder Bayi sebolehnya beli yang original ye supaya anda tidak tertipu.

Dekat Malaysia kita sudah dianugerahkan tanah liat yang mampu merawat masalah kulit jadi tak perlulah nak ke Blue Lagoon, Iceland. Dengan adanya Ruam Bayi Powder ni Insha Allah Semua masalah kulit boleh dirawat. Selamat Mencuba para ibu bapa sekalian.

Harga pasaran : RM 38.90 setiap satu. Ianya Halal, Selamat, Bersih dan Suci.

Untuk maklumat lanjut :

Website Utama (Official) : https://ruambayi.wordpress.com/ & http://www.bedakruambayiori.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ruampadabayi

Nombor telefon :
HQ En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran
Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner)

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com