Jerlynn'L - Mandian badan dan syampu rambut dari bahan semulajadi

Hi semua,
Adakah anda peminat rangkaian penjagaan kulit, badan, dan rambut yang menggunakan bahan semulajadi dan selamat untuk kulit bayi mahupun kulit sensitif? Jika anda lebih gemarkan produk yang berasaskan bahan alami I memang suggest you all cuba rangkaian produk mandian dan syampoo dari Jerlynn'L. Namun produk ini 'suggest' untuk kanak-kanak yang berumur dari 3 tahun sehinggalah ke 18 tahun. Tapi bagi I tak kisahlah kita yang dewasa nak mencuba produk ni sebab produk ni pun jenis natural kan ? No big worries at all.

Jerlynn'L - Skin & Body Care Protection
Website: www.jerlynnl.com
Facebook: https://www.facebook.com/JerlynnL

Minggu lepas I sempat hadir di booth Jerlynn'L West Side Midvalley Megamall yang telah melancarkan produk mereka dari 7th sehinggalah 13th November 2016.

Pelbagai Rangkaian produk dari Jerlynn'L mengikut citarasa anda.
 Kisah di sebalik Jerlynn'L

Jerlynn'L di inspirasikan dari seekor burung jantan iaitu Burung Chidori yang dikatakan telah menghabiskan masanya untuk mencari tempat yang selamat membina sarang untuk ahli keluarganya. Sebagai seekor burung jantan yang mempunyai rasa tanggungjawab sebagai ayah untuk melindungi anak-anak dari bahaya pemangsa.  Oleh itu wujudlah produk Jerlynn'L sebagai produk yang boleh membantu melindungi kulit anak-anak kesayangan para ibu bapa.

Koleksi produk dari Jerlynn'L
Produk Jerlynn'L ini sangat sesuai untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Ianya sangat berkualiti dan selamat digunakan. Jerlynn'L bukan sahaja diformulasi untuk mencantikkan dan menyihatkan kulit malahan ianya dapat membantu mencegah masalah kulit.

Produk 'Signature' dari Jerlynn'L -Mandian bada dan syampu rambut
Produk Signature daripada Jerlynn'L adalah Mandian Badan ( biru ), syampu rambut ( hijau ) dan Bug No More Spray ( merah ). Setiap produk Jerlynn'L di label mengikut warna kerana kanak-kanak lebih peka dengan pemilihan warna berbanding dari tulisan.


Jerlynn'L lebih menekankan penggunaan produk mereka pada kanak-kanak yang berusia dari 3 tahun sehingga 18 tahun ke atas kerana kanak-kanak akan lebih terdedah dari pencemaran dan sinaran terik matahari. Kanak-kanak mereka masih mempunyai kulit yang amat lembut dan masih tidak matang seperti orang dewasa. Jadi kebanyakan produk biasa yang dijual di kebanyakan kedai adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak di seusia ini.

Pelbagai koleksi mandian badan dari Jerlynn'L

First time dapat tengok Cotton

Kebaikan Lemon yang terdapat di dalam produk Jerlynn'L

Buah-buahan segar di dalam produk Jerlynn'L

Produk Jerlynn'L yang diperbuar dari Tumbuh-tumbuhan, herba dan buah-buahan

Booth Jerlynn'L di West Side Midvalley Megamall

Aktiviti menarik dari Jerlynn'L - DIY Orange Peel Hand Scrub
Selama berlangsungnya aktiviti di Booth Jerlynn'L, terdapat aktiviti menarik yang boleh disertai oleh para pengunjung di booth Jerlynn'L seperti DIY Orange Peel Hand Scrub. Bahan-bahan yang diperlukan adalah amat mudah dan sangat senang untuk didapatkan.

Buah Oren, Gula dan juga Minyak zaitun. Masukkan 3 sudu gula, sagat buah oren dan 3 sudu minyak zaitun, kemudian digaul sehingga warna dari kulit oren membasahi gula. Orange scrub ni mempunyai aroma yang sangat manis malahan gula dapat menghilangkan sel kulit mati dan minyak zaitun dapat melembutkan kulit.

Antara blogger yang menghadiri aktiviti dari Jerlynn'L
My Kids teruja nak mebcuba keberkesanan produk dari Jerlynn'L
Jadi bagi mereka yang ingin menggunakan produk ini sebagai rutin harian, sila singgah di Jerlynn'L Mid Valley. Anda boleh lawati Jerlynn'L di www.jerlynnl.com ataupun facebook mereka di www.facebook.com/JerlynnL untuk maklumat lanjut.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com