All in One Cleansing Tissue | Untuk Remove Makeup Tak payah guna pencuci muka dan pelembab wajah lagi | Jimat Masa | Lemuel Beauty

 

Okay percaya tak dengan hanya sehelai tisu pembersih wajah  dari Lemuel Beauty ni you all dah tak perlukan pembersih makeup wajah dan mata, pembersih muka, penyegar, esen, pelembab mahu pun krim mata untuk penjagaan kulit harian ?  Sekarang it's time to believe it ! Lemuel beri 3 sampel untuk beauty blogger mencuba sendiri keberkesanannya pada wajah masing-masing. 

Kini dengan hanya tisu dari Lemuel Beauty mampu membersihkan wajah anda, melembab, menyegar dan merawat masalah kulit anda ! Lebih-lebih lagi sebagai wanita moden yang gemarkan makeup dan juga senantiasa sibuk setiap hari rasanya memang tak sempat nak guna macam-macam produk untuk hari-hari. Selalunya hanya capai apa yang cepat je kan ? 

Lemuel Beauty All in One Cleansing Tissue
Tisu muka ini dikatakan sangat lembut dan lembab.
  • Di Pek secara individual untuk Kebersihan
  • Melembab dan menyuburkan
  • Dipaten dengan bahan semulajadi
  • Fabrik yang semulajadi ( tisu )
  • Mengandungi Esen Rooibos
Apa itu ROOIBOS ?
Rooibos amat dikenali sebagai 'red bush' di Afrika Selatan, ianya jua dikenali sebagai Aspalathus Linearis secara sainstifik. Dinamakan sebagai ROOIBOS kerana struktur pembesaran secara melintang dan mempunyai daun seperti jarum. Ianya tumbuh secara meliar di Cdeber, di sebuah kawasan kecil yang bergunung-ganang di kawasan Wilayah Western Cape.

ROOIBOS ketika masih segar daunnya, Ianya mempunyai kandungan asid askorbik atau vitamin C yang tinggi. ROOIBOS menganduni 'polyphenols' termasuklah 'flavanols, flavones, dihydrochalcones, aspalthin dan juga nothofagin.' Daun dan batang yang sudah diproses menganduni benzoic dan juga asid innamic.

Kebaikan ROOIBOS
  • Anti-penuaan
  • Mencegah gangguan kulit
  • Mengurangkan jangkitan bakteria
  • Menggalakkan Kulit yang sihat
  • Merangsang sistem imun
  • Memperbaiki peredaran darah
Bagaimana pengunaan Lemuel Beauty All in One Cleansing Tissue?
  1. Keluarkan tisu dari pek ( 1 pek ada 2 helai tisu )
  2. Lebarkan tisu pertama dan bersihkan mekap di wajah, tak perlu kasar hanya sapu lembut pada wajah. (Boleh teruskan mandian jika terlalu penat hanya basuh muka denan air dan teruskan langkah seterusnya)
  3. Lebarkan tisu yang kedua dan lap wajah anda sekali lagi, biarkan ianya kering secara natural. Kemudian anda boleh tidur terus, haha.

 
Sebagai seorang yang suka dengan pemakaian mekap pada wajah, I rasa penggunaan Lemuel Beauty All in One adalah the best, kerana ianya membersihkan kulit secara mendalam serta ianya membersihkan mekap tanpa peninggalan sisa baki mekap pada wajah. Ianya sangat lembut dan tidak kasar pada kulit. Dengan sapuan lembut pada wajah ianya menjadikan kulit lebih senang untuk bernafas dan liang pori menjadi kecil.

Selama penggunaan, kulit nampak lebih cantik dari sebelum, malahan nak keluar rumah tanpa secalit mekap rasa lebih yakin. Ianya jua merawat dan mengeringkan jerawat secara cepat tanpa meninggalkan bekas jerawat pada kulit.


Dengan setiap penggunaan tisu, tisu Lemuel Beauty masih boleh digunakan pada angota badan yang lain selagi masih belum kering. Saya gunakan pada tangan dan dapat rasa tangan lebih lembut dan kurang kesan garisan halus. Sebolehnya gunakan tisu sehingga kering untuk elak pembaziran.

Jenama Lemuel Beauty dimajukan di Korea Selatan dan di pasarkan oleh Yubras Asia Sdn Bhd. Yubras Asia diasaskan oleh 2 orang adik-beradik lelaki yang bekerja di dalam syarikat untuk memupuk dan membangunkan jenama mereka secara efektif, cekap dan ekonomik di landasan yang betul.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lemuel Beauty All in one cleansing tisu ini,
sila layari,
www.yubros.asia
untuk maklumat lanjut.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com