Apa dosa ibu menyusu sehingga di pandang riak disebabkan satu kes kematiaan?

10/28/2015 08:55:00 AM


Disebabkan satu status yang di Update oleh nara. Hampir seluruh kaum ibu yang menyusu Anak dicop riak, berlagak, menunjuk and so on.paling pedih. tetek awak besar boleh lah tampung susu Banyak2.. Bila dah jadi macam ni saya pun terasa juga.. bila niat yang baik nak menyusukan Anak diperlekehkan rasa macam tak adil kan.. macam berdosa besar je kita menyusukan Anak.. antara sebab saya menyusukan Anak point utama sebab ekonomi sekarang tak stabil .. nak beli susu tin ? Cuba tengok harga setin ? Saya bukan orang kaya jadi tak mampu nak beli tiap tiap bulan 2-4 tin susu.. susu yang banyak DHA banyak kalsium bukannya murah abang akak.. jadi saya pegang susu ibu semua nutrisi ada cuma kosnya hanya ibu kena jaga makan minum dan tak boleh Stress.. sebab benda benda macam ni la buat susu ibu tak banyak... suami tu please lah bagi sokongan pada isteri bukan sebok nak kahwin banyak bila nafsu tak dipuaskan waktu isteri tengah berpantang atau tengah menyusukan Anak.. tapi hak masing-masing kalau nak susukañ Anak dengan susu ibu atau susu formula.. 

Tak payah nak kondem antara satu Sama lain.. kamu itu ibu mestilah tahu terbaik untuk anak-Anak masing2 okay.

Pro dan Kontra
Saya rasa ibu menyusu yang selalu post gambar mereka dengan stok susu ibu penuh satu fridge tu adalah satu galakan untuk ibu lain supaya dapat  idea dan semangat untuk menjayakan penyusuaan mereka tapi di salah erti pula oleh segelintir masyarakat yang tak boleh terima kewujudan ibu-ibu yang memberikan semangat pada mereka.

Ada yang kata berlagak dan riak dapat pam susu banyak-banyak macam lembu dan sebagainya. Disebabkan pemikiran negatif macam ni lah berlakunya tidak puas hati antara mereka dan satu sama lain.

Kalau tanya syafierayamin.com, dahulu masa berpantang susu bukannya keluar sekali gus tapi sikit demi sedikit mengikut kehendak bayi sampai ada yang kata susu tak cukup bayi lapar bagi je susu formula, nasib baik suami jenis supportive dia cakap boleh je cuba lagi susukan anak. Kadang-kadang sampai tertekan juga. Apa lagi syafierayamin.com buka internet cari nak banyakkan susu perahan dan sebagainya. Jadi bila terlihat ibu-ibu yang menyusu anak 3-4 orang mampu menyusui penuh anak mereka dan stok penuh dalam peti ais, dari situ syafierayamin.com terus rasa teruja dan belajar bagaimana nak perah susu sehingga penuh satu peti ais, Alhamdulillah berkat kesabaran dan mereka sebagai inspirasi telah buat syafierayamin.com berjaya dengan penyusuaan penuh sehingga anak berumur 2 tahun tanpa susu formula. Alhamdulillah.

Tapi kes baru-baru ini. syafierayamin.com nak buat teori sikit maaflah sebab sangat tak puas hati tajuk pasal menyusu badan tu - bila keluar tajuk tu ramai mengecam ibu-ibu yang menyusu anak padahal kam-kami tak pernah nak kondem ibu-ibu yang bagi sus formula dekat anak sebab satu je prinsip syafierayamin.com pegang - anak engkau pandailah engkau jaga sebab engkau yang bagi makan minum bukan saya.

Teori pertama :
  1. Ingat tak Malaysia mengalami cuaca buruk beberapa hari lalu iaitu keadaan jerebu yang sangat buruk ? Siapa yang tinggal di flat, pangsapuri dan apartmen sudah tentu tak boleh buka tingkap langsung jadi terpaksa tutup semua tingkap dan pintu walaupun pasang air-cond, udara segar sudah tentu tidapa dapat - jadi itu mungkin menjadikan persekitaran lemas dan rasa sukar bernafas sekali gus mental dan jiwa jadi tertekan, jangan katakan rumah tinggi tapi rumah syafierayamin.com pun terpaksa tutup memang betul tertekan jiwa duduk dalam rumah tanpa persekitaran udara yang terbaik.
  2. Kemungkinan besar juga - si ibu pening dan pitam semasa berada di bahagian tepi-tepi beranda atau tingkap, mungkin tergelincir atau tak dapat kawal badan, Wallahualam.
  3. Kita tak tahu 'depression' apa yang berlaku pada ibu sebenarnya sampai  dia bertindak di luar kawal, sebab ada satu ayat di 'stated' kan oleh suami mangsa pasal mangsa bosan di rumah seperti tiada kerja untuk dilakukan. Haa satu lagi mengundang persoalan yang besar di mata masyarakat.
Jadi kesimpulannya - takkan satu kematian hampir semua ibu menyusu di katakan riak, sombong dan berlagak, setakat ni dari pemerhatiaan  syafierayamin.com kebanyakan ibu menyusu banyak kongsikan tips untuk memperbanyakkan susu dan rasanya tak ada pun nak kondem ibu yang bagi susu formula pun. Alahai sebenarnya sensitif je tu sebab nak salahkan kami. *touching tau.

Antara status paling terbaik syafierayamin.com pernah baca pasal penyakit meroyan atau (post-natal depression) ibu berpantang. Kena refer ni sebab beliau banyak ilmu pasal dalam perbidanan.
PM dihujani pertanyaan berkenaan kes ini. Saya tak mampu dan akan mengulas kerana natijahnya banyak faktor yg boleh...
Posted by Siti Aishah on Monday, 26 October 2015

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram