Cabaran Minum Susu Dutch Lady Selama 7 hari untuk Sarapan Pagi.

9/27/2016 03:38:00 AM

Minum susu dengan epal ?
Hi semua !
Syafiera ni !
Kali ni I dah berjaya menyahut cabaran dari Dutch Lady untuk minum sekotak susu selama 7 hari berturut-turut disamping dengan makan makanan yang berkhasiat untuk sarapan pagi !

Adakah saya ambil sarapan pagi setiap hari ?
Mula-mula, I ni bukan jenis yang suka minum susu mungkin itulah penyebab utama I ni petite, pendek kata kekurangan kalsium. Tapi kali ni I cabar diri I untuk minum susu dan makan-makanan berkhasiat selama 7 hari berturut-turut dan akan mencuba untuk jadikan minum susu bersama dutch lady sebagai amalan harian pada hari yang akan mendatang.

Sarapan pagi I selalunya tak menentu, kadang-kadang I 'skipped my breakfast' salah satu sebabnya waktu malam I bekerja sehingga lewat malam dan kadang-kadang memang bangun tidur nak dekat 10 pagi dan ianya adalah salah satu habit yang I patut tingalkan kerana ianya boleh menganggu kesihatan luar dan dalaman. Rezeki pun susah masuk nanti.

Apa yang selalu saya sediakan untuk sarapan pagi ?
Kalau I tidur awal dan bangun pagi, I akan menyediakan sarapan pagi yang mengikut permintaan. Contohnya jika suami nak pergi kerja. I akan sediakan yang mudah dan senang untuk disediakan contohnya seperti telur suku masak dan 2 keping roti. Kalori yang cukup untuk suami yang tercinta supaya tak berasa lapar sebelum 'lunch time.' I juga kalau 'terlebih rajin,' I akan masak nasi goreng bersama telur mata kerbau, tak pun buah-buahan seperti epal dan oren. Kadang-kadang mee hoon masak kicap. Semuanya bergantung pada tahap kerajinan dalam menyediakan pemakanan yang sihat.

Adakah saya minum susu setiap pagi ?
Sebenarnya dahulu ketika hamil memang saya rajin minum susu, tapi semenjak mempunyai 2 orang anak, saya sudah mula kurang minum susu. Mungkin faktor kos dan harga susu ? Ada juga susu segar tidak mempunyai rasa yang enak dan rasa yang mual. Jadi pemilihan susu juga adalah kunci utama dalam pengambilan susu setiap hari. Tapi susu memang ada dalam peti ais saya lebih-lebih lagi Dutch Lady Pure Farm Low Fat High Calcium Milk untuk I buat 'mashed potato, banana milkshake, dan creamy tom yam.' Dengan penggunaan susu boleh gantikan santan. Dalam kek pun gunakan susu tau!

Tukang hantar susu ke rumah I dah sampai !
Thank you dutch lady hantar susu untuk I
"Susu penuh dengan nutrisi penting 
untuk menjalani kehidupan seharian. 
2 hidangan sehari mampu memberi 
kebaikan untuk anda dan keluarga"

11 Kebaikan minum Susu Dutch Lady Pure Farm dan 
pentingnya pengambilan susu untuk sarapan pagi.
  1. Susu Dutch Lady Pure Farm mengandungi sumber nutrien yang tinggi contohnya seperti Protein, Kalsium, Vitamin A, Vitamin D dan Vitamin B2.
  2. Susu adalah sumber pemakanan utama bayi dimana ianya bertindak untuk perkembangan otak dan pembentukan tulang.
  3. Susu dapat mengurangkan pedih ulu hati di mana ianya meneutralkan asid di dalam usus.
  4. Susu boleh menguatkan gigi, kuku, rambut dan tulang kerana di dalam susu terdapat sumber Protein yang diperlukan oleh badan dalam proses penyembuhan dan pertumbuhan sel baru.
  5. Untuk tidur yang berkualiti  dan melonggarkan otot-otot yang tegang, 2 gelas susu suam adalah langkah terbaik untuk merawat masalah yang dihadapi contohnya Imsonia.
  6. Vitamin A yang terdapat di dalam susu adalah sangat penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan penglihatan ang baik. Ianya adalah pelembab untuk kulit yang bertindak dari dalam !
  7. Dalam Susu Dutch Lady Pure Farm mengandungi pepejal susu tanpa lemak, lemak susu dan Vitamin. Jangan risau lemak susu tidak menjadikan kegemukan malahan terbukti dengan meminum susu yang kerap anda akan senantiasa nampak langsing berbanding yang kurang mengambilnya ! 
  8. Susu kaya dengan kalsium yang boleh mengelakkan hipertensi, kanser kolon dan juga osteoporosis.
  9. Untuk meningkatkan sistem imunisasi yang baik. Susu adalah yang terbaik kerana mengandungi nutrien yan tinggi untuk membantu pembentukan sel darah marah, memberi tenaga dari sumber karbohidrat dan zink yang menjadikan sistem imun tubuh kuat untuk melawan penyakit berbahaya.  
  10. Minum susu untuk sarapan pagi dapat mencegah sakit perut dan mengurangkan rasa lapar yang berpanjangan malahan dengan pengambilan susu Dutch Lady Pure Farm setiap pagi menjadikan anda lebih bertenaga dan kurang rasa penat !
  11. Jadi jangan risau, kini Susu Dutch Lady Pure Farm mempunyai khasiat dan nutrien yang penting diperlukan oleh badan untuk perkembangan otak dan pembentukan tulang yang sihat sekali gus meningkatkan generasi yang badan sihat, minda cergas dan otak bijak ! Malahan Susu Dutch Lady Pure Farm sangat senang didapati dan harga sangat berpatutan !
Rata-rata Rakyat Malaysia tidak mengambil Nutrisi Kalsium yang lengkap penyebab kepada Masalah Penyakit berkaitan Tulang yang mudah Rapuh dan Gigi yang mudah ronggak bukan sahaja kanak-kanak mengalami malahan mereka yang dewasa seperti ibu hamil dan juga warga emas. Ini berlaku kerana tidak ramai Rakyat Malaysia mengamalkan Pengambilan susu setiap hari dan kurang mengambil pemakanan yang sihat.

