Skrub muka guna kulit pisang bantu kurangkan parut jerawat dan liang pori besar.

Muka ku selepas skrub guna kulit pisang. Bersinar wei haha.

Bagi yang gemar menggunakan makeup, ini adalah salah satu teknik untuk remove dead skin. Haha, secara jujurnya ini kali pertama I lakukan teknik ni.. memang kulit nampak glowing lepas cuci.

Tapi mengikut jenis kulit juga, memandangkan kulit wajah I ni 'non-active acne' dah cuma ada parut jerawat dan pori besar , so di situ I tengah struggle nak jadikan kulit I licin bersih.

I ni memang suka makan pisang kalau boleh sehari dalam 2-3 juga lah pisang sebab pisang memberikan tenaga  dan sumber gizi yang cukup. Dan paling I suka anak lelaki I memang suka makan buah pisang jadi senanglah kerja sebab dia kurang makan sayur at least dia dapat lah juga sumber nutrisi yang sihat.

Selepas sudah makan pisang, selalunya kulit pisang tu I buang je dalam tong sampah. Tapi tiba-tiba hati terdetik nak mencuba sapu dekat muka.

Mula-mula I bersihkan wajah dahulu, baru I gosok kulit pisang dekat muka sampai la kulit pisang macam kena lecek je hah. Lepas tu biarkan kulit pisang tu kat wajah dalam 10-20 minit, lepas tu cuci wajah dengan air suam dan sapu pelembab muka.

Tadaa hasilnya, Okay lah not bad ! Kulit pisang tu bahagian dalam tau ! Sapu kat bibir okay juga, dapat buang kulit mati kat bibir tu, sesiapa yang ada bibir kering boleh skrub bibir anda dengan kulit pisang. Kos murah je dan natural je tau tak ada bahan kimia berbahaya pun !

Setiap 100 g pisang terdapat beberapa zat yang baik contohnya Vitamin C (mg) 17.50, Vitamin B (mg) 0.12, Zat besi (mg) 1.60, Lemak 2.11g, protein 0.32g, karbohidrat 18.50g sebagai pemberi tenaga harian malahan mempunyai kandungan air sebanyak 68.90g tu sebab lah sedap bila buat banana smoothie !

Rupanya banyak khasiat yang terdapat dalam pisang tau ! Jom Buat Banana Smoothie !
Contoh gambar di bawah tau ! Nak tahu Resepi ? >> Click Sini <<




Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com