Vincci Shoes | Gaya Trendy Masa Kini



Vincci sangat terkenal dengan jenama kasut, beg, dan juga barangan perhiasan di dalam Malaysia. Musim yang sentiasa bertukar menjadikan Vincci semakin 'alert' untuk mengemaskini gaya trendy masa kini yang melengkapkan personaliti seseorang 'fashionista' di Malaysia. Namun di sebalik gaya yang pasti menjadi daya tarik seseorang - keselesaan, reka bentuk dan harga mampu milik adalah salah satu keutamaan bagi mereka yang gemar berfesyen. Selain daripada TOP dan SKIRT, Vincci kini menitikberatkan dalam pemilihan gaya untuk kasut. Gaya kasut yang trendy adalah mengikut musim dan minat setiap personaliti 'fashionista.' Anda bukan jenis yang suka membeli kasut yang banyak ? Ikuti senarai terbaik di bawah yang anda harus miliki di Vincci shoes!


1. Pump Up The Volume

Salah satu gaya yang perlu ada di setiap almari kasut wanita, 'good old pumps.' Ianya sangat serba-boleh dan juga sesuai di pakai di mana-mana majlis. Ianya boleh dipakai ketika majlis perkahwina atau waktu temu janji di waktu malam. 'Pumps' adalah gaya kasut nombor 1 untuk wanita yang kenal akan personalitinya.


2. Strap On The Ankles

Pemilihan kasut adalah sangat penting untuk memberikan gaya yang ketara untuk si pemakai. Kasut yang mempunyai ketinggian tumit membolehkan seorang pemakai itu nampak lebih elegan manakala pemilihan kasut yang mempunyai ketinggian seperti 'wedges' atau baji membuatkan seseorang itu nampak lebih stabil ketika berdiri. Jika kedua-dua ketinggian tumit ini ditambah dengan tambahan tali pada pergelangan kaki akan membuatkan si pemakai nampak lebih sophisticated dan membuatkan kaki nampak lebih panjang, cantik dan seksi.


3. Kasut But bukan hanya untuk di Negara Barat

Kasut But, Chelsea But, kasut but yang bertumit terdapat pelbagai perbezaan namun ianya sangat sesuai juga untuk 'street style,' kasut but membuatkan anda lebih menarik dan bergaya. Ianya adalah salah satu kasut yang perlu ada di setiap almari kasut setiap wanita. Jika anda memakai kasut but ianya menyerlahkan lagi ketinggian anda, percaya atau tidak ? Jika anda memiliki tubuh yang rendah kasut but tetap nampak sesuai ! Kasut but mempunyai 'rounded' atau ' pointed' sama ada ianya diperbuat daripada kulit lembu, kulit palsu (faux leather) ataupun suede. Pilihlah kasut but mengikut bajet anda !


4. 'Get Loaded on Loafers'

Ianya bukan hanya untuk hari malas sahaja, ianya telah menjadi sebagai gaya trendy wanita masa kini dan juga salah satu kemestian yang perlu ada di dalam almari kasut ! Ianya amat sesuai juga untuk wanita yang mengandung dan sangat stabil untuk si pemakai. Jika anda seorang yang jenis mengikut keselesaan dan mempunyai bajet yang rendah, 'loafers' adalah yang terbaik ! Ianya boleh di sesuai padan mengikut majlis kasual dan formal.


5. ' The Sneaker Freaker'

A must have shoes in closet ! Untuk para atlit tak perlu risau lagi, penggunaan sneaker adalah yang paling trendy untuk kalangan remaja, malahan hijabis juga amat menggemarkan pemakaian sneaker ketika berada di tempat awam. Ianya amat mudah di bawa, selesa dan stabil. Sneaker selalunya dipilih mengikut warna paling asas seperti putih, kelabu dan warna yang neutral.  Jom Mulakan hari anda dengan penggunaan sneaker yang klasik sebelum menggunakan gaya yang lebih menarik dari pereka kasut yang berstail.


Anda masih belum memiliki kelima-lima pilihan kasut ini ? It's time For Shopping guys !

Please visit here : Vincci shoes!

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com