Jom Minum Susu bersama Sarapan Pagi Yang sihat dan Bernutrisi ! Di bawah adalah beberapa hidangan untuk sarapan pagi bagi mereka yan rajin dan bijak  memberikan masa terbaik untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.



Hidangan hari pertama, Dutch Lady Pure Farm telah menghantar 7 kotak susu dan didatangi dengan sekotak makanan yang terdapat telur, sosej, roti, cendawan dan juga tomato. Ini adalah pemberi semangat kepada Kami semua untuk meneruskan cabaran memakan sarapan pagi bersama sekotak susu setiap hari !


Hari Kedua cabaran saya telah makan sarapan pagi bersama anak sulung. Kami menikmati roti, buah-buahan yang kering dan lobak merah sebagai sumber tenaga  bagi meneruskan aktiviti harian ! Tidak dilupakan Susu Dutch Lady Pure Farm yang memberikan lebihan vitamins dan minerals !


Hari ketiga, tahap kerajinan telah bertambah ! Nasi goreng Kimchi sebagai menu utama sarapan pagi untuk mendapatkan  tenaga untuk kekal sihat dan aktif. Susu Dutch Lady Pure Farm juga turut serta untuk menggalakkan lagi pertumbuhan sel merah dan tulang yang kuat !


Hari Keempat ! Sarapan pagi bersama telur dan pisang ! Telur mengandungi protein yang tinggi dan OMEGA-3untuk membantu pembentukan tisu yang baru dan menjadikan otak ceras dan lincah, pisang mengandungi potasium yang tinggi yang boleh membantu mencegah kanser ! Tak dilupa juga susu Dutch Lady Pure Farm untuk memberikan sokongan pada badan supaya lebih sihat dan bebas penyakit !


Hari ke Lima ! Sarapan pagi bersama 2 keping biskut dan pisang ! Biskut yang diperbuat dari oat mempunyai sumber karbohidrat yang memberikan tenaga ! Digabung dengan pisang yang membantu penyakit hati sebab pisan kaya dengan serat yang tinggi ! Susu Dutch Lady Pure Farm juga dapat meng'boost' sistem penghadaman yang baik !
 

Hari Ke Enam ! I bertambah rajin ! Sempat menyediakan nasi goreng bersama telur dadar ! Antara sarapan pagi yang agak 'heavy' namun I dapat tenaga yang banyak untuk menguruskan rumah dan anak-anak. Susu Dutch Lady Pure Farm dapat membantu menjadikan rambut yang sihat kerana protein yang terdapat dalam Dutch Lady Pure Farm !


Cabaran hari ke 7 bersama susu Dutch Lady Pure Farm ! BANANA MILKSHAKE ! Currently memang favorite I and husband ! Sangat mudah disediakan dan sangat sedap seriously !

Resepi yang sangat mudah !
Bahan -bahan :
  • Susu Dutch Lady Pure Farm
  • Tomato (half)
  • Lettuce ( 1 piece for blend, 1 piece untuk hiasan)
  • Banana  
  • Ais
  • Brown Sugar
Cara-cara :
  • Campurkan ke semua bahan dan kisar sehingga jadi smoothie !
  • Guna Lettuce sebagai topping.
  • Enjoy your banana milkshake ! 
SO FAR SO GOOD, 
and I masih minum susu Dutch Lady Pure Farm 
sambil menaip entri kali ni !

Apa lagi GUYS ! 
Jom Minum susu Dutch Lady Pure Farm dengan nutrisi penting 
untuk menjalani kehidupan seharian. 
2 Hidangan susu sehari membantu anda untuk menerima kebaikan nutrisi yang penting, 
dan 1 hidangan sarapan pagi mampu memberikan 200mg kalsium
 untuk memulakan pengambilan nutrisi harian ! 

 Sebelum saya akhiri entri kali ni,
saya titipkan pantun 4 kerat

Nak cantik minum susu,
Nak sihat dan bertenaga minum susu,
Susu bernutrisi dari ladang lembu,
Tak lain tak bukan Susu Dutch Lady Pure Farm nombor satu dihatiku !

Terima Kasih baca sehinga akhir entri kawan-kawan !

Untuk maklumat lanjut sila layari :

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee