Politik Hangat - Anak Panda Malaysia kena pulangkan ?

Tak tahu cerita ini benar atau tidak, biasalah dah terlalu banyak cerita berdrama dalam Politik Malaysia kali ni. Kita dah semakin lali dengan cerita jenayah kejam dan mengejutkan, dari di bom hingga di simen gara-gara nak tutup konspirasi oleh koruptor dalam Malaysia ni, Tak perlu lagi nak mention siapa pun sebab hakikatnya ramai rakyat Malaysia dah sedar siapa koruptor yang masih memerintah Malaysia ni, kalau bincang dengan husband, husband pun naik meluat dan menyampah je cerita pasal koruptor ni, jadi malas lah nak panjang cerita, apa cerita terbaru ?

Baru sahaja di viralkan pasal anak panda - panda yang baru beranak beberapa bulan yang lalu.

Perjanjiaan yang katanya boleh mendatangkan keuntungan pada kita rakyat Malaysia katanya lah.

Paling terkejut "Malaysia kena bayar US$600,000 kepada China bagi setiap anak panda yang dilahirkan disini selepas 12 bulan dan memulangkan anak panda itu kepada China apabila usianya mencecah 2 tahun, kata Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar".
( Mana dia cekau duit sampai 600000 tu ? Kau tak tahu aku terpaksa ikat perut bila ekonomi semakin meningkat kot barang mahal bayar cukai lagi - aku geram aku tak rasa nak halalkan sesen pun setiap yang kena makan oleh keluarga koruptor ni seriously ! )

Huhu dah la kena bayar lepas tu genap anak panda yang sangat special ni 2 tahun kena pulangkan balik. Ya Allah beruntungnya lah jadi PANDA wei kalau kat Malaysia ni gara - gara nak mengeratkan hubungan diplomatik 40 tahun  ni. Tapi rakyat Malaysia yang berbangsa cina kena hina pulak dengan puak merah weii. Manusia oh manusia. Yang dekat kau bau taik yang jauh kau bau wangi.


Info sikit : Wan Junaidi berkata Malaysia adalah negara kelapan yang menghasilkan panda daripada 18 negara yang mempunyai panda di dunia ini.

Gambar ihsan ambil dari siakap keli.

 

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com