SAFE SEX? Apa sebenarnya kita tahu?

Untuk wanita - apa sebenarnya kita tahu pasal SAFE SEX ? SAFE SEX? Adakah ianya hanya sekadar pemakaian KONDOM, Pil pencengahan untuk elakkan diri daripada terjerumus dalam seks bebas untuk mengelakkan kehamilan atau pun untuk mengelakkan penyakit-penyakit pelik seperti AIDS dan HIV. Sebenarnya ianya lebih dari itu.

Kredit gambar : Voxy.com
Ye memang ianya lebih daripada itu, bukan sekadar dari fizikal tapi sebenarnya tekanan daripada mental sahaja. Banyak anak gadis terjerumus dalam seks bebas sampai ada yang sanggup bunuh bayi paling sedih antara mereka juga yang telah di didik dengan agama pun masih terjerumus dalam kes sedemikian, bukan nak cari salah siapa tapi itulah yang kita baca setiap hari dalam surat khabar. Kadang-kadang kita sendiri pun boleh tergelincir dengan masalah yang kurang sihat ni.

Tapi apa sebenarnya Safe sex ni ?
Ianya bukan setakat alatan perlindungan seperti yang dinyatakan. Tapi ianya lebih daripada segi emosi dan juga segi mental. Benda ni sangat penting sebab kalau hilang kewarasan daripada benda macam ni tu sebab lah berlaku perkara-perkara yang tak sepatutnya. Bayi kena kerat 10, bayi kena flush dalam jamban dan sebagainya. Tapi dalam pemerhatiaan rata-rata hanya WANITA dipersalahkan daripada sang buaya. Sang buaya sudah bebas untuk menerkam mangsa lain pulak.

Jadi topik ini syafierayamin.com nak tekankan pasal sang buaya ni la. Wanita ni umpama makanan untuk sang buaya ni. Sang buaya ni tunggu masa sahaja nak makan kita-kita ni. Paling menyayat  hati sang buaya ni approach kita baik-baik konon bagai malaikat- apa lagi yang wanita-wanita cepatlah melting tu sebab sampai ada yang sanggup hmmm hmmm tu.

Jom tengok video ni kalau nak tahu lebih pasal SAFE SEX.

"Your body is a temple so never let a man in that doesn't take the proper time to worship you because you are a goddess that is truly worth sacrificing for"


What I Wish Someone Told Me About Having Sex
Posted by SOML on Sunday, 25 October 2015

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com