Tahap Kesedaran anda tentang BI1M ( Bahasa Inggeris 1 Malaysia )

5/11/2016 01:39:00 AM


Apa itu BI1M ?

BI1M (Bahasa Inggeris 1 Malaysia) adalah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS), dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama SOLS 24/7.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf Bahasa Inggeris di Malaysia dengan mengajar Bahasa Inggeris komunikatif kepada rakyat Malaysia di kawasan bandar dan luar bandar. Melalui BI1M, rakyat Malaysia bukan sahaja akan membina keyakinan mereka dalam Bahasa Inggeris tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan negara.
Program ini adalah percuma untuk semua peringkat umur dalam masyarakat yang ingin belajar Bahasa Inggeris komunikatif.
  • Pemilik Perniagaan Kecil
  • Orang Dewasa yang Bekerja
  • Kanak-Kanak
  • Suri Rumah
  • Belia dan Graduan Universiti
  • Pesara
"Bagi I ini adalah usaha yang bagus agar Rakyat Malaysia di dedahkan dengan lebih meluas tak kira apa pun bahasa untuk dikuasai selain dari Bahasa Inggeris. Tapi dengan adanya sokongan masyarakat terhadap usaha kerajaan untuk menjadikan Rakyat Malaysia celik dalam sastera dan bahasa akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai generasi yang disegani di seluruh pelosok dunia".

Memperkasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris
Pasukan BI1M sedang mencari individu berpendidikan dan berkelayakan, yang berminat dalam pengajaran Bahasa Inggeris, pembangunan masyarakat, dan pembudayaan sosial untuk jawatan-jawatan berikut:
Guru Bersara (Rakyat Malaysia sahaja)
Graduan Baru (Lulus sejak 2010-2015) (Rakyat Malaysia sahaja)
Sukarelawan Antarabangsa
Semua kekosongan jawatan adalah:
  • Jawatan Berbayar
  • Untuk kemasukan segera
  • Di seluruh negara (kawasan bandar dan luar bandar)
    Pengambilan akan ditutup pada akhir April 2016



Untuk Maklumat Lanjut, sila layari BI1M :
| Website | Facebook | Twitter | Instagram|

Nota* = Semua maklumat di ambil dari laman web BI1M

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram