Kenapa kita tak digalakkan menyuruh Ibu Bapa kita menjaga anak-anak kita ?

Sebenarnya tak pernah tahu pun pasal ni, baca baca pun sebab ada pakar motivasi dalam facebook yang mengatakan anak derhak. Tak tahu sejauh mana kebenaran maksud derhaka tu.

Tapi memang betullah ibubapa kita yang dahulunya pernah menjaga kita dari kita kecil lagi supaya membesar dapat jaga diaorang balik, tapi kita pergi beranak anak suruh diaorang jaga pulak, umpama generasi takkan habis je bila ibubapa sendiri yang jaga anak-anak kita. Bak kata pepatah ( Pandai buat anak tapi suruh mak ayah jaga tak pandai jaga anak ) Aiyoo #sentap gua ayat macam gini tau, ha3.

Mengikut pandangan saya, antara sebab anak-anak zaman sekarang sanggup bayar mak ayah jaga anak sendiri sebab apa ?
  • Sebab pengasuh tak boleh dipercayai - pukul anak orang sesuka hati je kadang-kadang dera sampai nak mampus ( tak boleh dinafikan lah sebab sedangkan ibu bapa sendiri pun ada yang bunuh anak sendiri inikan orang lain yang jaga anak orang lain yang tak ada pertalian darah)
  • Sanggup bagi mak bapak wang jaga anak sendiri dari bayar pengasuh - katanya baik bagi mak bapak duit dari bagi orang lain jaga ( macam tu sekali kan, rupanya kita ni macam menggaji ibu bapa kita sendiri je la ni)
  • Kalau pergi kerja - anak-anak berak terpaksa lah orang tua kita yang cuci berak anak-anak kita alahai teruknya ibu bapa kita kerjakan sampai terpaksa basuh berak anak kita sendiri sedangkan dari kita kecil dulu diaorang dah basuh sampai ke generasi akan datang terpaksa basuh berak anak-anak generasi akan datang, kesian nya alahai !
  • Mak ayah hati lembut, apa anak suruh buat buat je, macam hamba abdi pulak. 
Harap-harap tak ada sesiapa lah yang buat parents macam ni kan, tu sebab saya decided tak bekerja, bila ada peluang untuk bekerja gaji besar pun tak sanggup ambil, sebab kesian dekat anak-anak, dorang masih menyusu tak sampai hati nak kasi orang lain jaga sampai mak kat kampung rindu kat cucu - suruh cucu tinggal teman emak, tapi tu la jangan lah susahkan orang tua kita, mungkin dorang cakap macam tu supaya kita balik kampung selalu tapi tak bermakna kita kena susahkan dorang jaga anak kita especially bila bab basuh berak, pujuk bila menangis.. aku lagi tak sampai hati tengok emak aku terpaksa jaga anak aku, biarlah aku jaga sendiri anak- anak aku ni.

AKHIR kata jangan mohon #sentap sebab saya pun buat ni sebagai peringatan untuk diri sendiri. Kalau boleh bagilah kepercayaan pada pengasuh sebab tak semuanya busuk dala setandan pisang ye.
ADA JE yang jaga budak-budak betul dan baik dan amanah bukan sekadara nak wang sahaja.
Maka selamat Maju jayalah pada yang merancang nak jadi ibu bapa tu. Good Luck.

Gambar ihsan pada orang yang shared dalam facebook, tu sebab ada idea nak tulis pasal ni
 

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com