Koleksi Haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne


Koleksi wangian terbaru Syahirah telah dilancarkan di Malaysia iaitu EDC ataupun dikenali sebagai Eu De Cologne. Haruman EDC Syahirah mempunyai keunikan dan tersendiri. Ianya direka khas untuk wanita yang berkaliber, berpesonaliti, elegan dan sukakan dunia yang glamor.

Syahirah telah diperkenalkan di Indonesia sebelum di Malaysia. Ianya telah terhasil mengikut trend masa kini yang berinspirasikan dari jenama antarabangsa. Ianya telah didominasikan di dalam pasaran Malaysia dengan sentuhan elegan dan glamor.


Koleksi Haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne amat sesuai untuk wanita yang bersedia menjalani aktiviti-aktiviti harian dimana ianya memberikan kesan aura yang positif bagi setiap wanita yang memakainya. Aroma esen sitrus memberikan kesegaran dan kecerdasan yang menguatkan lagi aura karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan apabila berhadapan dengan orang di sekeliling.

Semburan Haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne walaupun hanya sedikit mampu 'serlahkan pesona muraih bintangmu' bagi setiap botol yang elegan. Ianya juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) serta selamat digunakan oleh pengguna yang beragama islam. Setiap botol Koleksi Haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne memiliki warna yang berani dan terang serta mempunyai karakter tersendiri.

Koleksi Haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne hadir dalam empat haruman yang tersendiri mengikut karakternya : Glam Star, Femme Chic, Celebrite dan Haute Couture.


Glam Star : Botol hijau
Anda akan terasa glamor dan menjadi tumpuan orang ramai dengan setiap semburan dari Koleksi Haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne Glam Star. Haruman ini akan menjadikan anda lebih ceria dan pesona yang menarik. Terdiri daripada esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar.


Haute Couture : Botol Merah
Kombinasi bunga, kayu dan daun hijau di dalam Haute Couture akan menyerlahkan kesegaran dan kecantikan si pemakai di samping membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup. Ianya menggalakkan lagi si pemakai untuk percaya pada diri dengan keyakinan diri untuk menghadapi cabaran dalam hidup.


Femme Chic : Botol biru
Buah-buahan dan bunga-bungaan seperti nektar, mangga dan strawberi di kombinasikan serta diadun dengan kesturi vanilla dan jambangan bunga yang menawan pasti akan meninggalkan haruman yang sensual, kekal berpanjangan disamping mengekalkan ke-elegan-nan bagi wanita yang memakainya untuk nampak terserlah menerusi kecantikan aura dalam diri si pemakai.

Celebrite : Botol Oren
Jika anda seorang wanita yang mementingkan kecantikan paras rupa dan selalu mempunyai anganan menjadi seorang bintang popular. Haruman ini membolehkan anda mempunyai pesona hebat dan menjadi tumpuan orang disekeliling. Digabungkan dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan yang bakal membebaskan diri anda sebagai seorang bintang kepada dunia dengan setiap semburan aroma Celebrite.

'Posyen Ajaib' ini bakal mengubah keseluruhan hidup anda dan bawalah ia kemana sahaja anda pergi dan berada. Ianya adalah salah satu perangsang untuk anda membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Anda akan berasa lebih Glamor jika berada di acara-acara yang teristimewa.

Koleksi Haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual dengan harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan dijual di semua pasaraya besar, pasar raa dan farmasi utama.

"Serlahkan Pesonamu, Raih Bintangmu"


Untuk Maklumat Lanjut, Sila layari :

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com