GIVE AWAY ! MEDIHEAL | LINE FRIENDS

 


MEDIHEAL LINE Friends Ampoule Masks

MEDIHEAL adalah jenama yang terkenal dengan Topeng Wajah ( Maskers Sheets ) telah meneruskan koloborasi dengan LINE Friends iaitu Nombor 1 Kegemaran orang Korea dengan karakter yang sangat comel!

MEDIHEAL telah mendapat respons dari serata dunia dan kini telah berada di AEON Wellness, SASA dan Watsons.
 
 

Karakter yang sangat adorable, comel dan memberi kesan positif kepada setiap genre mempunyai 3 jenis Topeng Wajah yang Berampul :
  1. LINE FRIENDS N.M.F. Aquaring Ampoule Mask
  2. LINE FRIENDS P.D.F AC-Dressing Ampoule Mask
  3. LINE FRIENDS I.P.I Lightmax Ampoule Mask
MEDIHEAL LINE FRIENDS dijual dengan harga RM 13.90 sekeping.


LINE FRIENDS I.P.I Lightmax Ampoule Mask.

I.P.I ialah 'Intense Perfect Light' yang bermaksud untuk mencerahkan dan memutihkan kulit. Ianya membantu mengawal penghasilan melanin dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.

Mengandungi Vitamin C-AAG (Ascorbic Acid 2-Glucoside ) untuk menggalakkan lagi penghasilan vitamin C, Arbutin juga digunakan untuk membantu proses pencerahan kulit secara berkesan. Terdapat juga Ekstrak Mulberi bark untuk menjadikan kulit lebih cerah bersinar dan mengurangkan kegelapan dan kulit yang kusam.

Topeng Wajah yang ideal selepas kulit terdedah dari cahaya matahari. Boleh membantu mengurangkan iritasi kulit disebabkan Kulit terbakar.


LINE FRIENDS P.D.F. AC-Dressing Ampoule Mask

P.D.F. Ialah Pure Derma Factor dimana ianya digunakan untuk melembutkan kulit dan mengawal sebum. Ianya sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, jerawat dan kulit berkombinasi.

Bahan anti-trouble seperti Centella Asiatica, Triscolan dan Kepekatan Salicylic Acid untuk merawat bahagian yang bermasalah sekali gus berkesan mengurangkan kerengsangan kulit dan sangat efektif untuk mengawal kulit berminyak tambahan mengekalkan lagi kebersihan untuk kulit.


LINE FRIENDS N.M.F. Aquaring Ampoule Mask

N.M.F ialah 'Natural Moisture Factor' sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan kadar pelembapan yang tinggi untuk kulit wajah. Ianya diformulasikan dengan  bahan yang tinggi dengan pelembab seperti sodium hyaluronik dan juga kacang hazel.

Membantu untuk mengecilkan liang pori, mengawal lebihan sebum disampaing melembabkan kulit. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kering.

Asid hyaluronik dan Ceramide memang sangat terkenal untuk mengunci air di bawah lapisan kulit dan menghidrasikan kulit.


So, I tested yang N.M.F Ampoule Mask, ada LINE CHARACTERS on my cheek, so yang ini memang buat kulit jadi sangat lembab, liang pori pun start mengecil tapi I tak suka sangat sebab dia buat muka jadi basah je all the times, I guessed I kena pakai yang  hijau. Yang biru ni sesuai untuk kulit kering.


Next I nak try yang warna kuning and warna pink hopefully both maskers suitable for my skin.
Anywhere these maskers memang cute cute sangat tau especially ada karakter LINE FRIENDS !

I dah cuba and I pun nak juga bagi pembaca I cuba MEDIHEAL | LINE FRIENDS ni.
I nak bagi 1 set iaitu 3 keping MEDIHEAL | LINE FRIENDS  kepada pembaca yang bertuah. Cara dia sangat mudah sahaja. Jumlah 1 set MEDIHEAL | LINE FRIENDS adalah RM41.70.
  1. Follow Instagram I : www.instagram.com/syafiera_yamin
    (dalam tu ada entri untuk photo MEDIHEAL | LINE FRIENDS macam dekat bawah ni )
  2. Komen gambar tu :
    ( saya nak MEDIHEAL | LINE FRIENDS )
  3. Re-post gambar dan #MEDIHEALLINEFRIENDS #SyafieraYaminGiveAway
Senangkan ? Lepas tu saya akan umumkan pemenang secepat mungkin.
Terbuka pada rakyat Malaysia sahaja.



MEDIHEAL
Mediheal telah diasaskan oleh kelas medikal kecantikan yang berprestij di Universiti Seoul, Korea. Produk Mediheal telah dimajukan dengan kumpulan yang sangat berdedikasi oleh pakar kulit dan dermotologi yang memahami jenis kulit.

MEDIHEAL menawarkan Produk Topeng Wajah dan Penjagaan Kulit secara meluas mengikut keperluaan jenis kulit.

MEDIHEAL telah menjadi Nombor 1 sebagai Topeng Wajah Didalam industri Korea dan telah berjaya menjual hampir 10 million keping Topeng Wajah dan mereka akan mengekalkan kedudukan mereka sebagai ranking Nombor 1.


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com