Jom Berbuka Puasa dengan Magical Ramadhan Nights Di Pullman.


Hai semua !
Syafiera again here,

Hari yang lepas I berkesempatan juga la nak pergi check out latest buffet ramadan yang available di Pullman Putrajaya Lakeside. Terlalu banyak makanan yang sangat menggoda dan membuatkan korang terasa seperti di " Food Heaven "  bila dapat tengok pelbagai seleksi pemilihan makanan dari makanan kampung, western, Chinese, dan Indian Food yang you all boleh dapat di buffet Ramadan Pullman. Selain daripada makanan.. terdapat juga hiburan secara langsung, pertunjukan api dan sebagainya yang disediakan oleh Pullman Hotel sebagai satu acara untuk mempromosikan malam gemilang ketika di bulan Ramadhan !

Acara majlis di mulakan dengan seruan azan di Menara Neon yang berada di tengah-tengah Hotel Pullman sebagai tanda Umat Islam sudah boleh berbuka puasa.

Pengurus besar - Robert Ejubs mengatakan 'Magical Ramadhan Nights' adalah untuk meraikan malam yang indah ketika di bulan Ramadan di samping dapat mempelajari nilai-nilai tradisi masyarakat Islam dan juga sebagai tanda penghormatan bagi mereka yang berpuasa untuk berbuka puasa sambil menikmati pelbagai acara majlis yang disediakan oleh Pullman Hotel selain dapat menghirup udara yang segar di tempat teruka bersebelahan dengan tasik.



Bersama rakan-rakan media bloggers yang sempat hadir meraikan Buffet Makan Malam berbuka puasa di Hotel Pullman Putrajaya Lake Side. 


Banyak aktiviti menarik yang disediakan contohnya Berselfie bersama prop yang disediakan dan sebagainya.


Al Dente antara salah satu catering yang menyediakan Malaysian dan Italian Cuisine. Terdapat banyak pilihan makanan yang mereka sediakan untuk para tetamu yang hadir ketika majlis berbuka puasa di Pullman Hotel.

Nasi Arab


Kari Daging
Ayam Masak Merah
Kurma Daging
Sambal Udang petai
Sayur Campur
Pelbagai jenis lauk ikan masin boleh didapati.

 
Sayur-sayuran


Antara karakter "Joker emas" yang turut ada ketika di Majlis Buka Puasa di Pullman Putrajaya yang memeriahkan majlis dengan watak dan gaya.


"Fire-man ni cuba-cuba letak api dekat tangan I, dia kata tak panas api tu, sekali sampai kat tangan I hitam arang melekat, memang tak rasa panas api tu. Magic kan ?


Bersama Kak Ella yang senantiasa ada di setiap event yang kita datang. Hehe,


Pelbagai pilihan ais krim yang banyak pilihan rasa dari ais krim durian, strawberi, pudina dan sebagainya.

Pemanis mulut yang boleh buat korang tersembul buah pinggang. Haha.

Kek span yang dihiasi dengan buah-buahan.

Kek coklat yang selalu menjadi perhatian mata I.

Pai yang dihiasi dengan coklat forest.

Makanan dessert yang ada blueberries.

Yang paling I suka, bahagian buah-buahan dari JIH'S Orchard - memang banyak betul buah-buahan tempatan seperti nanka, pisang, dragon fruits, mata kucing dan paling buah durian ! Yang sempat I makan buah Raja buah-buahan.

Dapat makan sebiji durian memang heaven dah hehe.


Pullman menawarkan lebih dari 100 hidangan Malaysia dan antarabangsa, Hiburan secara langsung ketika berbuka puasa adalah salah satu usaha Pullman Putrajaya Lakeside untuk meraikan majlis berbuka puasa ketika Ramadhan. Lagu-lagu yang didendangkan kebanyakan berirama tradisional.

Bagi peminat Satay jangan risau, dekat majlis berbuka puasa di Hotel Pullman memang disediakan juga juadah ala-ala batang lidi ni.

Pilihan pencicah untuk satay seperti kuah kacan , kicap dan sebagainya.

Seleksi pilihan untuk mee.

Antara 'topping' yang disediakan untuk makanan bersup dan berkuah.

Rojak buah-buahan yang mengancam !

Tukang cef dia pun quite looking 'good' hehehe !

Tabouleh
Stew Stick
Ikan gergasi yang dipanggang, cuba ikan ni sendiri sampai malam tak hilang lagi rasa ikan ni, daging dia agak keras dan rasa macam berotot, haha.

Kambing Panggang.

Stir Fry Black Mussels

Stir Fry Lala


Terlalu banyak makanan sampai I rambang mata, at last - Ini yang sempat I ambil. Nasi dengan Lala. Sedap tau ! Tapi sedih tak dapat menikmati kesemua lauk-pauk yang disediakan. Kalau ambil banyak-banyak tak habis membazir tau ! Amalan syaitan tu, ingat ye waktu berpuasa untuk memperingati orang yang kebulur bukan makan like gergasi.



Antara Catering yang terlibat :
Nasi Kandar Abu Burn
Warung Ikan Bakar Zaid Butcher
Masakan Kampung Pak Zal
Ah Hoong Dim Sum
Warong Mee TK Hakim
All STAR Din's Rojak
Little Mario's Little Truck
Zam's Sweet
Jih's Orchard
N'Zam's Galore

Magical Ramadhan Night bermula dari 7 Jun 2016 hingga 3 Julai 2016, setiap malam dari 7pm hingga 10:30pm . RM169 nett/dewasa dan hanya RM130 nett untuk kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 10 tahun.

Tempahan awal sebelum 15 Mei boleh dapat 25% diskaun !

Tawaran ekslusif - lebih dari pembeliaan 10 tiket. Pullman hotel menawarkan 1 malam percuma penginapan Deluxe di hotel 5 Bintang ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03-8890 0000 ext 6812 atau e-mel magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

Pullman Putrajaya Lakeside
No. 2 Jalan P5/5
Presint 5
62200 Putrajaya
Tel: 03 8890 0000 

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com