Lauahan Hati : Blogger FOC

6/19/2016 02:43:00 AM


Yuhuu,
tajuk nak gempak je tu, jangan marah ye kawan-kawan,
sebagai suri rumah berkelulusan Ekonomi rumah tangga ni, konon duduk rumah nak buat kerja di rumah, duh seriously I malas nak kerja dengan orang because I tak suka terima arahan. I bukan jenis displin punya orang lah. But nak cari makan cari rezeki of course nak kena cari duit. Adoi, I never know that blog actually can give you money ! Seriously.

Once upon a time ago I created blog sebab I benci gila dengan kawan I sorang ni ! Haram jadah dia pun tulis cerita buruk pasal kita - dia cakap kita nak rampas tunang dia. Seriously ! Malas nak cerita panjang kisah dah berlalu 6 tahun lalu. Dulu aku ni memang jahat juga kalau boleh semua spesis manusia aku nak benci konon nak duduk sorang-sorang, mohon duduk dalam hutan please.

Aku created blog ni sejak tahun 2010 rasanya aku pun tak ingat sebab time aku buat blog sebab ada contest lipice buat cerita pasal produk lipice... lepas tu aku teruskan dengan cerita pregnasi aku tapi buat blog terjadi dengan kisah kebenciaan aku pada spesis manusia, ini semua gara-gara bergaduh dengan kawan baik, ha3. kawan baik dok cerita buruk pasal kita, kita pula dok cerita buruk pasal dia, masalahnya time tu aku tak ada geng la.. ramai takut nak kawan ngan aku time tu sebab aku boleh dikatakan agak saiko juga... haha ramai takut nak kawan ngan aku.. tu sebab lah aku kawen ngan suami aku sebab suami aku je la paling memahami perangai saiko aku dan paling best dah masuk 6 tahun dia tetap terima perangai aku yang saiko macam haram jadah. Haha.

Aku dulu created blog never know about niche, tak tahu pula dengan berblogging dapat pergi events best best dapat pergi event ada artis konon kau macam part of the media job, seriously dulu aku suka baca blog cik epal sebab aku rasa setiap kali aku taip pasal resipi mesti kebanyakan blog dia keluar kat seo. hebat tul la. Masa tu aku masih tak ambil serious pasal blogging ni, aku tetap menaip cerita sampah cerita pasal perasaan cerita pasal kebenciaan. Sehinggalah satu masa pregnant pula anak pertama, masa tu la aku aktif nak cerita anak dalam kandungan aku laki ke perempuan. sekali dah tulis lagi banyak ujian datang time pregnant, GDM la kaki bengkak macam gajah la, fuh macam macam ! dekat situ lah banyak respons dari orang-orang mengandung, korang kalau nak tahu time mengandung especially anak pertama mesti banyak baca blog orang nak tahu simptom yang kena masa mengandung haha sebab akulah salah seorang tu. hehe.

Okay once dah cerita pasal mengandung tiba tiba suka gila dengan alat solek weii, fuh sape taknak nampak macam macam jenis muka dengan hanya menggunakan mekap, kau boleh jadi tarzan jadi singa jadi macam macam rupa dengan mekap, jadi aku memang jenis suka gila dengan benda-benda jadi aku pun cakaplah pasal mekap yang aku suka especially untuk kulit berjerawat. Sejak dari tu aku cari yang high quality mekap je.Sampai ada banyak contest makeup aku dok joined sebab nak menang mekap punya pasal haha.

Lepas tu ada lipice party and so on dari situ dah mula dah berjinak dengan pergi event yang ada artis-artis ni, hmph lebih kurang 6 je kot pergi event ada artis lepas terus tak pergi sangat sebab artis tak ingin pun pos gambar selfie kita dengan dia dalam ig dorang, bagi dorang kita ni just nothing, just peminat yang support diam-diam je and selfie time with them. So I tak rasa I boleh jadi blogger hiburan since I tak boleh nak cerita sangat pasal orang lain in my blog aku lagi banyak suka cerita pasal diri sendiri dari cerita pasal orang lain.

Bila memasak tak rasa pun nak tulis resepi tapi bila tengok blog resepi ramai gila reader sampai jutaan readers terus pergi masak lepas tu tulis resepi, jadi kat situ niche lari sekejap pasa personal, sekejap pasal mekap, sekejap pasal gaya hidup, sekejap cerita pasal hiburan, sekejap cerita pasal ilmiah pula tiba-tiba - no wonder la perempuan 9 nafsu 1 akal sebab dia dok banyak fikir dalam 1 akal tu dan dok emosi dalam 9 nafsu tu. Haha.

And then from there when ramai read your blog, adalah produk suruh review items depa.. and then ada ajak p events buat coverage hmpph dari situ automatic belajar kot macam mana nak create content the best. Aku tak tahu sejak join events coverage ni kadang-kadang tak tahu nak tulis copy je press released yang diberi tapi no payment hanya produk je diterima...

Dari penulisan berasaskan pengalaman tiba-tiba jadi blogger kopi pasta hahhahaha especially event coverage kot. But sekarang bila banyak kewujudan cendawan blogger dan PR, dari situ dah mula manipulasi, ada pr ambil kesempatan taknak bayar blogger kadang-kadang p event dia p kasi tisu basah and useless vouchers.. pergh imagine pergi dah la mahal bayar public transportation ... ended up kau pergi kau hanya memeriahkan events depa hahaha... Memang lah seronok tapi seronok datang enjoy bukan untuk tulis dalam blog.. hahaha..

Kadang-kadang produk RM10 PUN ada orang sanggup pergi.. hahahah... buang karen but itu semua pilihan, suka hati I lah nak pergi mana-mana pun haha..I nak berjalan... p mana-mana janganlah jeles tapi kalau tak berbaloi rasa macam rugi masa, rugi tambang, rugi duit... From my exp I pernah habis almost RM100 only for public transportation using the Grabcar to go to one event yang tak berbayar.... I got nothing but wasted time blogged about the event... Now from there I fikir twice to go but nontheless there are many dah bloggers nowadays.. and some really enjoy doing the Charity for the PR.... who are you to them to do so.... Spoil the blogging market. hehe ! =) I tak kisah but kecian to those bloggers struggling hard to make money to survive  in the cruel world. World New Order weyh !

Thanks for your time !

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram